BTC USD 47,519.3 Gold USD 1,780.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ratu Elizabeth serah tugas umum pada Putera William

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
LONDON: Ratu Elizabeth II dijangka menyerahkan sebahagian tugas umumnya kepada Putera William bagi membantunya bersiap sedia menjadi Raja, menurut satu dokumen sulit diperoleh akhbar The Mail on Sunday.

Dokumen rahsia mendedahkan rancangan mengurangkan bebanan ke atas monarki Britain berusia 83 tahun dan suaminya Putera Philip, 88 itu.

Pendedahan itu muncul walaupun beberapa bulan penafian dari Istana bahawa Ratu merancang berundur daripada tugas rasmi dan digantikan dengan cucu lelakinya berusia 27 tahun.

Maklumat itu mengandungi satu nota ringkas ditulis pegawai Canselor Perbendaharaan Alistair Darling mengenai urusan kewangan baru terhadap Putera Charles dan anak lelakinya.

Perenggan utama, yang menjelaskan alasan perubahan itu, dihitamkan.

Namun akhbar ini berjaya mendapatkan versi tidak ditanda dokumen yang mengesahkan Ratu sedang melatih William sebagai "Raja Bayangan."

Satu barisan yang dihitamkan menyatakan bahawa "Putera William dan Harry akan menambah perbelanjaan ketika mengambil alih tugas bagi pihak Ratu."

Kebocoran dokumen itu akan menambah spekulasi bahawa Ratu lebih mempercayai William berbanding bapanya Charles mewakili kepentingan jangka panjang monarki dan akan menambah persoalan mengenai bilakah pertunangan amat dinantikan William dengan teman wanitanya Kate Middleton.

Pendedahan itu menyebabkan perasaan terkejut di kalangan Istana, dengan sumber kanan diraja melahirkan kebimbangan bahawa maklumat sulit terbocor "tanpa ditapis". � Agensi
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
bagus dari queen to king..hehehe
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register