BTC USD 86,788.8 Gold USD 3,050.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasuah dalam DBKL libatkan orang kuat PKR?

31.01.2025 - Pelakon yang kini menceburi politik Afdlin Shauki menafikan dakwaan salah laku terhadapnya yang dibangkitkan akaun Telegram Edisi Siasat, yang baru-baru ini menuduhnya menerima kontrak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai berjuta-juta ringgit tanpa melalui proses yang betul. Dalam satu kenyataan, ahli lembaga penasihat DBKL itu mendakwa tuduhan itu adalah cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan imejnya dan bermotifkan cemburu dan dendam.

“Pertama sekali, saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa telah terdapat apa-apa unsur salah laku dalam perolehan projek tersebut. Ini merupakan sebuah usaha oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama saya. Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam yang tidak bertempat," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Menurut Afdlin, dia juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan menggesa orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

“Saya juga bersedia untuk memberi kerjasama penuh dalam mana-mana siasatan yang dijalankan berhubung perkara ini oleh mana-mana agensi penguatkuasaan. Fitnah dan tohmahan berniat jahat ini tidak seharusnya dibiarkan untuk berleluasa. Saya yakin dan pasti dengan izin Allah SWT akhirnya kebenaran akan tersuluh dan keadilan akan ditegakkan," kata Afdlin.

Awal minggu ini, akaun Telegram Edisi Siasat menyiarkan mesej menuduh Afdlin melakukan salah laku dalam perolehan beberapa projek DBKL membabitkan karya kreatif. Susulan itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Mohd Sharif dilaporkan mengesahkan DBKL telah melancarkan siasatan dalaman berikutan dakwaan itu.
1738313482813.png
 
Sponsored Post

Afdlin Shauki nafi ‘songlap’ projek DBKL bernilai RM10 juta​

  • Oleh HELMI ANUAR
  • 31 Januari 2025, 9:26 am

5ffac11b-983a-44f4-bc03-8a16080059df.jpeg
Afdlin menafikan dakwaan terlibat dalam salah laku perolehan projek naungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti yang tular dalam media sosial.
PETALING JAYA – Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Afdlin Shauki, 54, menafikan dakwaan terlibat dalam salah laku perolehan projek naungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti yang tular dalam media sosial.
Afdlin menerusi satu kenyataan yang dikongsikan dalam Instagram berkata, fitnah itu merupakan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan namanya.

“Pertama sekali saya menafikan sekeras- kerasnya bahawa telah terdapat apa-apa unsur salah laku dalam perolehan projek tersebut.
“Ini merupakan sebuah usaha oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama saya. Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam yang tidak bertempat.
“Saya telah membuat laporan polis bersama pihak PDRM untuk membolehkan siasatan dijalankan berkenaan perkara ini. Saya difahamkan perkara ini juga sedang disiasat secara dalaman oleh DBKL,” tulisnya.
Tambah pelakon filem Buli itu lagi, dia bersedia untuk memberikan kerjasama penuh dalam mana-mana siasatan yang dijalankan berhubung perkara ini oleh mana-mana agensi penguatkuasaan.
“Saya menyeru saudara saudari sekalian untuk memberi ruang kepada pihak-pihak yang berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
“Fitnah dan tohmahan berniat jahat ini tidak seharusnya dibiarkan berleluasa. Saya yakin dan pasti dengan izin Allah, akhirnya kebenaran akan tersuluh dan keadilan akan ditegakkan,” tulisnya.
Terdahulu, tular dalam aplikasi Telegram Edisi Siasat yang mendakwa Afdlin yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat DBKL merupakan antara yang terlibat dengan salah laku dalam perolehan projek penerbitan bahan kreatif oleh DBKL yang dikatakan bernilai lebih RM10 juta.
Pendedahan yang telah mendapat perhatian ramai itu menimbulkan persoalan besar mengenai ketelusan dan akauntabiliti dalam takbir urus DBKL.
Sehubungan itu, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan bebas secara menyeluruh. – KOSMO! ONLINE
 
8b7ed1329255a51a136b03d6a98c0130.png

mk-small-logo-50.png

Berita
Afdlin dakwa ada agenda dendam isu tuduhan salah laku kontrak DBKL

Diterbitkan: Jan 31, 2025 12:22 PM

Dikemaskini: 12:22 PM


Pelakon yang kini menceburi politik Afdlin Shauki menafikan dakwaan salah laku terhadapnya yang dibangkitkan akaun Telegram Edisi Siasat, yang baru-baru ini menuduhnya menerima kontrak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai berjuta-juta ringgit tanpa melalui proses yang betul.
Dalam satu kenyataan, ahli lembaga penasihat DBKL itu mendakwa tuduhan itu adalah cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan imejnya dan bermotifkan cemburu dan dendam.
“Pertama sekali, saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa telah terdapat apa-apa unsur salah laku dalam perolehan projek tersebut.
"Ini merupakan sebuah usaha oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama saya. Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam yang tidak bertempat," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Menurut Afdlin, dia juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan menggesa orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

“Saya juga bersedia untuk memberi kerjasama penuh dalam mana-mana siasatan yang dijalankan berhubung perkara ini oleh mana-mana agensi penguatkuasaan. Fitnah dan tohmahan berniat jahat ini tidak seharusnya dibiarkan untuk berleluasa.
"Saya yakin dan pasti dengan izin Allah SWT akhirnya kebenaran akan tersuluh dan keadilan akan ditegakkan," kata Afdlin.
Awal minggu ini, akaun Telegram Edisi Siasat menyiarkan mesej menuduh Afdlin melakukan salah laku dalam perolehan beberapa projek DBKL membabitkan karya kreatif.
Susulan itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Mohd Sharif dilaporkan mengesahkan DBKL telah melancarkan siasatan dalaman berikutan dakwaan itu.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register