[ RansomWare ] Terkini Warga Russia hadapi pertuduhan penipuan siber RM655 juta

CG Sponsors




myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,909
Reaction score
585
Points
161
You Either Die A Hero, Or You Live Long Enough To See Yourself Become The Villain
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,216
Reaction score
4,253
Points
201
Malware cetus kerugian AS$540 juta di Vietnam

HANOI – Pusat Ke*selamatan Rangkaian Internet Bach Khoa (BKAV) yang merupakan firma keselamatan internet utama Vietnam mengumumkan bahawa pengguna di negara berke*naan kerugian kira-kira AS$540 juta (RM2.17 bi*lion) tahun lalu akibat penularan virus online.


Perangkaan itu yang didedahkan BKAV di laman webnya baru-baru ini, adalah jauh lebih tinggi berbanding kerugian kira-kira AS$460 juta (RM1.84 bilion) pada tahun 2016, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

“Vietnam dijangka terus berdepan dengan sera*ngan perisian jahat ataupun malware termasuk perisian peras ugut (ransomware) dan malware mengandu*ngi perkakasan perlombo*ngan kripto,” kata BKAV.

Pengumuman itu dibuat berdasarkan keputusan kajian keselamatan rangkaian internet oleh BKAV pada Disember 2017.

Menurut kajian tersebut, kerugian akibat se*rangan virus di Vietnam mencecah rekod baharu sejak beberapa tahun ke*belakangan ini.

Kerugian serupa di negara kuasa ekonomi se*perti Amerika Syarikat, China, Jepun dan Jerman pula dilaporkan mencecah AS$200 bilion (RM804.4 bilion) setahun.

Kata BKAV lagi, kese*lamatan internet di Vietnam pada 2017 berdepan pelbagai isu termasuk peningkatan serangan ke atas perkakas dengan internet (IoT), ledakan berita palsu dan malware mengandungi perkakasan melombong mata wang kripto.

Selain itu, penggodam juga menyebarkan virus melalui rangkaian sosial. Pada 19 Disember lalu, laman Facebook di Vietnam diserang oleh malware.

Perisian jahat ransomware merupakan satu lagi ancaman kepada ke*selamatan internet pada 2017. Tahun lalu menyaksikan ransomware dikenali sebagai WannaCry menyebarkan virus dari kompu*ter ke komputer di lebih 90 buah negara dalam tempoh hanya beberapa jam.

Di Vietnam, lebih 1,900 komputer mengandungi malware WannaCry dan kira-kira 52 peratus lagi mempunyai kelemahan yang boleh diserang oleh virus berkenaan. – Bernama

http://www.kosmo.com.my/dunia/malware-cetus-kerugian-as-540-juta-di-vietnam-1.583650
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,216
Reaction score
4,253
Points
201
Wira keselamatan siber mengaku bersalah cipta virus serangan



WASHINGTON: Penyelidik keselamatan siber Britain yang disanjung sebagai wira kerana menghentikan serangan ransomware ‘WannaCry’ pada 2017, mengaku bersalah kepada tuduhan menulis serangan itu di Amerika Syarikat.

Marcus Hutchins, yang didakwa dengan 10 tuduhan di AS, mengaku bersalah dua daripadanya, dengan kerajaan AS bersetuju menggugurkan baki tuduhan ketika hukuman dijatuhkan, menurut dokumen di Mahkamah Daerah di Wisconsin.

“Saya mengaku bersalah terhadap dua tuduhan berkaitan menulis serangan dalam masa tiga tahun sebelum memulakan kerjaya dalam bidang keselamatan,” kata Hutchins, juga dikenali atas talian sebagai

MalwareTech, dalam kenyataan tanpa mengulas lanjut.

Hutchins menjadi terkenal sekelip mata dalam kalangan komuniti penggodam komputer pada Mei 2017 apabila membantu menyekat serangan ransomware WannaCry, yang menjangkiti ratusan ribu komputer dan menyebabkan gangguan di kilang, hospital, kedai dan sekolah di lebih 150 negara.

Beliau ditahan lewat tahun lalu di Las Vegas atas tuduhan tidak berkaitan iaitu membina dan menjual kod jahat yang digunakan untuk mencuri keupayaan perbankan.

Pendakwa AS mendakwa beliau dan seorang lagi defendan mengiklankan, mengedar dan mendapat keuntungan daripada kod serangan dikenali sebagai ‘Kronos’ antara Julai 2014 dan 2015. — Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/am...n-siber-mengaku-bersalah-cipta-virus-serangan
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,216
Reaction score
4,253
Points
201
Serangan ransomware, penggodam tuntut tebusan RM319,409



SAN FRANCISCO: Serangan ransomware melumpuhkan bandar raya Baltimore yang menyebabkan semua emel dan gerbang bayaran atas talian terhenti.

Susulan itu, penggodam komputer menuntut tebusan AS$76,280 (RM319,409) untuk melepaskan semua sistem bandar raya itu.

Serangan yang melumpuhkan bandar raya itu adalah ciptaan Agensi Keselamatan Negara digelar ‘EternalBlue’, yang digunakan dalam serangan siber berprofil tinggi termasuk ‘Wannacry’ pada Mei 2017.

Pakar keselamatan menyatakan penggodam menggunakan ‘EtenalBlue’ untuk mengeksploitasi kelemahan dalam beberapa versi sistem Window XP dan Vista, membolehkan pihak luar melaksanakan arahan jauh ke atas sasaran mereka.

Menurut laporan Baltimore Sun, nota tebusan yang ditinggalkan pada komputer bandar raya itu mengenalkan ransomware sebagai RobbinHood dan menuntut bayaran tiga Bitcoin yang menyamai dengan AS$17,600 (RM73,696) pada harga terkini bagi setiap sistem atau 13 bitcon (bernilai AS$76,280) untuk memulihkan semula seluruh sistem bandar raya itu.

“Kami tidak akan bercakap lagi, apa yang kami mahu adalah wang! Cepat!,” menurut nota.

Sejak 7 Mei lalu, penduduk Baltimore berhadapan serangan siber.

Semua sistem ditutup, menyukarkan pembayaran bil dan perbelanjaan sehari-hari.

Pegawai berkata, mereka tidak akan membayar tebusan manakala jabatan teknologi maklumat cuba mengatasi keadaan itu. — Agensi

https://www.bharian.com.my/dunia/am...-ransomware-penggodam-tuntut-tebusan-rm319409
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,656
Reaction score
588
Points
126
adui den igt paling low org dah guna win 7

win xp ngan vista pon ado lagi..

mmg takdok safety doh la.. sila pindah ke win 10, pasni win 7 pon dah takdok update ..
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,409
Reaction score
3,665
Points
236
kan saya dah bagi HitmanPro, pakai je .. No. 1 ransomware protection ..
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,216
Reaction score
4,253
Points
201
Virginia's Largest School System Hit With Ransomware

Fairfax County Public Schools has launched an investigation following a ransomware attack on some of its technology systems.

Fairfax County Public Schools (FCPS), the largest school system in Virginia, is investigating a cyberattack on its technology systems. Ransomware group Maze has claimed responsibility.

On Friday, Sept. 11, FCPS sent an email to community and staff alerting them to "technical difficulties" experienced by its Internet service provider, Verizon. This caused glitches in distance learning for some students and staff, officials said. Those who experienced issues were asked to switch to asynchronous learning activities provided by teachers during that timeframe.

In a second letter sent later the same day, FCPS confirmed the ransomware attack and said the incident did not disrupt its distance learning program, which started last week. It's currently working with the FBI and its cybersecurity consultants to investigate the scope and extent of potential compromise of personal data


The Maze ransomware group claims to have stolen private information from FCPS and has published some data online to prove it was behind the attack. Attackers uploaded a Zip file of information allegedly taken from the school and say they've only posted 2% of what they have.


FCPS says it will notify individuals and families if they learn personal data has been affected. In the meantime, staff and students are told to continue using their devices for school-related activities unless they're instructed to do otherwise.


This isn't the first major technology problem FCPS has experienced this year. In April, the school district experienced serious technical issues as it began to roll out its online learning platform.


Read more details here.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,216
Reaction score
4,253
Points
201
Warga Russia hadapi pertuduhan penipuan siber RM655 juta
vinnikpixfile_1603084183.jpg

Alexander Vinnik (tengah). - Foto fail AFP

PARIS: Seorang warga Russia, Alexander Vinnik, dihadapkan ke mahkamah pada Isnin atas tuduhan melakukan penipuan bernilai 135 juta euro (RM655 juta) terhadap 200 mangsa di seluruh dunia melalui serangan Ransomware.


Pendakwa raya berkata, tertuduh menghantar e-mel kepada mangsanya dalam bentuk invois yang dimasukkan dalam lampiran dan apabila lampiran dibuka, malware serta merta diaktifkan.

Satu mesej akan muncul pada komputer yang digodam itu dengan arahan membayar wang tebusan melalui mata wang Bitcoin.

Antara 188 mangsa dalam serangan yang berlaku antara 2016 dan 2018 itu adalah dalam kalangan pihak berkuasa, ahli perniagaan dan individu di seluruh dunia.

Di Perancis, kebanyakan mangsa adalah ahli majlis perbandaran tempatan, firma undang-undang atau insuran dan perniagaan skala kecil termasuk sekolah memandu dan farmasi.

Bagaimanapun, Vinnik menafikan tuduhan melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram.

Difahamkan, penjenayah itu turut dikehendaki di Amerika Syarikat (AS) dan negara kelahirannya, Russia.

Pendakwa raya juga mengenal pasti 20 perniagaan di enam bandar sekitar Perancis yang turut menjadi mangsa penipuan selain menjejaki wang hasil jenayahnya itu melalui pelbagai akaun bank.

Menerusi siasatan yang dijalankan, terdapat akaun bank milik Vinnik dengan jumlah wang sebanyak AS$8 juta (RM328 juta).

Penyiasat AS turut mengesyaki lelaki berusia 41 tahun itu turut menjadi dalang utama bagi kegiatan jenayah siber dengan mengaut keuntungan secara haram.

AS mengenakan 21 pertuduhan terhadap Vinnik termasuk mencuri identiti, terbabit dalam pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.

Percubaan Vinnik untuk diekstradisi ke Russia tidak berjaya, yang mana beliau turut dikehendaki pihak berkuasa negara itu kerana melakukan penipuan membabitkan AS$11,000 (RM45,617). - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register