BTC USD 47,868.0 Gold USD 1,754.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rantau Panjang : Anda seakan berada di Thailand

alkhawarizmi

Active+ Member
Joined
Mar 26, 2009
Messages
3,038
Reaction score
18
Points
25
Mengunjungi Rantau Panjang merupakan agenda wajib bagi kebanyakan mereka yang berkunjung ke negeri Kelantan. Pekan kecil ini merupakan salah satu destinasi utama para pelancong untuk membeli-belah selain dari dua pekan sempadan lain di negeri ini iaitu Pengkalan Kubur di daerah Tumpat dan Bukit Bunga di daerah Jeli.

Ketiga-tiga pekan sempadan ini terletak di tebing Sungai Golok yang merupakan sempadan bagi Malaysia - Thailand. Kesemua pekan ini juga seolah-olah berkembar dengan pekan-pekan di sebelah negara Thailand iaitu Rantau Panjang bersebelahan dengan bandar Sungai Golok, Pengkalan Kubur bersebelahan dengan pekan Takbai dan Bukit Bunga bersebelahan dengan pekan Buketa. Pekan Rantau Panjang ke Sungai Golok dan Bukit Bunga ke Buketa boleh dihubungi melalui jambatan, manakala Pengkalan Kubur ke Takbai hanya boleh dihubungi melalui pekhidmatan feri dan bot.

Pekan Rantau Panjang terletak kira-kira 45 km dari Kota Bharu dan 20 km dari Pasir Mas boleh dikunjungi melalui beberapa laluan utama iaitu:
1. dari Kota Bharu melalui simpang empat Pasir Hor, Jambatan Salor, bulatan Lemal, Lubuk Jong dan Rantau Panjang.

2. dari Kota Bharu melalui Jambatan Sultan Yahya Petra, Tendong, Pasir Mas, Bulatan Lemal, Lubuk Jong dan Rantau Panjang.

3. dari Kota Bharu melalui Jambatan Sultan Yahya Petra, Wakaf Bharu, Chabang Empat, Gelang Mas, Pohon Tanjung, Jeram Perdah dan Rantau Panjang.

4. dari Pasir Mas melalui (jalan baru) bulatan Lemal, Lubuk Jong dan Rantau Panjang.

5. dari Pasir Mas melalui (jalan lama) Pohon Tanjung, Jeram Perdah dan Rantau Panjang.

6. dari Tanah Merah/Jeli melalui Panglima Bayu, Lubuk Setol dan Rantau Panjang.

7. dari Tanah Merah melalui Padang Siam, Bukit Tuku dan Rantau Panjang.

Berada di Rantau Panjang seolah-olah anda berada di negara Thailand kerana beberapa ciri yang dapat diperhatikan di sini. Pertamanya terdapat banyak kenderaan yang berpendaftaran negara tersebut berada di jalan-jalan utama pekan ini. Kenderaan-kenderaan ini keluar masuk melalui pekan ini sama ada atas urusan perniagaan atau urusan persendirian. Ada juga yang mengambil kesempatan mengisi minyak di sebelah sini kerana harga minyak di Thailand jauh lebih mahal berbanding Malaysia. Jenis kenderaan yang paling banyak ditemui ialah motosikal dan kenderaan pikap (pickup). Kenderaan jenis ini sememangnya banyak digunakan di pekan-pekan sebelah Thailand.

Keduanya, kita dapat perhatikan produk perniagaan yang dijual di premis-premis perniagaan di sini kebanyakannya merupakan produk dari Thailand. Hampir kesemua barangan jualan di sini seperti barangan makanan, pakaian, alat mainan, kraftangan, hiasan, aksesori wanita, alat-alat dapur, peralatan rumah dan sebagainya adalah produk negara jiran. Jangan terkejut sekiranya anda dapat membeli pakaian yang berjenama dengan harga yang empat atau lima kali lebih rendah daripada harga yang sepatutnya. Umpamanya sandal berjenama Nike boleh dibeli dengan harga serendah RM18.00 atau RM20.00 berbanding RM80.00 harga bagi produk asli jenama tersebut. Di sini anda boleh memilih jenama-jenama terkemuka dengan harga yang amat berpatutan tetapi kualitinya ‘sepadan’ dengan harganya.

Ketiganya, cara para peniaga di sini berurusniaga juga menunjukkan ciri-ciri yang hampir sama dengan para peniaga di negara jiran tersebut. Misalnya anda akan dapat bertemu dengan beberapa kereta sorong yang menjual ‘lokcin’ bakar di sekitar bazar jualan di pekan ini. Lokcin ialah bebola ikan yang dicucuk dan dibakar di atas bara api dan dimakan dengan dua jenis sos iaitu sama ada pedas atau manis. Secucuk lokcin dijual dengan harga RM1.00 sahaja. Kini makanan ini telah dipelbagaikan dengan bermacam-macam jenis seperti bebola daging, ketam, hot dog, sosej, fish cake dan sebagainya. Semua ini adalah ciri-ciri perniagaan makanan yang biasa terdapat di sebelah Thailand.

Keempatnya, kebanyakan premis perniagaan menggunakan bahasa Thai sebagai salah satu bahasa di papan tanda premis masing-masing bagi tujuan menarik para pelanggan dari negara tersebut. Keadaan ini bukan sahaja dapat dilihat di premis perniagaan, malah tandas awam juga menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Thai. Selain bahasa melalui tulisan di premis-premis berkenaan, pertuturan para peniaga di sini juga turut menggunakan dialek Melayu Thailand atau dialek Melayu Patani yang agak berbeza daripada dialek Kelantan. Mengikut rakan-rakan yang berasal dari kawasan ini, cara pertuturan dan cara berpakaian sudah dapat membezakan antara orang Thailand dan orang Malaysia. Datanglah ke Rantau Panjang, tentu anda akan dapat merasai negara Thailand.
 
Sponsored Post

azarulez

Super Active Member
Joined
Jul 9, 2008
Messages
8,360
Reaction score
1,155
Points
151
1 lagi TT..majoriti peniaga kat pasar rantau panjang ni org thai..:p
 

viper21my

Super Active Member
Joined
Feb 25, 2006
Messages
7,596
Reaction score
166
Points
73
sebenarnya... pegi rantau panjang buek ponat jooo... barang2 situ mahal kalau dia tau yang beli orang luar.... baik pegi kat KB ke kat pasir puteh... lagi murah... haha

tapi banding dengan luar kelantan,,, murah la kot... lagi satu... kalau nak dapat barang murah... pegi weekdays bukan pada cuti sekolah atau cuti umum... masa tu penjual yang merayu2 kat kito... haha
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,042
Points
1,101
padang besar pun rase mcm kat siam gak
 

-Johan-

Super Active Member
Joined
Mar 16, 2009
Messages
6,838
Reaction score
116
Points
73
klu time cuti sekolah macam sekarang ni mmg penuh sesak la pekan rantau panjang.. 80% pembeli luar dari kelantan, memang masyuk la peniaga kat sana..
 

mr_turner

Active+ Member
Joined
Jan 15, 2010
Messages
3,107
Reaction score
11
Points
25
sebelah r.panjang tu yg bess...
:">:">:">:">
 

rebellion

Legendary Member
Paid Membership
Joined
May 3, 2010
Messages
16,089
Reaction score
60
Points
135
KL pun sama, macam hong kong :))
 

ipsian

Active+ Member
Joined
Apr 13, 2006
Messages
3,752
Reaction score
192
Points
33
Mengunjungi Rantau Panjang merupakan agenda wajib bagi kebanyakan mereka yang berkunjung ke negeri Kelantan. Pekan kecil ini merupakan salah satu destinasi utama para pelancong untuk membeli-belah selain dari dua pekan sempadan lain di negeri ini iaitu Pengkalan Kubur di daerah Tumpat dan Bukit Bunga di daerah Jeli.

Ketiga-tiga pekan sempadan ini terletak di tebing Sungai Golok yang merupakan sempadan bagi Malaysia - Thailand. Kesemua pekan ini juga seolah-olah berkembar dengan pekan-pekan di sebelah negara Thailand iaitu Rantau Panjang bersebelahan dengan bandar Sungai Golok, Pengkalan Kubur bersebelahan dengan pekan Takbai dan Bukit Bunga bersebelahan dengan pekan Buketa. Pekan Rantau Panjang ke Sungai Golok dan Bukit Bunga ke Buketa boleh dihubungi melalui jambatan, manakala Pengkalan Kubur ke Takbai hanya boleh dihubungi melalui pekhidmatan feri dan bot.

Pekan Rantau Panjang terletak kira-kira 45 km dari Kota Bharu dan 20 km dari Pasir Mas boleh dikunjungi melalui beberapa laluan utama iaitu:
1. dari Kota Bharu melalui simpang empat Pasir Hor, Jambatan Salor, bulatan Lemal, Lubuk Jong dan Rantau Panjang.

2. dari Kota Bharu melalui Jambatan Sultan Yahya Petra, Tendong, Pasir Mas, Bulatan Lemal, Lubuk Jong dan Rantau Panjang.

3. dari Kota Bharu melalui Jambatan Sultan Yahya Petra, Wakaf Bharu, Chabang Empat, Gelang Mas, Pohon Tanjung, Jeram Perdah dan Rantau Panjang.

4. dari Pasir Mas melalui (jalan baru) bulatan Lemal, Lubuk Jong dan Rantau Panjang.

5. dari Pasir Mas melalui (jalan lama) Pohon Tanjung, Jeram Perdah dan Rantau Panjang.

6. dari Tanah Merah/Jeli melalui Panglima Bayu, Lubuk Setol dan Rantau Panjang.

7. dari Tanah Merah melalui Padang Siam, Bukit Tuku dan Rantau Panjang.

Berada di Rantau Panjang seolah-olah anda berada di negara Thailand kerana beberapa ciri yang dapat diperhatikan di sini. Pertamanya terdapat banyak kenderaan yang berpendaftaran negara tersebut berada di jalan-jalan utama pekan ini. Kenderaan-kenderaan ini keluar masuk melalui pekan ini sama ada atas urusan perniagaan atau urusan persendirian. Ada juga yang mengambil kesempatan mengisi minyak di sebelah sini kerana harga minyak di Thailand jauh lebih mahal berbanding Malaysia. Jenis kenderaan yang paling banyak ditemui ialah motosikal dan kenderaan pikap (pickup). Kenderaan jenis ini sememangnya banyak digunakan di pekan-pekan sebelah Thailand.

Keduanya, kita dapat perhatikan produk perniagaan yang dijual di premis-premis perniagaan di sini kebanyakannya merupakan produk dari Thailand. Hampir kesemua barangan jualan di sini seperti barangan makanan, pakaian, alat mainan, kraftangan, hiasan, aksesori wanita, alat-alat dapur, peralatan rumah dan sebagainya adalah produk negara jiran. Jangan terkejut sekiranya anda dapat membeli pakaian yang berjenama dengan harga yang empat atau lima kali lebih rendah daripada harga yang sepatutnya. Umpamanya sandal berjenama Nike boleh dibeli dengan harga serendah RM18.00 atau RM20.00 berbanding RM80.00 harga bagi produk asli jenama tersebut. Di sini anda boleh memilih jenama-jenama terkemuka dengan harga yang amat berpatutan tetapi kualitinya ‘sepadan’ dengan harganya.

Ketiganya, cara para peniaga di sini berurusniaga juga menunjukkan ciri-ciri yang hampir sama dengan para peniaga di negara jiran tersebut. Misalnya anda akan dapat bertemu dengan beberapa kereta sorong yang menjual ‘lokcin’ bakar di sekitar bazar jualan di pekan ini. Lokcin ialah bebola ikan yang dicucuk dan dibakar di atas bara api dan dimakan dengan dua jenis sos iaitu sama ada pedas atau manis. Secucuk lokcin dijual dengan harga RM1.00 sahaja. Kini makanan ini telah dipelbagaikan dengan bermacam-macam jenis seperti bebola daging, ketam, hot dog, sosej, fish cake dan sebagainya. Semua ini adalah ciri-ciri perniagaan makanan yang biasa terdapat di sebelah Thailand.

Keempatnya, kebanyakan premis perniagaan menggunakan bahasa Thai sebagai salah satu bahasa di papan tanda premis masing-masing bagi tujuan menarik para pelanggan dari negara tersebut. Keadaan ini bukan sahaja dapat dilihat di premis perniagaan, malah tandas awam juga menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Thai. Selain bahasa melalui tulisan di premis-premis berkenaan, pertuturan para peniaga di sini juga turut menggunakan dialek Melayu Thailand atau dialek Melayu Patani yang agak berbeza daripada dialek Kelantan. Mengikut rakan-rakan yang berasal dari kawasan ini, cara pertuturan dan cara berpakaian sudah dapat membezakan antara orang Thailand dan orang Malaysia. Datanglah ke Rantau Panjang, tentu anda akan dapat merasai negara Thailand.

:-?:-? bukan ke secucuk 20 posen je..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register