BTC USD 63,621.8 Gold USD 2,328.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PMX

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,221
Top Poster #9
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,221
Reaction score
6,251
Points
881
Awards
1
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM

Ridauddin Daud
Mei 21, 2024 13:38 MYT

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan terdapat dua masalah pokok, terutamanya dari aspek struktur yang melemahkan kekuatan ekonomi negara.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan terdapat dua masalah pokok, terutamanya dari aspek struktur yang melemahkan kekuatan ekonomi negara.

Menurut beliau, perkara pertama adalah ekonomi rakyat dan ekosistem perniagaan yang hambar dan perkara kedua, kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang lemah.

Tegasnya, disebabkan itulah beliau, sejak dari awal tegas memerangi rasuah kerana sebelum masalah struktur itu diselesaikan, isu pokok, iaitu rasuah, perlu ditangani segera.

“Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah yang sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.

“Kita hadapi perkara ini di tiap peringkat. Rakyat terpaksa terbeban dengan kerenah, peel beberapa orang yang masih mahu mengaut komisen harga sebelum apa-apa kelulusan diperolehi.

“Maka, soal rasuah ini saya tekankan kerana ia menjadi barah utama yang melemah ekonomi negara, serta menjatuhkan moral dan keyakinan rakyat,” katanya.

Tambah beliau, tahun pertama mentadbir, Kerajaan Perpaduan juga menegaskan keperluan mengehentikan amalan rundingan terus dalam perolehan kerajaan.

“Sekian lama rundingan terus yang tidak telus telah membazirkan wang rakyat dan terdedah kepada rasuah. Ini telahpun dihentikan.

“Ada dalam kalangan rakyat yang membangkitkan, jika benar rasuah masih bermaharaja lela, mengapa tidak kerajaan segera menghukum mereka?

“Kita semua harus memahami bahawa jalur hukum serta proses mahkamah itu perlu bebas dan mengambil masa. Ini hendaklah dihormati oleh semua pihak,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Negara Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan Selasa.

#Anwar Ibrahim #Rasuah #Kerajaan Perpaduan #Perdana Menteri #perpaduan
 
Sponsored Post

Modal ni org tak maka ndah....
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register