- Joined
- Jun 12, 2007
- Messages
- 39,519
- Reaction score
- 1,312
- Points
- 191
Rasuah Umno, Tun Mahathir belum boleh dedah?
Wan Nordin Wan Yaacob
Sun | Dec 21, 08 | 11:39:50 am MYT
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Hrkh)- Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau belum boleh mendedahkan senarai calon-calon Umno yang terbabit dalam politik wang berikutan kekurangan bukti.
Mahathir berkata, beliau banyak mendengar mengenai dakwaan tersebut, namun masih belum dapat mengumpul sepenuhnya bukti mengenai politik wang.
"Mereka (perwakilan) boleh beri saya nama-nama itu tetapi tiada maklumat konkrit seperti di mana, berapa banyak dan lain-lain," katanya.
Dalam hal mendedahkan maklumat ini, Mahathir menyatakan ia perlu kepada perwakilan yang berani untuk tampil dan mendedahkan.
"Setengahnya mengadu tetapi mereka tidak begitu berani untuk mendedahkan pesalah itu," katanya.
Baru-baru ini Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno telah berkata bahawa beliau akan mendedahkan nama-nama calon yang terbabit dalam politik wang menjelang pemilihan parti yang dijadual diadakan Mac tahun depan.
Katanya Umno, sebagai tulang belakang Barisan Nasional, boleh mewujudkan beberapa lembaga atau jawatankuasa untuk mengekang politik wang tetapi ia tidak akan berguna jika tiada "saksi yang berani untuk mendedahkan maklumat mengenai kesalahan itu".
"Kita perlu tangkap pesalah itu dan ia perlu dibuat tanpa keraguan yang munasabah.
"Kita tidak mahu mereka yang tidak bersalah pula dituduh," katanya selepas menerima RM150,000 bagi pihak Yayasan Kuala Lumpur untuk Menjenayahkan Perang, yang dipengerusikannya. - mks. _
p/s : jika anda suka makan rasuah, marilah join UMNO, anda pasti selamat, insya Allah...
huh?