BTC USD 94,163.0 Gold USD 2,688.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rapid Kuantan Tutup Kedai Lepas 12 Tahun Beroperasi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,283
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
64,283
Reaction score
7,059
Points
916
Awards
1
04.12.2024 - Selepas 12 tahun beroperasi di Pahang, Rapid Kuantan dijangka menamatkan operasinya secara berperingkat mulai tahun depan. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Razali Kassim mengesahkan perbincangan antara kerajaan negeri dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) berkaitan isu operasi Rapid Kuantan pada 8 Okt lalu.

"Pihak Apad telah membentangkan tender terbuka dikeluarkan berkenaan Stage Bus Service Transformation 2.0 (SBST 2.0) mulai 2025 hingga 2030. Apad memaklumkan pihak Rapid Kuantan hadir pada taklimat tender itu dan mereka tidak menyertai tender terbuka SBST 2.0 berikutan pemakluman masa terlalu singkat. Selain itu, pihak Rapid Kuantan juga memaklumkan mereka tidak mempunyai tapak depot kekal untuk menyelenggara bas dan nilai kontrak SBST 2.0 Kuantan untuk tempoh lima tahun tidak dapat menampung kos operasi 55 bas sehari," katanya.

Razali (BN-Muadzam Shah) berkata demikian sebagai menjawab soalan dilontarkan Chan Chun Kuang (PH-Semambu) pada sesi sidang DUN, di Wisma Sri Pahang, di Kuantan, hari ini. Terdahulu Chan membangkitkan mengenai penamatan operasi Rapid Kuantan dan mempersoalkan sama ada kerajaan Pahang mahu mempertimbangkan semula perkara itu.

"Adakah kerajaan negeri mempertimbangkan untuk mempertahankan Rapid Kuantan sebagai operator dengan faktor perkhidmatan awam kepada penduduk Kuantan dan pelajar. Pelantikan operator swasta yang bersifat 'profit - oriented' mungkin akan menjejaskan perkhidmatan kepada warga Kuantan. Adakah kerajaan Pahang boleh menjamin perkhidmatan yang sama atau lebih baik berbanding operator baru?," soalnya.

Sementara itu Razali menjelaskan, Rapid Kuantan bagaimanapun perlu meneruskan perkhidmatan bas mereka sehingga surat setuju terima (SST) dikeluarkan untuk tender berkenaan. Katanya, pelaksanaan SBST 2.0 Kuantan merangkumi 16 laluan dan semua laluan itu sudah dibuat kajian sebelum tender dikeluarkan. Tambahnya pihak operator baru juga perlu menyediakan pas bulanan (RM50) tanpa had dan kad konsesi untuk orang kurang upaya (OKU), pelajar dan warga emas dengan kos pendaftaran RM10 secara sekali bayar.

"Selepas tender dikeluarkan, akan ada kajian semula keberkesanan laluan yang mengambil masa antara sembilan hingga 12 bulan. Kajian akan dilakukan Apad dengan kerjasama wakil kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan," katanya.

Projek pengangkutan awam untuk kemudahan warga bandar raya Kuantan itu dilancarkan secara rasmi pada 1 Disember 2012 oleh bekas perdana menteri, Najib Razak.
1733291624671.png
 
Sponsored Post

xde untung.....kos penyelenggaraan bas yg tinggi+kekurangan penumpang....org ramai lebih selesa guna kenderaan sendiri- bebas bergerak dan boleh rancang mase sendiri nek moto...mase bas gerak/sampai xtepat,ikut suka dreba...dreba plk kuat mengular.
 
management pengangkutan awam perlu diperbaiki.. menteri pi la study negara luar buek camno
malaysia ni pemilikan kenderaan persendirian boleh kata tinggi juga. Setiap rumah paling kurang pun dah ada 1 kereta so tak perlu nak naik pengangkutan awam.
 
malaysia ni pemilikan kenderaan persendirian boleh kata tinggi juga. Setiap rumah paling kurang pun dah ada 1 kereta so tak perlu nak naik pengangkutan awam.
Sebab pengangkutan awam tak efisien.
Kalau efisien dah tentu kereta tak laku.
 
Sebab pengangkutan awam tak efisien.
Kalau efisien dah tentu kereta tak laku.
tak efisien sebab demand dah takda bang.

ini sendu je nak operate pun tak bersemangat.

dulu bas mini wilayah efisien sebab ramai yang naik.

seronok lah dorang kejar trip.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register