Ratusan sekolah di Asia Tenggara ditutup susulan jerebu

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,211
Reaction score
3,680
Points
191

Keadaan sekitar bandaraya Kuching dengan kualiti udara menunjukkan tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 2 petang pada peringkat tidak sihat iaitu 138 menunjukkan penurunan disebabkan kurang pergerakan angin dari Kalimantan
membawa jerebu teruk dari wilayah itu ke Sarawak. - Foto Mohd Radzi Bujang



Pandangan umum menunjukkan jerebu yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Sungai Musi di Palembang, Sumatera Selatan. - Foto AFP



Pencakar langit di Jakarta diselubungi jerebu. - Foto AFP










JAKARTA: Ratusan sekolah di seluruh Asia Tenggara terpaksa ditutup susulan jerebu akibat kebakaran besar di sebahagian besar kawasan hutan hujan Indonesia, kata pegawai hari ini.

Kawasan besar hutan di Sumatera dan Borneo terbakar ketika ribuan anggota bomba berusaha mengekang api, yang kerap dimulakan untuk membersihkan ladang untuk menanam tanaman.

Pembakaran hutan untuk membuka jalan bagi perladangan juga dikatakan menjadi dalang kebakaran besar yang kini berlaku di Amazon di Amerika Selatan, dan pakar percaya ia memberi impak serius kepada iklim global.

Di Indonesia, beberapa tompok panas, kawasan berisiko terbakar, merebak ke beberapa bahagian lain, termasuk di Borneo yang dikongsi negara itu dengan

Kualiti udara merosot ke paras tidak sihat di dan sekitar Kuala Lumpur, menurut indeks pencemaran udara kerajaan, dan langit diselubungi kabut tebal, manakala jerebu turut melanda Singapura.

Bau daun terbakar memenuhi udara, dan penduduk menderita masalah pernafasan dan mengadu gatal dan sakit mata.

Sekitar 400 sekolah ditutup hari ini di sembilan daerah di Sarawak, dengan lebih 150,000 pelajar terjejas, menurut jabatan pendidikan tempatan.

Di wilayah Jambi di Sumatera, beberapa tadika ditutup sehingga Jumaat ini, manakala sekolah rendah dan sekolah menengah rendah juga ditutup sementara, menurut pihak berkuasa tempatan, tetapi tidak memberikan jumlah sebenar.

Datuk Bandar Jambi, Syarif Fasha, menggesa penduduk memakai topeng muka manakala agensi pengurusan bencana Malaysia berkata ia akan menghantar setengah juga topeng kepada jawatankuasa bencana negeri Sarawak.

Semalam, Malaysia berkata ia sedia melakukan pembenihan awan untuk menghasilkan hujan dan membersihkan udara dengan membebaskan bahan kimia tertentu ke dalam awan, walaupun sebahagian pakar mempersoalkan keberkesanannya.

Pihak berkuasa Indonesia mengerah ratusan kakitangan tambahan sejak bulan lalu untuk mengelakkan kebakaran pada 2015, yang paling buruk dalam masa dua dekad, menyebabkan rantau itu dilanda jerebu beberapa minggu dan mencetuskan perbalahan diplomatik.

Susulan tekanan negara jiran, Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, bulan lalu memberi amaran akan memecat pegawai jika gagal menangani kebakaran hutan.

Bilangan tompok panas dengan potensi sederhana hingga tinggi untuk terbakar meningkat hampir tujuh kali ganda kepada 6,312 dalam masa empat hari bulan ini, menurut agensi bencana kebangsaan Indonesia. — AFP










sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/09/605522/ratusan-sekolah-di-asia-tenggara-ditutup-susulan-jerebu






.
 
Sponsored Post

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,641
Reaction score
994
Points
166

Pemandangan bandar Klang yang berjerebu dan dirakam dari bangunan Majlis Perbandaran Klang pada 10 September 2019. Foto ASRI SAPFIE/ SELANGORKINI
AGENSI SELANGOR

Sekolah di Selangor ditutup jika IPU cecah 200
by Afix RedzuanSeptember 10, 2019 5:54 pm

SHAH ALAM, 10 SEPT: Kerajaan Negeri akan memberi arahan agar sekolah di negeri ini ditutup sekiranya Indeks Pencemaran Udara Udara (IPU) mencecah bacaan 200.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pihaknya masih memantau keadaan perkembangan jerebu di seluruh negeri dan setakat ini belum ada arahan cuti dikeluarkan.

Beliau berkata, urusan berkaitan jerebu di negeri ini berada di bawah kelolaan Unit Kawalan Bencana Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri akan mengikut perkembangan selanjutnya.

“Cuti buat masa ini belum lagi cuma kita nasihatkan orang awam dan rakyat Selangor supaya dapat elakkan sebarang aktiviti di luar rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Dialog Bajet 2020 Pemberdayaan Ekonomi Ke Arah ‘Selangor Maju Bersama’ di Hotel Concorde di sini.

Amirudin berkata, pihaknya juga turut meminta bantuan polis untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan pembakaran secara terbuka.

“Perkara ini adalah masalah yang berlarutan. Sebelum ini, di Sepang kita sudah kawal dan berjaya tangani.
“Kali ini kita kena tengok di Johan Setia berikutan ia melibatkan tanah gambut dan pembakaran berlaku dengan cepat sehingga sukar dikawal,” katanya.

Sebelum ini, EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian memaklumkan, sebanyak 28 kes pembakaran terbuka yang dikesan di sekitar Johan Setia sedang disiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor bagi tindakan penguatkuasaan kepada pelakunya.

sumber - https://selangorkini.my/2019/09/sekolah-di-selangor-ditutup-jika-ipu-cecah-200/
 

pokcak

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
9,659
Reaction score
94
Points
70
teruk gila jerebu. sian pada yang ada asma. mmg kerap masuk spital.
 

Laici

Active+ Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
4,897
Reaction score
470
Points
41
[email protected] indon ni.bertahun2 benda ni jadi, tiap tiap tahun..bukan benda baru..

tiap tahun skrip sama, kami amat dukacita dan malu dgn insiden yg berlaku...bla bla..akan ambil tindakan..

tahun depan jadi lagi..

negara yg terjejas takleh saman ker indon ni...
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
6,934
Reaction score
318
Points
81
Aku dah 2 hari telan ubat sakit tekak hu..hu..
Kes keluar jogging tengah jerebu.
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
3,992
Reaction score
393
Points
56
Sejujurnya saya tidak percaya kerajaan Indonesia tidak boleh kawal pembakaran ladang yang menyebabkan jerebu ini.
Sebabnya pada 2018, Sukan Asia Palembang berlangsung pada Aug-Sept, tempoh yang sama jerebu tahun ni dan tahun sebelumnya.
Tapi semasa Sukan Asia itu berlangsung, tiada pula masalah jerebu di Indonesia dan negara jiran.
Saya fikir semestinya kerajaan Indonesia ada membuat sesuatu untuk mengawal pembakaran terbuka semasa Sukan Asia tersebur.
Sama juga semasa Sukan Olimpik di Beijing.
Kita semua maklum bandar Shanghai ialah anatara bandaraya tercemar di dunia kerana asapa dan debu.
Tapi semasa Sukan Olimpik,, bandar Shangai jadi normal semula.
Sebabnya semua kilang diarah beropersi mengikut jadual yang ditetapkan oleh kerajaan China.
Ini untuk mengawal pencemaran semasa temasya sukan sedang berlangsung.
 

LIGAN

Fun Poster
Joined
Dec 15, 2011
Messages
786
Reaction score
49
Points
20
mcm mana negara indon tak kena malapetaka bencana alam?mentaliti kelas bawahan...barbarian..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,601
Reaction score
1,271
Points
206
menyusahkan orang betul indonesia ni.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register