soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,223
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,223
- Reaction score
- 4,129
- Points
- 661
- Awards
- 1
Rasuah projek penyelenggaraan babitkan RM300 juta, empat individu direman
Februari 9, 2022 15:06 MYT

Kesemua suspek lelaki berusia antara 39 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam selepas hadir memberi keterangan. - SPRM
PUTRAJAYA: Dua pegawai sebuah agensi kerajaan dan dua pemilik syarikat direman enam hari.
Mereka disiasat atas dakwaan meminta serta menerima suapan bagi projek penyelenggaraan cerun melibatkan jalan persekutuan dan negeri bernilai RM300 juta.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Ahmad Asyraf Mohamed Kamal di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut.
Kesemua suspek lelaki berusia antara 39 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam selepas hadir memberikan keterangan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.