BTC USD 100,953 Gold USD 2,662.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasionalisasi Subsidi Diesel Diumum Jam 5 Petang Hari Ini, Harga Diesel RM3.35 Seliter Mulai 10 Jun

Ni la sebab kenapa jualan diesel merosot bila subsidi ditarik.
Bekan sebab penyeludup tak seludup diesel, tapi owner hilax naik kapchai pi kerja..
:ROFLMAO:

Owner kia carnival lagi kesian
Dahlah resale value jatuh
Harga diesel naik
Dulu dulu berbaloi sbb harga diesel rendah
 
Sponsored Post

1719626894448.png
 
Menteri dedah 6.5 juta liter diesel disalah guna, diseludup setiap hari​

BERNAMA

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya 6.5 juta liter diesel sehari disimpulkan disalah guna oleh industri atau diseludup ke negara jiran sebelum penyasaran semula subsidi dilaksanakan, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata penyasaran semula subsidi diesel menyaksikan pengurangan jualan sebanyak 23 peratus atau 6.5 juta liter sehari dari stesen minyak di Semenanjung Malaysia.

Amir Hamzah berkata purata jualan harian diesel dari stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia pada awal Jun adalah 28.6 juta liter sehari, manakala pada awal bulan ini, purata jualan harian diesel menurun kepada 22.2 juta liter sehari.

"Kesimpulan ini disokong dengan data yang menunjukkan jualan diesel secara komersial telah meningkat sebanyak 4.8 juta liter sehari bagi tempoh perbandingan yang sama.

"Memandangkan kini harga di stesen minyak adalah pada RM3.35 seliter, pihak industri yang sebelum ini membeli diesel bersubsidi telah beralih balik kepada membeli diesel secara komersial," katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad, Senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar dan Senator Datuk Abdul Halim Suleiman yang secara kolektif ingin tahu berkaitan keberkesanan inisiatif Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) selepas penyasaran subsidi diesel.

Menurut Amir Hamzah, pada masa sama terdapat stesen minyak di kawasan utara Semenanjung Malaysia berdekatan dengan sempadan yang mengalami kejatuhan jualan diesel 40 hingga 50 peratus selepas penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.

"Keadaan ini memaparkan kejatuhan aktiviti penyeludupan ke negara jiran disebabkan pengurangan margin keuntungan penyeludup," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan telah menyediakan bantuan tunai RM200 sebulan bagi petani kecil dan pekebun kecil yang ditakrifkan menghasilkan jualan pertanian antara RM50,000 dan RM300,000 setahun.

Berdasarkan bantuan itu, petani kecil dan pekebun kecil yang memenuhi syarat kelayakan dan berdaftar dengan portal GeoAgro Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi, layak memohon untuk bantuan tunai.

"Pada masa yang sama, petani kecil dan pekebun kecil yang layak, turut dapat memanfaatkan bantuan Skim Kenderaan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 bagi kenderaan logistik supaya kos pengangkutan pengeluaran ke pasaran tidak meningkat," katanya.

Disiarkan pada: Julai 23, 2024 @ 2:58pm

sumber - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...ter-diesel-disalah-guna-diseludup-setiap-hari
 
aku suka la data ni..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register