BTC USD 50,738.1 Gold USD 1,784.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ratu Indonesia cetus kontroversi

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
JAKARTA: Ratu Indonesia 2009, Kerenina Sunny Halim, yang gagal memenangi sebarang anugerah dalam pertandingan ‘Miss World’ di Afrika Selatan malam Sabtu lalu, dilaporkan menjadi tumpuan berikutan satu kontroversi membabitkan hubungannya dengan kumpulan agama Amerika Syarikat.

Akhbar Mail and Guardian melaporkan, Kerenina menganggotai ‘The Family International’ yang dicemari dakwaan penderaan kanak-kanak dan seksual oleh bekas anggotanya.

Akhbar itu memetik tulisan Jakarta Globe bahawa beliau mengakui menganggotai kumpulan gereja itu termasuk menjalankan kerja kemanusiaan selepas tsunami pada 2004.

Dalam berita yang disiarkan 14 Jun lalu, Kerenina berkata:

“Apabila kami selesai menamatkan pengajian sekolah tinggi, kami bebas memilih sama ada mahu menjadi sebahagian kumpulan sosial itu atau tidak. Saya memilih untuk kekal kerana sudah menemui apa yang dicari.”

Penganjur ‘Miss World Ltd’, dilaporkan pergi ke Mahkamah Tinggi Gauteng Selatan di Johannesburg malam Jumaat lalu dalam cubaan untuk menyekat akhbar Mail and Guardian membuat laporan itu.

Penganjur menegaskan, sindiran dalam artikel itu bahawa Kerenina dicemari skandal tidak benar sama sekali.

Namun, penganjur pertandingan itu gagal untuk menghalang penerbitan berita terbabit.

“Ini adalah cubaan terang-terangan Miss World Ltd, menghina kami dengan mengancam mengenakan tindakan undang-undang bernilai jutaan sterling,” kata editor Mail and Guardian. - Agensi
 
Sponsored Post

din cacing

Active+ Member
Messages
4,324
Joined
Apr 20, 2008
Messages
4,324
Reaction score
14
Points
25

bfm4280

mane gambor nya tuann
 
AjuL

Super Active Member
Messages
9,046
Paid Membership
Joined
Jul 2, 2009
Messages
9,046
Reaction score
173
Points
73
boleh tahan :))
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register