BTC USD 23,104.5 Gold USD 1,927.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rawatan pelik `bomoh seluk’

notrexdame

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
76,139
Paid Membership
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
[email protected]

KUALA LUMPUR: Jijik apabila seorang bomoh keparat tergamak mencabul seorang wanita beranak empat yang datang ke rumahnya untuk menjalani rawatan penyakit dipercayai dirasuk makhluk halus di Sungai Buloh.

Ketika menjalani sesi rawatan syaitan itu, bomoh berusia 46 tahun itu mengarahkan wanita berkenaan berkemban dengan kain kuning dan hitam.

Wanita itu yang dipercayai dipukau hanya membiarkan bomoh terbabit memasukkan buah tasbih ke dalam kemaluannya.

Bomoh itu turut menodai alat sulit wanita berkenaan dengan tangan serta menghisap buah dada mangsa.






Tidak cukup dengan perbuatan keji itu, beberapa bahagian tubuh mangsa turut ‘diterokai’ kononnya bagi mengubati penyakit dihadapinya.




Mangsa mulanya berkunjung rumah bomoh berkenaan bersama suami dan anak saudara untuk mendapatkan rawatan berkaitan makhluk halus.

Bagaimanapun, sebelum melaksanakan kerja jahatnya, suami dan anak saudara mangsa diminta membeli kemenyan di kedai berdekatan.

Ketiadaan suami dan anak saudara mangsa digunakan bomoh itu untuk menodai tubuh wanita malang yang dipercayai dipukau itu.

Kegiatan jahat bomoh itu terbongkar selepas mangsa menyedari sesuatu tidak kena pada dirinya tiga hari selepas rawatan itu.

Dia kemudian membuat laporan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika mengesahkan kejadian terbabit, semalam, berkata mangsa mendapatkan rawatan daripada bomoh itu jam 11 pagi Sabtu lalu.

“Wanita itu pergi bersama suami dan anak saudaranya kerana mendakwa dirasuk hingga pengsan di tempat kerjanya.

“Mangsa mendakwa bomoh terbabit memasukkan tasbih dan jari ke dalam alat sulitnya,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian, suami dan anak buah mangsa tiada kerana diminta membeli kemenyan.

“Susulan laporan yang dibuat mangsa, polis memberkas seorang lelaki berusia 46 tahun bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas beberapa peralatan digunakan untuk proses rawatan bomoh itu, termasuk kain kuning,” katanya.

Abdul Rahim turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila mendapatkan rawatan daripada bomoh bagi mengelak menjadi mangsa cabul atau rogol.

Suspek kini ditahan reman seminggu bermula semalam.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

p/s: puas btol bomoh tu! :(scam:(scam
 
Sponsored Post

king_diamond

Legendary Member
gem
Messages
10,160
Paid Membership
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131

Salam sejahtera para sahabat rahimakumullah.....

Masyarakat Melayu umumnya dan Islam khususnya masih lagi sehingga kini begitu percaya pada tok-tok bomoh dan secara automatiknya apabila berubat menggunakan mereka ini, mereka akan menggunakan 'JIN' dan secara langsung kita berharapkan perlindungan dari jin. Dan ini bertentangan dengan firman ALLAH dalam Surah Jin Ayat 6:


Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

Kalau kita rujuk balik Rukun Iman:

1. Percaya/beriman kepada Allah.

2. Percaya kepada Rasul.

3. Percaya kepada Al Quran.

4. Percaya kepada Malaikat

5. Percaya kepada Hari Akhirat

6. Percaya Qadha dan Qadar.


Apabila kita tolak perintah ALLAH dalam menolak larangan berlindung dengan jin, ini bermakna kita kurang percaya pada Rukun Iman #3 dan tidak secara langsung kepada Rukun Iman #1.

Di sini kita cuma boleh beri penerangan dan hukum-hakam. Untuk sesiapa yang mahu teruskan niat berdinding/berubat dengan bantuan jin, silakan. Kami sudahpun jalankan tanggungjawab untuk peringatkan anda. Tepuk dada tanya iman!!!

Wahyu sudah lama habis turun, dan tiada lagi fatwa membenarkan kita berlindung dengan jin. Kami harap siapa2 berkaitan kaji fatwa-fatwa yang sedia ada....Janganlah kita melanggar perintah ALLAH sewenang-wenangnya untuk tempoh dunia yang pendek ini.

Betulkan saya jikalau salah.....
 
Sponsored Post

Top
Log in Register