BTC USD 47,218.5 Gold USD 1,753.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Rapid KL mohon maaf insiden pintu LRT terbuka

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,324
Reaction score
397
Points
91

Rapid KL mohon maaf insiden pintu LRT terbuka

PETALING JAYA- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi Rapid KL memohon maaf kepada orang ramai selepas terpalit isu pintu Transit Aliran (LRT) yang terbuka ketika tren itu sedang beroperasi.

Menurut kenyataan dikeluarkan Rapid KL, pihaknya mengambil serius insiden yang berlaku dan melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Insiden melibatkan LRT Aliran Kelana Jaya ketika tren itu berlepas daripada Stesen LRT Ara Damansara menuju Stesen LRT Lembah Subang telah dikenalpasti secepat mungkin.

“Pusat Kawalan Operasi turut menghentikan perkhidmatan tren itu dalam masa kurang daripada dua minit dan menghantarnya ke depot untuk pemeriksaan segera,” katanya tadi.

Semasa kejadian, hanya tujuh penumpang berada di dalam tren dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Rapid KL juga akan melaksanakan pelan mitigasi bersesuaian bagi mengelakkan perkara tidak diingini pada masa akan datang. – K! ONLINE

Video Media sosial
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,387
Reaction score
21,611
Points
1,671
Tuan punya badan

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,769
Reaction score
2,103
Points
201
Coach kosong..Kerusi kosong pindah la kerusi
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,982
Points
2,376
Orang tak ramai
Tapi memang bahaya ni
Sebab tu dinasihatkan tidak bersandar di pintu
Bimbang jadi gini la
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
27.07.2021 - Kuala Lumpur, Pintu di sebuah tren transit aliran ringan (LRT) yang kekal terbuka selepas bergerak dari stesen mengejutkan penumpang, semalam. Satu rakaman video insiden itu dimuat naik pengguna Twitter @perksofbeingsxf. Dalam kenyataan hari ini, pengendali LRT, Rapid KL berkata insiden itu berlaku pada pukul 3.01 tengah hari melibatkan tren yang bergerak dari stesen Ara Damansara menuju stesen Lembah Subang.

"Insiden itu diketahui dengan segera oleh pusat kawalan operasi dan tren tidak lagi menangkut penumpang kurang dua minit kemudian, selepas ia tiba di stesen Lembah Subang yang berjarak 900 meter. Tren kemudian dihantar ke depot untuk pemeriksaan segera dan siasatan selanjutnya," kata Rapid KL.

Terdapat tujuh penumpang di dalam tren ketika insiden tersebut. Kesemuanya keluar dengan selamat.

"Rapid KL memandang serius insiden ini dan penyiasatan terperinci sedang dibuat untuk mengenal pasti punca. Pelan mitigasi yang wajar akan dilaksanakan bagi mengelakkan ia berlaku di masa akan datang," kata Rapid KL.

Pada dua bulan lalu, dua tren LRT bertembung berhampiran stesen KLCC, menyebabkan 213 penumpang cedera. Siasatan selepas itu mendapati antara lain berlaku masalah teknikal dan kegagalan komunikasi antara pusat kawalan operasi dengan hostler (pemandu).​

1627389402219.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi Rapid KL memohon maaf kepada orang ramai selepas terpalit isu pintu Transit Aliran (LRT) yang terbuka ketika tren itu sedang beroperasi.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,982
Points
2,376
LRT | Rapid KL Mohon Maaf

Rapid KL memohon maaf kepada orang ramai berkaitan isu pintu transit aliran ringgan (LRT) yang terbuka ketika tren itu sedang beroperasi.

 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,042
Reaction score
2,368
Points
201
Mesti ngeri penumpang tu
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
8,254
Reaction score
481
Points
91
mcm2 prasarana ni..nsib baik pasir salak dah xde dah
 

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,820
Reaction score
4,362
Points
206
Kena virus ni. Train tak cucuk baksin lagi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register