Rasuah adalah najis - PDRM

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,189
Reaction score
1,539
Points
151
'Anggaplah rasuah seperti najis'
IZWAN ROZLIN dan AHMAD ISMADI ISMAIL | | 21 September 2020
Isnin | 21 September 2020
830671.jpg

Nik Ezanee Mohd Faisal - Foto Mohd Izari Rosli
PETALING JAYA - Isu rasuah dalam kalangan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara tidak langsung memberi imej buruk terhadap pasukan keselamatan itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sepatutnya setiap anggota dan pegawai polis menganggap rasuah sebagai najis.
"Wang atau apa sahaja bentuk rasuah itu harus dilihat sebagai najis, ia boleh merosakkan negara dan bangsa.
"Rasuah ini jijik... Biar kita susah sikit, gaji tidak banyak... Cukup bulan kita dapat gaji yang halal," katanya dalam temubual khas bersama Sinar Harian di sini baru-baru ini.
Nik Ezanee mengimbau kembali kejadian dua sindiket pengedaran dadah dan seorang pelajar cuba memberi rasuah kepadanya pada tahun 2014.
"Pada ketika itu saya bertugas di Jabatan Siasatan Narkotik, sindiket pengedaran dadah itu cuba memberi wang tunai sebanyak RM50,000 untuk melepaskan penjenayah, namun saya menolak rasuah itu," katanya.
Beliau berkata, seorang warga emas yang bekerja sebagai tukang cuci pernah mengadu perlu memberi sejumlah wang kepada polis jika mahu kes anaknya selesai.
"Pada ketika itu, saya bertugas di Sabah, wanita itu mahu menggadai rantai emas untuk selesaikan kes anaknya.
"Saya menasihati wanita itu, benda ini tidak betul, anaknya boleh membela diri di mahkamah," katanya.
Menurutnya, sebagai anggota polis, mereka perlu memberi penerangan dan nasihat kepada ahli keluarga tentang kesalahan yang dilakukan oleh suspek.
"Suspek boleh melakukan proses rayuan di mahkamah," katanya.
Nik Ezanee berkata, beliau berdiri teguh atas prinsip integriti.
"Saya menerapkan nilai kepimpinan melalui tauladan, kita perlu memberi contoh yang baik dan betul kepada anak buah," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga akan melaksanakan tindakan 'check and balance' terhadap anggota polis di Petaling Jaya.
"Apabila, kita tidak menjalankan pemeriksaan terhadap individu itu, saya khuatir syaitan akan berbisik kepada individu itu untuk melakukan kemungkaran," katanya.
Nik Ezanee berkata, pihaknya turut melaksanakan 'open door policy' kepada masyarakat untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
"Masyarakat boleh tampil memberi maklumat atau aduan, saya akan menerimanya sebagai maklum balas," katanya.
Menurutnya, beliau takut tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik apabila diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.
"Saya bersyukur kerana ada timbalan dan pegawai kanan polis, mereka sangat membantu dalam penugasan anggota polis.
"Kita akan duduk dan berbincang, kadangkala ada persetujuan dan sebaliknya, namun ia akan berakhir secara harmoni," katanya.
Tanggungjawab
Nik Ezanee berkata, antara tanggungjawab sebagai seorang ketua polis daerah adalah turun padang bertemu penduduk.
"Salah satu prinsip 'berperang' kita kena kenal kawasan. Saya perlu turun padang mengenali masyarakat daripada golongan B40 hingga golongan atasan.
"Saya perlu memahami pemikiran dan kehendak mereka dari segi keselamatan dan sebagainya," katanya.
830672.jpg

Nik Ezanee sentiasa turun padang bertemu penduduk dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat setempat. - Foto FB Polis Petaling Jaya
Beliau berkata, pihaknya kemudian akan mengadakan mesyuarat untuk memperbaiki kelemahan.
"Kita perlu 'tune' semula pengoperasian di kawasan itu dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat," katanya.
Menurutnya, beliau mahu lihat PDRM sebagai pelindung kepada masyarakat pada masa hadapan.
"Apabila masyarakat mempunyai masalah, individu pertama yang mereka cari adalah polis.
"Mereka akan rasa selamat apabila melihat kereta peronda polis, malah persepsi negatif terhadap PDRM amat minimum," katanya.
Beliau berkata, pihaknya telah melaksanakan beberapa 'misi' antaranya menerapkan nilai murni seperti 'one good deed a day' di kalangan anggota dan pegawai polis Petaling Jaya.
"Buatlah baik sekali sehari... Kita akan memberi pertolongan apabila nampak warga emas melintas jalan atau individu dalam kesusahan.
"Masyarakat akan melihat sikap keikhlasan penugasan anggota polis itu," katanya.
Menurutnya, anggota polis juga perlu berkenalan dengan kejiranan di daerah ini.
"Perkara ini sudah dilaksanakan sejak sekian lama, namun disebabkan kesibukan tugasan, hubungan polis dengan masyarakat semakin berkurangan.
"Saya cuba menghidupkan semula hubungan kejiranan itu, malah kini anggota polis banyak menerima maklumat daripada masyarakat," katanya.
Nik Ezanee berkata, pengalamannya dalam Perhubungan Antarabangsa Urusetia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) turut diterapkan di Petaling Jaya.
"Saya mengambil contoh tindakan yang boleh digunakan di sini, malah dalam masa sama saya dapat lihat apa kesilapan yang pernah dilakukan oleh pihak berkuasa di luar negara.
"Perkara itu saya belajar dan ambil iktibar, ia adalah salah satu cara untuk mengurus pasukan," katanya.
Nik Ezanee berkata, setakat ini tidak ada individu yang mempengaruhi atau memberi 'tekanan' terhadap penugasannya di daerah Petaling Jaya.
"Saya mendapati individu berpengaruh termasuk golongan 'VIP' memberi dorongan terhadap tindakan yang telah saya laksanakan di daerah ini.
"Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador turut memberi nasihat kepada saya," katanya.
Nik Ezanee berkata, pihaknya akan mengkaji kelemahan yang ada jika timbul persepsi negatif masyarakat terhadap IPD Petaling Jaya.
"Salah satu cara untuk mengatasi persepsi negatif itu adalah mengkaji punca dan kelemahan serta segera memperbaikinya.
"Kita akan ambil tindakan, jika ada masalah disiplin di kalangan anggota," katanya.
Beliau berkata, polis mengambil tindakan terhadap aktiviti perjudian haram, namun ia tidak dimaklumkan kepada masyarakat.
Strategi
"Kita juga harus memperkemaskan lagi strategi seperti bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad dalam menjalankan operasi pemotongan bekalan elektrik di premis yang disyaki ada aktiviti perjudian haram," katanya.
Beliau turut berkongsi pengalaman ketika ditugaskan untuk memantau kawasan sekitar Pasar Jalan Othman di sini yang diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 10 Mei lalu.
"Jika saya seorang berfikir mengenai tugasan itu mungkin agak rumit, namun tugasan berjaya dilaksanakan setelah bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM), Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.
Nik Ezanee berkata, kordinasi kesemua agensi cukup baik sepanjang tempoh 10 hari PKPD di kawasan itu.
"JKM segera mengedarkan makanan kepada penduduk yang mendiami lebih 400 rumah, setelah tentera siap memasang kawat duri di sekitar kawasan tersebut," katanya.
KKM sebelum ini mengesahkan terdapat 26 kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya melalui pengalaman manis hasil kerjasama daripada kesemua agensi itu.
"Penduduk turut memberi semangat dan bertepuk tangan ketika saya meronda sekitar kawasan berkenaan.
"Jika kita kerja dengan ikhlas apa yang kita buat akan berjalan lancar," katanya.
Nik Ezanee berkata, kejayaan terbesar IPD Petaling Jaya adalah mendapat sokongan daripada masyarakat.
"Kejayaan menumpaskan penjenayah itu adalah rutin. Kita akan berpuas hati setelah mendapat sokongan daripada masyarakat.
"Namun jangan leka dengan kejayaan itu, ini masa untuk kita mempertingkatkan lagi usaha dalam melaksanakan tanggungjawab," katanya.
Artikel Berkaitan
SEPANG - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan semua ketua polis daerah memberi laporan berkaitan restoran dan premis yang...

© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,189
Reaction score
1,539
Points
151
Sarjan polis terima rasuah didenda RM20,000

NOR FARHANA YAACOB | | 21 September 2020
Selasa | 22 September 2020


MELAKA TENGAH - Seorang sarjan polis didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,000, Oktober tahun lalu.

Tertuduh Mohd Azani Mohd Khalid, 34, yang bertugas di Pejabat Polis (IPD) Alor Gajah mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Azani sebagai penjawat awam di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik menerima wang tunai RM4,000 daripada seorang wanita yang mana mengetahui ada hubungan dengan tugas rasminya sebagai penyiasat kes ke atas seorang lelaki yang disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Taman Bidara Permai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah kira- kira jam 1.30 tengah hari pada 9 Oktober 2019.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwan Shah Abdul Samat ketika pendakwaan berkata, tertuduh melakukan kesalahan serius kerana menerima suapan bersabit tugas rasmi.

"Mohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam, selain tertuduh juga pergi sendiri ke rumah wanita terbabit tanpa ada perasaan takut," katanya.

Semenatar itu, peguam Azrul Zulkifli Stork merayu mahkamah memberikan hukuman denda tanpa penjara terhadap anak guamnya kerana pengakuan bersalah tertuduh menjimatkan masa semua pihak.

"Selain kesalahan pertama tertuduh juga berdepan kehilangan pekerjaan," katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh didenda RM20,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
————

Ada benarnya kata abg asri janggut
Ada polis yg kuat sembahyang :D
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,189
Reaction score
1,539
Points
151
Kakitangan JPN didakwa terima rasuah RM16,000
JOHOR BAHRU: Penolong Pegawai Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM16,000 dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Fazdly Abdul Razak, 42, mengaku tidak bersalah di atas ketiga-tiga pertuduhan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa menerima suapan RM10,000 didepositkan ke dalam akaunnya oleh seorang lelaki yang mempunyai hubungan kerja rasmi dengan beliau di sebuah bank tempatan di Masai pada 13 Jun 2018.

Dia turut didakwa menerima wang RM1,500 yang didepositkan ke dalam akaun tertuduh daripada lelaki sama di sebuah bank tempatan di Taman Johor Jaya pada 4 Julai 2018.

Pertuduhan ketiga, Fazdly dituduh menerima wang berjumlah RM4,500 didepositkan ke dalam akaun tertuduh daripada lelaki sama di sebuah bank tempatan di Masai pada 18 Julai 2018.

Bagi kesemua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Mahirah Mohd Pauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nur Mahirah memohon mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 namun tertuduh merayu dikurangkan dengan alasan dia terpaksa menggadai tanah pusaka di kampung selain menanggung tiga anak berusia tujuh hingga 14 tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di Pejabat SPRM berhampiran sekali dalam setiap bulan.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Oktober ini bagi penyerahan dokumen. – UTUSAN
 

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,705
Reaction score
295
Points
141
rasuah = musuh no.1 negara.
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,189
Reaction score
1,539
Points
151
PRN Sabah: Anggota keselamatan ditahan bawa wang parti politik

Kota Kinabalu: Dua anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu, ditahan selepas dipercayai membawa sejumlah wang disyaki untuk 'membeli' undi bagi mengundi sebuah parti politik tempatan.


Anggota terbabit ditahan di sekitar Lahad Datu, semalam.

Sumber berkata, suspek dikatakan menjadi 'orang tengah' untuk memberikan wang berkenaan kepada pengundi yang mengundi awal hari ini.

"Suspek ditahan pasukannya selepas menerima maklumat risikan berhubung tindakannya yang menjadi wakil kepada parti politik itu.

"Wang itu dipercayai akan diberikan kepada anggota agar mengundi parti berkenaan hari ini," katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan, suspek sudah dibawa ke pejabat SPRM Lahad Datu, untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota terbabit.

Beliau berkata, siasatan lanjut kini diambil alih SPRM.

"Saya sahkan penahanan anggota terbabit dan polis sudah serahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut," katanya.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

———-
Info c&p


*A) BUTIRAN LAPORAN POLIS*:

No repot:

Tarikh / Masa Repot: 21/09/2020 @1847hrs

Klasifikasi: ROA Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)

Pegawai Penyiasat:

Pengadu:

*B) TEMPAT KEJADIAN*:

*C) TARIKH / MASA KEJADIAN*: 21/09/[email protected] 1445HRS.

*D) SUSPEK*:

*E) RAMPASAN*:
1) 314 Keping wang tunai RM50 berjumlah RM15700/-

*F) KETERANGAN KES*:

Pada 21/09/2020, jam lebih kurang 1445hrs, bertempat di Pejabat Lahad Datu, setelah pengadu mendapat maklumat bahawa terdapat aktiviti aktiviti pemberian wang ikhlas sempena Pilihanraya Negeri Dun Sabah ke 16 sebanyak RM 50.00 seorang kepada pegawai dan anggota serta ahli keluarga Lahad Datu, pengadu telah memanggil dua . Lahad Datu yang disyaki terlibat dengan aktiviti ini bagi mengesahkan berlaku penyerahan wang tunai kepada pegawai dan anggota serta ahli keluarga PGA Bn 17, Lahad Datu. Butir butir dua anggota tersebut adalah seperti di “PARA D”.

Kedua dua penama mengaku telah mengedarkan wang tunai bermula pada 21/09/2020 jam lebih kurang 0900hrs, kepada lebih kurang 186 di kalangan pegawai dan anggota serta ahli keluarg. Baki serahan wang sebanyak 314 keping not RM50 berjumlah RM15,700 telah dirampas oleh pengadu.

*HASIL SIASATAN LANJUT.*
Hasil siasatan lanjut mendapati 2 anggota yang terlibat dalam pengedaran wang ikhlas sempena Pilihanraya Negeri Dun Sabah ke 16 merupakan anggota polis yang bertugas . Pengakuan daripada 2 anggota tersebut mengatakan bahawa wang yang diagihkan tersebut adalah diterima daripada wakil Parti UMNO sempena Pilihanraya Negeri Dun Sabah.
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,189
Reaction score
1,539
Points
151
SPRM terima 10 laporan berkaitan kes rasuah
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 laporan berkaitan rasuah sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula 12 September lalu sehingga hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, daripada jumlah itu pihaknya membuka satu kertas siasatan membabitkan dua individu yang disyaki menerima wang tunai untuk diagihkan kepada pengundi.

"Siasatan ini masih dijalankan dan kedua-dua individu berkenaan masih lagi ditahan reman dan kita juga masih menjalankan siasatan berkenaan aduan-aduan yang lain," katanya pada sidang media khas berhubung PRN Sabah di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Azam berkata, SPRM akan terus melaksanakan pemantauan dengan seramai 106 pegawai berada di lapangan, selain bekerjasama dan berkongsi maklumat dengan pihak polis.

"Kita mempunyai bilik gerakan SPRM di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Keningau yang beroperasi 24 jam dan ia juga boleh dihubungi di talian 0109436002," katanya.

Sementara itu, Acryl Sani berkata secara keseluruhannya situasi keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah adalah terkawal.

"Penugasan polis dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu seramai 7,600 pegawai dan anggota diatur tugas untuk memastikan PRN Sabah berjalan dengan baik.

"Seramai 1,700 pula ditugaskan untuk menjalankan tugas hakiki polis dan 1,700 anggota lagi dikerahkan untuk mengawal keselamatan khususnya di kawasan pantai timur Sabah," katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19, sebanyak 73 pasukan ditubuhkan yang terdiri daripada 1,276 anggota dan pegawai serta dibantu 570 orang dari pelbagai agensi lain.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,189
Reaction score
1,539
Points
151
Penguat kuasa KPDNHEP didakwa terima rasuah RM8,000
NORMAWATI ADNAN | | 25 September 2020
Jumaat | 25 September 2020
Tertuduh Shaikhul Athar Abdullah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas dua pertuduhan bersetuju dan menerima rasuah RM8,000.
IPOH - Seorang pembantu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas dua pertuduhan bersetuju dan menerima rasuah bernilai RM8,000, tiga tahun lepas.
Tertuduh, Shaikhul Athar Abdullah, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, S Indra Nehru.
Bagi pertuduhan pertama, Shaikhul Athar sebagai pembantu penguat kuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Ipoh telah secara rasuah menerima suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM8,000 daripada pemilik pusat hiburan Fan Kar Weng di dalam kereta Mercedes Benz di kawasan parkir sebuah restoran di Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh jam lebih kurang 10.30 malam pada 30 Mei 2017.
Suapan itu didakwa sebagai upah untuk menutup kes yang telah disiasat KPDNKK pada 2014 bagi kesalahan menjual arak tiruan di dua premis milik Far Kar Weng di Jalan Sultan Iskandar Shah, Ipoh.
Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa secara rasuah bersetuju untuk menerima suapan iaitu wang tunai berjumlah RM8,000 daripada individu yang sama sebagai dorongan menutup kes yang sama di Greentown, Ipoh jam lebih kurang 8.53 malam pada 23 Mei 2017.
Bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Wahida Jalaluddin menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM dan dokumen perjalanan diserahkan kepada SPRM.
Peguam, Datuk Amirul Ridzuan Hanif yang mewakili tertuduh bagaimanapun meminta wang jaminan dikurangkan dengan alasan bahawa tertuduh yang masih berkhidmat dengan KPDNHEP mempunyai komitmen keluarga menanggung isteri dan dua anak serta ibu yang uzur.
Tertuduh yang merupakan anak tunggal juga perlu dijamin bagi membolehkan menguruskan hal kematian ayahnya yang meninggal dunia akibat kanser, semalam.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 4 November depan.
Shaikhul Athar juga diperintahkan menyerahkan dokumen perjalanan dan melapor diri kepada SPRM sebulan sekali di Pejabat SPRM terdekat.

© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,189
Reaction score
1,539
Points
151
Nafi 52 pertuduhan terima rasuah

1601284751349.jpeg

Butterworth: Seorang pembantu pegawai tadbir Universiti Sains Malaysia (USM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 52 pertuduhan menerima bayaran suapan berjumlah RM135,445.90 dari 2013 hingga 2017.

Tertuduh, Zurina Abdul Hamid, 43, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan apabila mengemukakan dokumen DO/Invois daripada TZP Ventures bagi Borang Pesanan Rasmi untuk pembayaran pembekalan barangan keperluan pejabat dan peralatan sukan.

Tertuduh yang mempunyai kepentingan dengan syarikat berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Sukan dan Rekreasi USM bagi tempoh 31 Disember 2013 hingga 15 Disember 2017.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang tinggi jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Azlan Basri manakala tertuduh diwakili peguam S Meharaj.

Terdahulu, Azlan menawarkan jaminan RM73,000 bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali dan dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Meharaj merayu agar jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh mempunyai masalah kesihatan dan suami tertuduh hanya bekerja sebagai kerani bank untuk menanggung empat anak.

Meharaj berkata, tertuduh berdepan kemungkinan digantung kerja kerana kes sedang dalam siasatan jawatankuasa tatatertib USM.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM24,000 dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta perlu melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Hakim Ahmad Azhari kemudian menetapkan 4 November sebagai tarikh sebutan semula kes.
 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,541
Reaction score
156
Points
43
aku ada simpan video polisi trapik amik cina bagi 20 ringgit rasuah nak tunjuk ke anak cucu kelak.. legend oO.. viral satu malaysia malu nak letak muka mana..
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,189
Reaction score
1,539
Points
151
2 polis dipenjara 50 dan 47 bulan, didenda RM30,000 kerana rasuah
Dua polis masing-masing dipenjara 50 dan 47 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan memperoleh dan meminta suapan wang tunai RM3,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap operasi sebuah rumah urut, dua tahun lepas.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas bekas Ketua Balai Polis Setapak, ASP Sherman Salleh, 43, dan Lans Koperal Faizal Miza Zakariah, 36, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pembelaan.

Kedua-dua tertuduh juga masing-masing didenda RM30,000 atau penjara 24 bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Bagi pertuduhan meminta suapan, Sherman dan Faizal yang didakwa bersama-sama dihukum penjara 30 bulan dan denda RM15,000 atau penjara 12 bulan manakala bagi pertuduhan memperoleh suapan mereka yang didakwa secara berasingan masing-masing dihukum penjara 50 dan 47 bulan serta denda RM15,000 setiap seorang atau penjara 12 bulan.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini, bagaimanapun, mahkamah membenarkan mereka untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara namun denda perlu dijelaskan hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Diana Nor Azwa memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan oleh tertuduh.

"Hukuman adalah sebagai pengajaran kepada tertuduh dan amaran kepada masyarakat agar tidak melakukan rasuah dan seterusnya mencegah rasuah daripada berlaku. Sekiranya, kesalahan rasuah ini dibiarkan akan mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat," katanya.

Peguam Aliff Bolkin mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman minima dengan alasan ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya serta mereka juga menanggung keluarga.

"Sherman yang bekerja sebagai anggota polis selama 20 tahun, mula berkhidmat sebagai Ketua Balai Polis Setapak selama setahun dari tahun 2018 sehingga 2019. Isterinya suri rumah dan mempunyai dua anak yang masing-masing berumur empat dan dua tahun.

"Faizal Miza pula bekerja sebagai seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Setapak dan telah berkhidmat selama 16 tahun. Dia juga menanggung ibunya yang sudah tua di kampung," katanya.

Bagi pertuduhan pertama, Sherman dan Faizal Miza didakwa secara bersama meminta suapan wang tunai sebanyak RM3,000 daripada Gilbert Juin anak Damu, sebagai dorongan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Angel Massage Centre yang dimiliki oleh Redantzkl Enterprise.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Restoran Hayaki Kopitiam, 87-G, Jalan Langkawi, Platinum Walk, Setapak, antara 8 malam hingga 10 malam, pada 27 Nov 2018 mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta serupa dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua Sherman dan Faizal Miza masing-masing didakwa sebagai Penolong Penguasa Polis yang bertugas di Balai Polis Setapak dan Lans Koperal di balai sama telah secara rasuah memperoleh suapan wang tunai sebanyak RM3,000 daripada individu sama sebagai dorongan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap premis sama.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Dobi Speedy Wash dan Restoran Ayam Gepuk Pak Gembus di Setapak pada 3 Dis 2018 antara 9 malam dan 10 malam dan 11 Jan 2019 antara 11 malam dan 12 malam mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Sepanjang perbicaraan, seramai 21 saksi pendakwaan telah dipanggil dan hanya dua saksi pembelaan iaitu dua tertuduh itu memberi keterangan.

-Bernama
 
Sponsored Post
Top
Log in Register