BTC USD 94,145.2 Gold USD 2,685.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rapid Kuantan Tutup Kedai Lepas 12 Tahun Beroperasi

ramai prefer grab agaknya. lepasni ni grab pakai moto pula.

saya duduk KL, lagi suka naik tren. bas leceh sikit lah sbb stesen bas jauh dari rumah, dan selang masa dia tu lama. macam tren, setiap 5-10 minit ada next one. kalau bas, 30-40 minit baru ada. susah nak rancang.

so saya naik motor/kereta pergi LRT/MRT, pastu naik tren.
btol...lg satu route bas tu kita xtau mana jalan dia pergi..nk kene tau nombor2 bas utk destinasi dia.pastu nk tgu brapa lama plak bas nak sampai.banyak buang masa..ah leceh la prefer naik grab je la lg selesa

sy hrtu dr selayang nak ke kg baru naik bas mrt+mrt+lrt amik masa 1j20min baru sampai kg baru..kalu naik kete/moto dlm kurang 20min dah sampai...kalu naik bas xtau la bile nak sampai
 
Sponsored Post

Penamatan Rapid Kuantan Tiada Kaitan Politik, Kata EXCO

09.12.2024 - Pahang menafikan desas-desus mendakwa penamatan perkhidmatan bas henti-henti, Rapid Kuantan yang beroperasi selama 12 tahun di negeri itu pada tahun depan disebabkan faktor politik. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Razali Kassim, berkata operasi itu dihentikan kerana Rapid Kuantan tidak memasuki tender terbuka Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti 2.0 (SBST 2.0) mulai 2025 hingga 2030, yang dibentangkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Tidak ada sebab politik, ini tender terbuka. Rapid tidak masuk tender, alasannya kos yang ada sekarang tidak boleh nak tampung (operasi),” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Universiti Kolej Yayasan Pahang dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam merealisasikan projek sekuriti makanan di kampus utama universiti itu, di sini.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri mengadakan perbincangan bersama Rapid Kuantan dan APAD pada 8 Okt lepas untuk mendapatkan penjelasan mengenai operasi bas di Kuantan. Razali berkata, kerajaan negeri dimaklumkan APAD bahawa syarikat baharu yang akan menggantikan Rapid Kuantan dijangka beroperasi Mei depan. Katanya, operator baharu bakal dilantik itu akan menyediakan perkhidmatan merangkumi 16 laluan, selain perlu menyediakan pas bulanan (RM50) tanpa had dan kad konsesi untuk orang kurang upaya, pelajar serta warga emas dengan kos pendaftaran RM10 sekali bayar.
1733745814630.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register