BTC USD 62,928.3 Gold USD 1,803.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasmi Sudah! Harga Minyak NAIK LAGI!Fakta 1st Page.Rege Murah Dari Indon Busit!!!!!!!

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
Harga Petrol RON97 Dan Minyak Tanah Naik 10 Sen Seliter Mulai Tengah Malam Selasa

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam Selasa, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini.

-- BERNAMA

aku tanya..aku yang tepek :))
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.
sumber



1malayahampeh.jpg


Premium Indon RM 1.94

Premium Malayasi RM 2.30!

kahkahkah!


JAKARTA – Parlimen Indonesia semalam meluluskan satu rang undang-undang yang tidak membenarkan kereta-kereta persendirian menggunakan minyak pada harga subsidi mulai tahun depan.

Undang-undang itu yang bakal dilaksanakan mulai Mac tahun depan itu akan bermula di Jakarta.

Pengurangan subsidi itu dibuat ekoran desakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang mahu wang digunakan bagi tujuan pembangunan infrastruktur.

“Sebayak 25 peratus golongan kaya di Indonesia menggunakan 77 peratus subsidi minyak. Subsidi sepatutnya disalurkan kepada mereka yang memerlukannya,” kata seorang ahli parlimen dari Parti Pembangunan Bersatu, Romahurmuziy.

Pemilik kereta persendirian perlu membayar minyak mengikut harga pasaran iaitu sekitar 5,600 rupiah (RM1.94) seliter untuk minyak gred lebih tinggi berbanding 4,500 rupiah (RM1.56) seliter sekarang pada harga subsidi.

Minyak subsidi hanya boleh digunakan oleh pengangkutan awam dan motosikal.

Undang-undang itu akan dikuatkuasakan di seluruh Indonesia secara berperingkat.


RM1.98 tu harga baru RON95 so called Premium RON kat Indon.
Harga lama sebelum berita tu (before 14th December), harga masih IDR 4,500 seliter bersamaan RM 1.57 seliter (conv. rate 0.000348151192). Najib announce harga baru petrol RON95 tu bila plak? & Still declare termurah dia Asia Tenggara ? Rakyat Malaysia still kene kencing time tu...

Lagi satu kalo nak compare, tak leh compare harga je beb...ambik kira oil production, oil consumption, oil export & oil import for both countries.

Indon:
Oil Production : 1.023 million bbl/day
Oil Consumption : 1.115 million bbl/day
Conclusion : Indon guna lagi banyak minyak dari apa yang dorang produce. Memang sepatutnya harga dorang jauh lebih mahal dari Malaysia.

Oil Exports : 85,000 bbl/day
Oil Imports : 671,000 bbl/day
Conclusion : Imports far more than export, memang sepatutnya jauh lebih mahal dari harga di Malaysia.

Malaysia:
Oil Production : 693,700 bbl/day
Oil Consumption : 536,000 bbl/day
Conclusion : Surplus more than 100,000 bbl/day !! Sepatutnya harga minyak di Malaysia jauh lebih murah dari Indon.

Oil Exports : 511,900 bbl/day
Oil Imports : 314,600 bbl/day
Conclusion : Huge different in exports & imports almost 50% different. Sendiri pikir la apa yang patut.



http://malaysiakini.com/news/151041
Malaysia tidak mampu pengurangan subsidi lebih lanjut kerana sebahagian besar rakyat di negara ini hidup di bawah garis kemiskinan, kata Kongres Kebangsaan Kesatuan Malaysia (MTUC).

Dibebani harga barangan keperluan yang terus naik, maka adalah wajar kerajaan memperkenalkan dasar gaji minumum, kata presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud.

Sambil merujuk kajian yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia tahun lalu, Syed Shahir berkata 34 peratus golongan yang makan gaji sekarang berpendapatan kurang RM720 sebulan dan berada di garis kemiskinan negara.

"Tiada kerajaan penyayang yang akan menaikkan lagi kos hidup sehingga membebankan rakyat.

"Kerajaan Malaysia sekarang ini tidak peduli... mereka terus menaikkan harga barangan keperluan asas yang diperlukan untuk terus hidup,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula, semuanya akan menyebabkan kesan inflasi.

Syed Shahir berkata kerajaan tidak sensitif kerana kebanyakan isi rumah rakyat malaysia tidak dapat menampung kenaikan barangan keperluan itu.

Kerajaan katanya, tidak sepatutnya memotong subsidi untuk menjimatkan dana awam tetapi sebaliknya mengamalkan pentadbiran berjimat-cermat.

"Kerajaan mesti mencari jalan lain bagi memotong perbelanjaannya seperti mengurangkan perbelanjaan pertahanan dan mengurangkan rasuah, termasuk memberikan kontrak yang nilainya 'lebih tinggi' kepada kroni di semua peringkat.

"MTUC mengingatkan kerajaan supaya mengambil kira kebajikan dan masa depan rakyat, termasuk pekerja dan keluarga mereka sebagai tanggungjawab utama mereka,” katanya lagi.
 
Last edited:
Sponsored Post

zamreda

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
hakkk tuihhhh kata yng termurah di rantau asia tenggara,,,
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
harga petrol gred yg lebih tinggi di Indon ialah RM 1.94 seliter (TANPA SUBSIDI) manakala harga Ron 97 di Malaysia ialah RM2.35 seliter dan "lebih murah" daripada di Indon. Lebih murah tu puak umnok dan pencacai yg kena cucuk hidung dgn pemimpin depa yg kata .....kahkahkah
 

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
skang ni gomen jual petrol amek untung ngan kita la.
haram tull...
 

zamreda

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
beli kereta..kena caj gomen...beli brg kena caj gomen..
suma caj2 mesia nie...

lah tu naik lagi harga minyak..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register