Rasminya aku dah sah beli rumah pertama..18 Sept 2012

CG Sponsors




mytrade

Super Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
7,098
Reaction score
239
Points
83
Selasa 19/09/2012

Semalam 18/09/2012, alhamdulillah syukur aku secara rasmi telah mencapai persetujuan untuk membeli sebuah rumah setelah menyerahkan bayaran awal. Ini rumah pertama setelah sebelum ni menyewa dan tolong orang lain bayar hutang rumah selama hampir 7 tahun yang berjumlah hampir RM32000...average sewa Rm380..

Lokasi, jenis rumah, harga..jeng..jeng...nanti aku update...kasi simpan untuk next post...

Rumah ni rumah subsale..aku beli dari owner kedua...so aku adalah bakal pemilik ketiga.

Dan setelah mengkaji serba sikit dan berusaha memahami selok belok pasal membeli rumah, aku akhirnya melakukan sendiri urusan belian tanpa bantuan pihak ketiga. Deal terus dengan owner, cari financing, lawyer dsbnya....

Aku akan update proses dan cerita aku ni dari masa ke semasa. Moga2 semua berjalan lancar....doakan kejayaan impian aku untuk tidur, makan, minum, mandi, berak dan kencing di rumah sendiri (sewa dengan bank) akan tercapai kelak. Aminn


19/09/2012 Rabu
Sejarah Pemburuan Rumah Pertama


Ramai plak yg bagi respons kat thread aku ni. Ada yang nak jadikan panduan. Ada yang ada sinis. Aku pun bukan otai dalm beli rumah. Dan aku pun sejak berniat beli rumah ni dah lama lepak dan parking dalam thread properties ni untuk belajar sikit sikit pasal selekoh dan simpang siur beli rumah.

Dan untuk pengetahuan semua, aku masih lagi di kilometer awal dalam marathon membeli rumah ni. Panjang lagik perjalanan untuk mencapai kunci dan berdiri dalam rumah sambil berkata “ yessss, inilah rumah milik ku selepas selesai membayar sewa dengan bank 30 tahun nanti”. So cerita 2 aku ni masih dalam episode pertama.

Rumah yang aku setuju beli ni adalah dalam kejiranan aku mastautin sekarang sejak Disember 2009. Cuma berselang 2 lorong jer. Jadi alkisah ketatapn nak beli rumah ni dikawasan sekitar ni bermula bila isteri aku sudah mendapati penempatan tugas dalam kerajaan ebagai guru berada dalam radius yg selesa iaitu 10-15 kilometer. So aku pun terus decide untuk cari rumah. Jadi setiap malam bermula sebagai pemburu rumah baik online atau offline.

Rumah pertama yang aku nak beli ialah endlot berhadapan padang dilorong yang sama. Iklan oleh ejen terpampang di pintu pagar. Memandangkan jiran sekarang selesa dengan aku dan family, mereka mengesa aku membeli rumah tersebut. Harga ditawarkan agent ialah RM118K. Pertama yang terlintas di kepala aku “ Wah mahal la…..” walaupun aku belum lagi membuat semakan nilai dengan bank. Tapi apa yang aku tahu ada jiran aku membuat refinance, bank member penilaian sekitar Rm90-100K jer….justeru aku tidak bersungguh untuk meneruskan proses memandangkan secara kasar aku perlu sediakan tunai Rm25K, walaupun dengan sokongan caruman akaun 2 EPF aku mampu membiayainya. Akhirnya 3 bulan selepas itu rumah tersebut terjual dengan harga RM115K kepada seorang pemilik Melayu dari Kuala Lumpur. Pemilik ini aku temui ketika dia sedang membersihkan persekitaran rumah tersebut namun beliau tidak memnduduki rumah tersebut . Tapi menyewakan kepada sekumpulan pelajar separuh masa sebuah university berdekatan. Dan sewaannya ialah RM450. Hanya sedikit kurang dari bayaran kepada bank. Itu kisah tahun 2010. Sebenarnya kejiranan aku ni, pasaran untuk sewa sangat panas dan menghairahkan. Cuba lah pamerkan iklan sewa rumah di pintu pagar, bertalu2 pangilan masuk diterima. Seperti aku ketika mencari rumah sewa sebelum ni, dalam masa 2 hari rumah yang aku hubungi akhirnya telah disewakan. Jika ingin menyewa tidak boleh bertangguh atau tawar menawar. Aku menyewa dengan harga RM400.

Pada tahun 2011, aku pasif mencari rumah bila isteri aku mengambil DPLI. Dan bila beliau memperolehi penempatan tugas pada awal tahun 2012 di Nilai negeri Sembilan maka buruan pun bermula semula. Rumah kedua ialah kejiranan sama tapi fasa berlainan. Rumah ini ialah 2 tingkat. Lokasi menghadap padang permainan. Harga ditawarkan agent ialah Rm195K. Tiada penambah atau pengubahsuaian. Hanya basic unit. Justeru aku membuat susulan periksa dengan bank bagi penilaian. Bank yang aku tuju ialah alRajhi. Dari segi commitment tiada masalh memandangkan potongan komitmen Rajhi memberikan sehingga 70%. Dan ia tiada moving cost namun kadar BFRnya ialah 6.9% dengan minus 1.9% bagi property below Rm200K.

Namun rumah ini juga aku lengah lengahkan memandangkan aku tiada tunai dalam tangan memandangkan aku berurusan dengan agent. Akhirnya apa yg aku dapat tahu rumah ini akhirnya terjual juga kepada orng lain.

Pada tahun 2010 dan sebelumnya, nilai pasaran bagi kejiranan aku agak rendah berbanding jiran jiran sekeling biarpun berdekatan dengan university, plaza tol. Kejiranan aku agak kurang membangun dan masih ada lebih kurang 65% tanah masih belum dibangunkan. Pemaju kejiranan aku ni mmg suka simpan tanah. Rumah lelong amat banyak dan cornet lot dengan keluasan 2000-2500 kaki persegi boleh didapati dengan harga serendah bawah 150K. Cuma pada waktu itu aku belum terdedah dengan rumah lelong.

Kemudian aku meluaskan buruan ke negeri Sembilan. Sasaran aku ialah Nilai. Rumah di Nilai mempunyai keluasan tanah yg agak luas iaitu 22 x 75 kaki namun nilai pasaran agak rendah walaupun nama tempatnya ialah Nilai. Jadi agak sukar bagi memperolehi pembiayaan dari pihak bank yg hanya memberikan 80% dari selling price. Justeru buruan di Nilai berakhir disitu. Kemudian aku juga menyasarkan di Salak Tinggi namun harga jualan pada 2011-2012 sudah agak tinggi. Dan status tanah bagi projek terbaru jugak kebanyakan adalah leasehold. Dan operasi buruan disalak tinggi agak kurang Berjaya.

Menjelang June 2012, aku menyasarkan rumah rumah dari projek yang baru dilancarkan. Kelebihannya ialah booking yang rendah, boleh menggunakan caruman EPF sebagai pendahuluan, free Snp cost dan pelbagai promosi dan gula gula yang biasa kita dengar. Cuma rumah baru ni risiko terbengkalai sebab baru tolak tanah loan kpd bank dah mula bayar, dan harga jualannya jugak agak tinggi walaupun setelah siap kelak ia lebih tinggi nilainya. Seolah olah kita membayar risiko jer bila membeli rumah dalam pembinaan. Harga rumah yang tinggi jugak adalah kesan spekulasi dan permainan antara bank dan pemaju. Namun biarpun tinggi rumah tetap terjual seperti air tebu di tengah panas. Amat laris.

Membeli rumah dari projek baru juga memberikan pengalaman berharga. Antaranya ialah kita berpeluang memperolehi rumah dengan harga yang jauh lebih murah dari harga biasa yang ditawarkan. Ini aku perolehi dari regular buyer sebuah pemaju perumahan ketika brkunjung sales dan gallerynya di Kajang.
Bersambung esok....ngantuk sudah.

03/10/2012
Tinjauan rumah baru.

Antara projek rumah rumah baru yang aku pergi ialah Bangi Avenue oelh pemaju Trans Loyal Development. Lokasi projek ialah Bangi Esatate yang terletak di Bangi Lama. Jenis rumah ialah teres 2 tingkat keluasan 20 x 70 feet. Projek ni tak jauh dari tempat aku tinggal skrg. Projek ni bermula dengan pembinaan flyover dari Jalan Bangi Lama – Semenyih ke Bandar Sri Putra / Bukit Mahkota . Aku pergi survey projek ni selepas dapat info dari nyonya sebuah kedai hardware yg bagitau Estate bangi akan dibangunkan. Masa dia bagitau pun Fasa 1 dan 3 dah sold out. Baru tolak tanah 3 fasa dah abis jual. So aku pun terus pergi pejabat dia kat Kajang impian. Tu la first time aku pergi pejabat pemaju untuk risik rumah.

Ada la amoi ni dating bagitau aku yang rumah masih ada skrg fasa 4. Harga Rm360 000. Aku tgk harga permulaan Rm298 000. Dia cakap itu fasa awal. So klu setuju dia kata letak deposit Rm5000 dan cari loan. Rumah ni agak menarik bagi aku sbb satu dia dah bina abis hingga belakang.Makna dia dah buat siap untuk wet dan dry kitchen. Manakala porch depan adalah konkrit roof. Maka untuk renovation masa depan senang. Lagipun tgk layout dia kawasan bangi avenue akan dibangunkan dengan township baru dan bersambung dgn Alam sari di Bangi. Dan harga Rm360 000 diandaikan murah bagi projek rumah di Bangi.

Menariknya ketika aku keluar dari pejabat jualan ni, aku menyapa seorang buyer lain. Dia agak friendly dgn staff pemaju ni. So masa berbual dia ada bagitau aku jgn beli rumah yang harga Rm360 000 tu. Ada lagi yg murah. Harga nya Rm328 000. So dia tunjukkn aku dalam layout iaitu rumah kedua hujung sebelum corner lot yang terletak jalan mati. Sebabnya bagi jalan mati , hujung jalan akan sedikit besar bagi memudahkan kenderaan buat u turn. Maka logiknya rumah di jalan mati akan kekurangan lbh kurang 5 kaki tanah. So keluasan yg kurang ialah 5 x 20 kaki iaitu 100 kaki. Jadi luas yg dapat ialah 20 x 65 kaki. Bayangkan perbezaan harga bagi rumah (20 x 70 kaki = 1400 kaki = RM360 000 )dengan (20 x 65 = 1300 kaki = RM328 000) iaitu Rm32 000. Byk tu save…walaupun kurang tanah 100 kaki tapi saiz binaan rumah masih sama. Tapi amoi tak bagitau pun yg price Rm 328K kat aku…

Walaupun mampu dan berminat, aku tk jadi ambil sbb klu nak aku combine loan. Aku tak nak combine. So rumah ni aku lepaskan. Setau aku pada Sept ni dah sold out semua. Next projek katanya start above Rm 400K.

Rumah kedua yang aku pergi survey ialah Seri Pajam. Rumah baru dekat tol Lekas kawasan Pajam. Rumah ni aku pergi tgk masa tgk teruja sgt nak beli rumah. Lepas jer saleperson dia tunjuk rumah contoh , wife aku terus soh ambik. Harga Rm260 xxx jenis single storey. Petang tu tgk petang tu jugak terus letak booking. Tanpa buat apa2 risikan.
Tapi projek ni jugak aku lepaskan sbb terlalu mahal dan agak kurang selesa. Bila aku google dalam intenet ada komen yang negative bagi projek ni.

Masih ada beberapa projek baru perumahan. Antaranya Seri Putra dan Nilai Impian. Namun harga bagi kedua duanya amat mahal dan macam tidak berbaloi. Aku teruskan mencari rumah subsale. Dan sasaran aku ialah mudah.com.my
 
Last edited:
Sponsored Post

mytrade

Super Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
7,098
Reaction score
239
Points
83
11 Nov 2012
Lama aku tk upload cite rumah aku ni….sbbnya progress amat slow…dah dua bulan berlalu sejak aku bayar deposit persetujuan nak beli rumah….ok kali ni aku citer pasal rumah ni.

Kawasan : MPKj
Jenis : Single Storey 20 x 55 kaki
Binaan asal : 3 bilik + 1 bilik air + 1 tandas.
Keadaan aku beli : Extension dapur hingga habis lot dan hadapan bahagian porch menjadikan total 4 bilik + 2 bilik air, tandas.

Sebenarnya progress slow disebabkan aku sendiri yg lambat buat action. Pertama aku mencari sendiri financing. Makna nya aku tk guna khidmat agent so aku terpaksa menapak sendiri ke bank dan bertanya kepada banker. Memandangkan aku berkerja di Nilai, so banker yg aku cari ialah di Nilai. Namun tak semua bank yg aku pergi memandangakn kesuntukan masa. Antara yg dapat aku terjah ialah BIMB, Maybank, Public dan Cimb. Dan sebenarnya masih terdapat bank yg aku tk sempat ialah Ambank,Rhb,Hong Leong dan Bsn. Tapi tujuan aku pergi ke bank ialah antaranya untuk meninjau MV (market value) dan tawaran financing. Dokumen semua sudah siap memandangkan sebelum tu pun aku dah buat tinjauan pada July. Dari segi financing aku rasa takder masalah komitment Cuma market value jer yg aku ragu sikit memandangkan aku beli melebihi harga pasaran (tp aku sudah bersedia dgn cash jika financing Cuma 85%).

Semasa tinjauan awal, banker terus buat panggilan kepada valuer utk anggaran kasar value. So
BIMB = Rm140-150Km
CIMB = Rm120k
Maybank = Rm120-130k
Public = 140-150K.

Berdasarkan dari value atas, dgn financing 90% paling maksima aku dapat financing Rm135K. Nampak macam teruk sebab aku harus dapatkan sekurangnya RM145K. namun dari segi kadar public bank paling baik iaitu -2.0 ke atas.yang lain semua below -2.0. kadar BFR ialah 6.6%.

Ok….citer pasal lawyer, pada awalnya aku ada dua pilihan lawyer. Satu lawyer dlm Carigold iaitu Puan Salimah dan satu lawyer recommended by seller (owner). Dan aku juga bercadang utk menggunakan khidmat satu lawyer bagi Snp dan loan. Disebabkan pemilihan lawyer nilah yg menyebabkan kes delay. Akhirnya aku decide utk guna lawyer yg direkomen oleh owner. Sebab utama ialah lawyer ni adalah lawyer sama yg owner guna masa dia purchase rumah dari family dia. So segala dokumen dan perihal rumah aku nak beli ni, lawyer dah ada info. Klu aku guna lawyer ni semua akan senang. Kedua, lawyer ni jgak owner ni guna utk dia beli rumah lain. Maknanya aku beli rumah dari owner dan owner nak guna duit dari jualan rumah ni utk beli rumah lain dan dia guna lawyer yg sama. So proses akan jadi lebih cepat. Ketiga, lawyer ni ada kaitan persaudaraan rapat dgn owner, so lawyer akan jaga status dia.

Delayed by financing. Memandangkan aku tk dapat financing yg munasabah, so owner memperkenalkan adik iparnya dari Rhb Islamic utk cuba dapatkan financing terbaik utk aku. So aku setuju jer. Document aku dah serahkan sejak Sept lagi tp pasal banker Rhb ni plak ada masalah peribadi, so dia delay buat submission. Tapi dia check aku tkder masalah utk dapat financing tu. Aku lak delay sign Snp sebab nak tunggu LO keluar baru nak engage dgn lawyer. Bila banker nak submit, dia nak plak draf Snp. Lawyer plak tk bagi draf sbb aku belum buat payment. So lepas aku meet lawyer secara rasmi dan buat pendahuluan baru draf Snp dapat release dan application utk loan dapat dibuat. Harapnya esok Lo dari Rhb dapat keluar. Sekarang aku sudah ada LO dari Ambank. Tawaran ambank ni aku dapat setelah aku try uat application selepas ada masalh dgn banker rhb .

Pada awalnya banker Ambank mengatakan market value ialah Rm180K, maka aku layak dapat financing Rm160K.So aku teruja. Dan cuba la buat submission. Namun bila result keluar katanya komitment aku terlalu tinggi dan kena combine dgn wife jika aku mau proceed. Aku decide tk mau combine sbb aku ada future plan utk wife aku. Akhirnya tawarn ambank keluar dgn financing sebanyak Rm144k dgn kadar -1.5% menjadikan monthly installment ialah RM755 selama 35 tahun. Aku tk puashati. Sbb awal dulu dia cakap boleh finance rm160k dan kadar -2.0 tp sebaliknya. So aku berharap tawaran RHB lbh baik. Jika semua berjalan lancer mggu depan SnP dapat sign.

Ok setelah aku engage lawyer, plan asal utk guna lawyer sama bagi loan jgak. Tp masalahnya lawyer aku bukan panel Rhb. Tp aku cuba jugak utk add lawyer sbg adhoc panel tp terlalu rumit dan memanjangkan cerita. Disebabkan loan Islamic bagi Rhb ialah Musyarakah maka documentation agak kompleks. Selepas consult dgn lawyer diorang advise utk aku guna jer khidmat lawyer bank. Lagipun kos guaman by lawyer rhb dgb diorang caj tkder la jauh beza sgt. Ok settle pasal lawyer.
Citer pasal rumah aku lak. Actually process jual beli rumah aku ni tkder susah. Sbb satu rumah adalah freehold dan owner sudah ada geran (owner tidak terikat dgn financing).lawyer cakap bila loan aku lulus jer semua proses boleh clear dalam sebulan dua jer.

Citer pasal beli rumah ni jugak ada menariknya. Aku bersaing dgn jiran sebelah utk tackle owner. jiran aku lebih awal buat tinjauan dan tawaran kpd owner tetapii memandangkan mereka cuba tawar beli lebih rendah so owner still open. Aku plak bila dapat tahu jiran aku cuba beli so awalnya tkder la cuba utk bersaing. Tapi pada satu weekend masa aku nak keluar shopping , aku drive ke lorong rumah owner dan Nampak owner kat luar rumah. So aku trus stop dan Tanya pasal iklan jual yg publish kat mudah.com tu (aku tergerak berhenti Tanya sbb owner hanya singgah duduk rumah pada weekend jer). Rupanyer pada waktu jumpa owner tu, dia ada appointment dgn agent utk bawak potential buyer. So owner igtkan aku datang dgn agent tp aku cakap bukan. Jadi aku mintak masuk nak tgk kejap. So well rumah dia aku amat puashati la dan 80% dah berminat. Pada waktu jugak potential buyer yg appoint dgn agent sampai. Punya la ramai mcm open house dah waktu tu. So lepas deiscuss dgn wife kejap dalam kereta, aku keluar semula dan trus book awal dgn owner utk discuss lanjut. Pendek citer, potential buyer dgn agent pun ada yg berminat narus lock nk beli. So aku trus lock rumah tu tanpa tawar menawar lagi sbb owner tetap dgn harga jual.

Mengapa aku sanggup beli lebih harga pasaran?
Pertama, rumah sudah renovated dapur dan hadapan, Cuma porch depan jer belum.
Kedua, owner tinggalkan barang- barang spt aircond 2 biji,kitchen cabinet,water heater,lampu dan kipas siling.
Ketiga, future harga rumah kawasan ni terusn naik dgn pembangunan baru termsuk masjid sekolah dan kedai termasuk pembangunan sekitar. Acces terdekat kepada laluan utara melalui elite highway, silk kajang, lekas dan plaza toll Plus.
Keempat kenaikan harga rumah almost 50% sejak berbanding thn lepas dan pasaran sewa yg amat tinggi.
Kelima owner sgt bertolak ansur. Hanya bayar deposit awal utk tempahan dgn amaun terpulang dan baki deposit tunggu EPF dan baki lain dari financing bank.

Ok aku rasa setakat ni dulu citer aku…td igt nk citer pasal kos guaman dan lain2..tp tnggu dulu la.
Kalau ok aku cuba uplod gambar sikit…

 
Last edited:

mytrade

Super Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
7,098
Reaction score
239
Points
83
Episod 3....simpan...
Edited 21 July 2013..

Lama aku tk update kisah rumah aku ni...shortcut cerita aku dah dapat kunci,dan dalam proses renovation...

Ok, kali ni aku sambung cite pasal kisah lawyer sikit....ku dah cite lawyer SNP ni aku pakai lawyer yg owner lama engage masa dia buat documentation jualbeli sebelum ni.Dan lawyer ni juga owner pakai untuk dia beli rumah lain. So atas recommendation tu, aku pun pakai lawyer ni.Pejabat cawangan dia di kajang perdana..main ofis aku lupa bangi atau seremban.So step awal aku jumpa lawyer dan tanya byk soalan pasal proses jualbeli rumah ni..memndangkan semasa owner beli rumah ni dulu dia pakai lawyer ni, semua maklumat dan fail ada pada pejabat lawyer ni..lama juga aku bersoaljawba dgn lawyer ni..iyer la kita dah bayar dia kan..

dan bila dah setuju , aku bayar la sikit sebagai deposit bagi lwyer menyelesaikan bil2 kepejabat tanah, tax dan sbgnya...so dia kata dalam 2 bulan settle...

so pendek cite, akhirnya setelah selesai semua urusan, bank pun disburse kan loan aku...ada jugak dlm tempoh menuggu tu dr january hingga selesai, aku call dua2 lawyer (SNP dn Loan)2-3 kali utk dapatkan status dan progress...

kutkan perjanjian SNp, Snp aku expired pada sekitar 20hb April bagi tempoh utk selesaikan bayaran kepada owner.ini termsuk deposit dan baki yg dibayar oleh bank. Owner pun ada call aku sbb dia perlukan duit jualan rumah tu utk bayaran rumah baru yg dia beli..

dan seminggu sebelum tarikh tu, lawyer bank call mengatakan duit sudah iserahkan kepada lawyer SNp utk penyerahan kepada owner. tapi aku masih belum ambik kunci memandangkan barang2 owner belum pindah dan aku pun tidak tergesa nak nak masuk sbb ada cadangan utk renovation.barang owner tkder la byk...sbb dia pun tkder la selalu stay situ...ada barang2 yg dia offer utk jjual pada aku...tp aku cuma ambik satu jer..meja kecil utk diletak kat dapur..

Ok sblm tu pada March 2013, aku dah submit permohonan utk keluarkan akaun 2 EPF bg menyelesaikan bayaran rumah..iyer la aku beli rumah rm170k, MV rm160 so loan cuma rm144....cash kena topup rm26K....so aku mujur la wife aku dahulukan duit dia..org gomen biasa la byk kelbihannya..byk juga yg wife aku bantu...sbb tu aku tk ralat masukkan nama dia sbg pemilik bersama dalam rumah ni...kos reno pun almost dia support half..

kenapa aku tunggu hingga March2013 baru keluarkan EPF sedangkan selepas SNP dah sign pada Disember2012, aku dh boleh withdraw..jawapannya sbb aku resign pada hujung Feb...so aku tunggu hingga caruman Feb masuk then aku keluarkan semuanya akaun 2...licin...dan sampai skrg aku masih jobless...EPF aku tkder caruman masuk...

Proses pengeluaran EPF pun sgt mudah...salinan IC,salinan SNP,surat tawaran loan bg baki pembelian..kurang 2 minggu cek dah masuk ke akaun bank..aku ada tanya soalan bonus kpd EPF....

"apa jadi kalau saya mohon pengeluaran akaun 2 bagi pembelian rumah kemudian proses jualbeli terbatal sedangkan duit sudah dikeluarkan"
Staff dia jawab, apabila permohonan dihantar dgn dokumen yg lengkap, EPF akan proses pengeluaran jika pemohon layak.Jika proses jualbeli rumah terbatal selepas tu, pemohon bleh membritahu EPF dan boleh masukkan semula wang kedalam EPF dan rekod pengeluaran dibatalkan..pemohon boleh memohon semula kelak semual...sekiranya pemohon enggan memulangkan semula kepada EPF, tiada tindakan dikenakan tp pemohon tetap direkodkan sudah pernah membuat pengeluaran.maka bila membeli rumah lain tiada lagi pengeluaran boleh dilakukan..

So pada hujung April 2013, owner kosongkan rumah dan menyerahkan kunci pada aku....dan aku dan wife mmg sudah plan utk buat ubahsuai kerana pengubahsuaian sblm ni kurang menarik....dgn bajet yg ada aku merancang utk renovate bahagian depan rumah dan porch especially...nanti sambung lagi...

Oh, aku masih belum cite pasal loan RHB dan pakej pembiayaan serta lawyer loan...kemudian nanti...
 
Last edited:

mytrade

Super Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
7,098
Reaction score
239
Points
83
Renovation..

Pelan lantai sebelum dan selepas renovation....tanpa skala..




Fasad hadapan rumah

Sebelum....
[/URL]

Selepas..


belum siap sepenuhnya...

Pintu utama sebelumnya glass sliding 3 pintu dan selepasnya dibuat bilik tidur utama...

Sebelum

Selepas


Pintu baru..dan hall baru....sebelumnya adalah bilik tidur utama..
 
Last edited:

nsr7777

Banned
Joined
Apr 8, 2011
Messages
8,389
Reaction score
509
Points
111
tahniah tt,,,hrp dpt cite dr mula..utk pedoman kengkawan
 

mytrade

Super Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
7,098
Reaction score
239
Points
83
episod 5 ..cukup la tu...

yg ni aku nak ceritakan bab aku beli perkakas rumah...so benda pertama yg aku beli ialah tilam baru....tilam ketiga sejak aku kawen...
tilam pertama ialah tilam span sarungnya macam jalur kotak2 macam kain pelikat tu...masa beli pun pakai lipat jer masuk kereta..yg ni hayat tk lama....dah pecah2 tepinya dan leper sgt dah..aku htr balik kg sbb susah nk lupus kat sini....tp mak aku boleh buat sarung elok dan still pakai lagi buat lapik masa baring tgk tv...
tilam kedua selepas aku pindah dr PJ ke rumah sewa skrg....tilam yg tenal sikit...material foam....aku beli dari lori yg masuk taman....harga 300 lbh kot rasanya....mamsih elok sampai skrg dan ia tk meleper....

yg ketiga aku beli dari Nilai baru2 ni...kt 600 gak..material foam gak sbb aku tk suka yg jenis spring2 tu....esok baru kedai htr kerumah baru..

barang lain yg akan masuk peti sejuk,tv,kabinet tv,meja makan dan sofa termsuk katil baru....dan mgkin jugak almari baru....skrg tgh pokai so boleh tgk jer sale sale raya ni///

Ini grafik lakaran umah aku yg dah siap.....tanpa skala...





Ini lakaran rumah aku untuk future reno....pindahkan bilik air dan luaskan bilik ketiga (pray room)



Updated gambar baru...






Updated :

07/03/2015....almost selepas 2 tahun..

Hari ni pergi RHB-i request penyata baki ijarah untuk permohonan pengeluaran akaun 2 KWSP bagi tujuan pembayaran bulanan...

Reason : Sbb ada tunggakan dan bg membantu aliran tunai kewangan bulanan.

Link : http://www.kwsp.gov.my/portal/docume...3_Jun_2014.pdf
 
Last edited:

silibug

Active Member
Joined
Nov 13, 2010
Messages
1,557
Reaction score
14
Points
25
congratz tt...

rumah tt tu leh wat tegak bulu roma gk x mcm thread sebelah? hu2..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register