BTC USD 40,621.4 Gold USD 1,802.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ratusan Ribu Butiran Kad Kredit Pengguna Di Negara Asia Tenggara Tertiris

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,304
Reaction score
4,104
Points
236
Isu butiran kad kredit tertiris ke internet bukanlah sesuatu yang baru. Biasanya kejadian-kejadian ini terjadi kerana laman web jualan atas-talian tidak mempunyai sistem sekuriti yang kukuh untuk mengekang serangan-serangan penggodam.

Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa beratus ribu butiran kad kredit dari enam negara di Asia Tenggara telah tertiris ke internet. Negara-negara yang terkesan termasuklah Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam, Indonesia.

Menurut Techinsanct, sebuah syarikat keselamatan siber yang berpusat di India, butiran kad kredit seperti nombor kad dan CVV (Card Verification Value) telah tersebar di internet tanpa pengetahuan sesiapa pun menurut CEO Techinsanct, Nandakishore Harikumar.

Tiga negara yang mencatatkan jumlah tirisan kad kredit adalah Filipina dengan 172,828 nombor, Malaysia dengan 37,145 nombor dan Singapura dengan 25,290 nombor dilaporkan setakat ini.

Laporan SCMP turut mengatakan bahawa CyberSecurity Malaysia dan Bank Negara telah diberitahu mengenai isu ini, tetapi tiada kenyataan yang dikeluarkan setakat ini oleh kedua-dua badan kerajaan tersebut.

Screenshot-31.jpg


Sumber asal https://www.scmp.com/week-asia/arti...ard-details-dumped-online-massive-data-breach
 

CG Sponsors




Top
Log in Register