cek mek molek
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 130,359
Paid Membership
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 130,359
- Reaction score
- 22,479
- Points
- 2,866
- Awards
- 1
Sulaiman dijangka letak jawatan KM Melaka esok, Raof angkat sumpah Jumaat
Mac 29, 2023 @ 4:21pm
Datuk Seri Sulaiman Md Ali (kiri) dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
AYER KEROH: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dikatakan bakal meletakkan jawatan esok.
Difahamkan, keputusan itu susulan pertemuan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.
Jika desus-desus itu, yang terbaru selepas beberapa kali isu pertukaran Ketua Menteri Melaka menjadi bualan, nama Pengerusi UMNO Melaka yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kembali disebut bakal dilantik Ketua Menteri baharu.
Isu pertukaran pemimpin negeri ini mula hangat beberapa bulan selepas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka yang diadakan pada 20 November 2021.
Sumber rapat dengan UMNO Melaka, memaklumkan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka ke-14 dijangka berlangsung Jumaat ini di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Ab Rauf ketika dihubungi, enggan mengulas sehingga ada pengesahan rasmi daripada pucuk pimpinan UMNO.
"Dah ada pengesahan rasmi ke? Saya tak mahu ulas apa-apa sehingga dapat makluman rasmi nanti," katanya.
Sementara itu, Sulaiman pagi tadi mempengerusikan Mesyuarat EXCO negeri di pejabatnya di Seri Negeri sebelum mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pegawainya dan dijadual menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Melaka yang dijangka lewat petang ini.
Difahamkan, mesyuarat itu akan dipengerusikan Ab Rauf yang juga EXCO Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri dan dijangka membincangkan beberapa isu termasuk berkaitan kontroversi mengenai pemilihan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu baru-baru ini.
Isu UMNO Bahagian Tangga Batu itu berkaitan kemenangan ketuanya yang baharu, Datuk Rais Yasin yang pada mulanya diumumkan tidak sah oleh pimpinan bahagian, namun Ahmad Zahid kemudian mengumumkan sebaliknya.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri mengesahkan struktur pentadbiran kerajaan Melaka akan berubah susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri itu tidak lama lagi.
Beliau dilaporkan berkata, meskipun Melaka sudah melalui proses Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal, negeri itu masih belum lagi membentuk Kerajaan Perpaduan seperti dilaksanakan di peringkat Persekutuan.
![]()
Rauf angkat sumpah ketua menteri Melaka ke-13
Ketua Umno Melaka itu berulang kali dikaitkan dengan jawatan ketua menteri sejak BN menang PRN pada November 2021.www.freemalaysiatoday.com
Rauf angkat sumpah ketua menteri Melaka ke-13
Ketua Umno Melaka itu berulang kali dikaitkan dengan jawatan ketua menteri sejak BN menang PRN pada November 2021.
31 Mar 2023, 3:39pm
![]()
Adun Tanjung Bidara Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah jawatan ketua menteri Melaka di hadapan Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam.
PETALING JAYA: Adun Tanjung Bidara Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Melaka ke-13.
Ketua Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam di pejabatnya.
Beliau menggantikan Sulaiman Md Ali, yang meletak jawatan semalam selepas berkhidmat buat kali kedua sebagai ketua menteri dari November 2021.
Rauf sebelum ini adalah exco pelaburan, perindustrian, pembangunan koperasi dan usahawan negeri.
Beliau juga speaker DUN Melaka dari Mei 2020 hingga November 2021, ketika Sulaiman mula berkhidmat sebagai ketua menteri.
Beliau kemudiannya bertanding di kerusi negeri buat julung kali pada PRN 2021 dan memenangi DUN Tanjung Bidara.
Rauf berulang kali dikaitkan dengan jawatan ketua menteri sejak BN memenangi PRN Melaka pada November 2021.
Sulaiman pertama kali mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Melaka pada Mac 2020 selepas Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH) dan kemudian kerajaan Melaka juga.
Beliau dilantik ke jawatan sama selepas BN menang besar dalam PRN Melaka pada 2021.
Semalam, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Rauf dinamakan sebagai calon ketua menteri Melaka, susulan peletakan jawatan Sulaiman atas faktor kesihatan.