[ RansomWare ] Terkini Warga Russia hadapi pertuduhan penipuan siber RM655 juta

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,216
Reaction score
4,253
Points
201
Jangan Dengar Khabar Angin Ransomware - ABM



Kakitangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menunjukkan sampel serangan perisian 'Ransomware WannaCry' pada skrin komputer, selepas sidang media mengenai usaha meningkatkan pertahanan siber bagi menghindari serangan itu, Rabu. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Mesej elektronik mengenai gangguan terhadap perbankan dalam talian/Internet dan perkhidmatan pengeluaran wang automatik (ATM) kemungkinan disebabkan serangan ransomware, yang tular di media sosial sekarang ini adalah tidak benar, kata Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM).


Persatuan itu berkata, bank yang menawarkan perbankan dalam talian/Intenet dan perkhidmatan ATM kini beroperasi seperti biasa.

“Manakala sesetengah bank di seluruh negara mungkin mengalami gangguan sekali-sekali dalam tempoh ini. Gangguan perkhidmatan ATM itu mungkin disebabkan masalah penyelenggaran biasa seperti keperluan pengisian semula mesin atau pengurusan sistem rutin,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

ABM berkata, industri perbankan komersil memandang serius hal-hal keselamatan siber dan sentiasa berwaspada dalam menguruskan risiko berkaitan perkara itu.

Usaha dibuat secara berterusan bagi memastikan langkah kawalan yang sesuai serta amalan terbaik melibatkan mekanisme pemeriksaan dan penyeimbangan rapi dengan pemantauan transaksi yang tepat pada masanya, tambah ABM.-Bernama

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/05/17/khabar-angin-virus/#VWFxQdGDVr5bvJuH.99
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,216
Reaction score
4,253
Points
201
Virus WannaCry: Orang ramai tak perlu panik



PUTRAJAYA 17 Mei - Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan ancaman serangan siber 'Ransomware WannaCry' yang melanda sistem rangkaian komputer di seluruh dunia ketika ini tetapi mereka diminta untuk terus berwaspada dan berhati-hati.


Wilfred Madius Tangau

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, kementerian bersama CyberSecurity Malaysia akan terus berusaha memastikan ruang siber negara sentiasa selamat dari apa jua serangan dan ancaman siber.

“Selepas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr. Amiruddin Abdul Wahab, kami menerima pelbagai reaksi orang ramai dari pelbagai sektor. Reaksi tersebut bukan kerana menerima ancaman serangan siber tetapi resah dan panik.

“Orang ramai jangan panik dengan situasi ini tetapi mereka harus berwaspada dan berhati-hati dalam menjalankan kehidupan seharian ketika menggunakan komputer, internet dan aplikasinya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nas...-ramai-tak-perlu-panik-1.482582#ixzz4hOhZ4ii4
© Utusan Melayu (M) Bhd
 

PendingDiraja

Active Member
Joined
Jun 6, 2008
Messages
1,656
Reaction score
19
Points
25



KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM)
menafikan dakwaan mesin juruwang automatik (ATM) di seluruh negara akan ditutup selama dua hingga tiga hari berikutan serangan siber ransomware di India.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, mesej yang tular di aplikasi Whatsapp hari ini disahkan palsu hasil siasatan pihaknya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Hari ini kita mendapat satu mesej tular di aplikasi Whatsapp bahawa mesin ATM di seluruh negara akan berhenti beroperasi sementara waktu berikutan serangan siber ransomware di India.

"Mesej itu adalah palsu," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutupan Program [email protected] 2017 yang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Denai Larian Sungai Perlis di Kangar, hari ini.

Mesej terbabit meminta orang ramai mengeluarkan wang simpanan dari mesin ATM sekurang-kurangnya untuk bekalan seminggu, tidak melakukan transaksi atas talian atau menjawab panggilan video dikenali 'Tarian Hillary'.

Jailani berkata, orang ramai tidak perlu takut sehingga menjurus kepada penyebaran mesej berkenaan kepada orang lain.

"Sebagai masyarakat prihatin dan matang, jangan kita mudah cemas hingga menyebarkan sebarang maklumat tidak berasas sebegini.

"Sentiasa periksa kesahihannya dengan pihak berwajib dan KKMM untuk kepastian," katanya.

Mengulas lanjut serangan siber itu, Jailani berkata, orang ramai sentiasa berhati-hati termasuk tidak membuka apa-apa pautan yang mencurigakan selain membuat sokongan terhadap fail penting dan menggunakan antivirus.



sumber: http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/229897/mesin-atm-tidak-ditutup#cxrecs_s



.
Haramkan BITCOIN..
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,216
Reaction score
4,253
Points
201
Dua serangan virus Ransomware dilapor



PUTRAJAYA 17 Mei - Kementerian Sains, Tek*nol*ogi dan Inovasi melalui CyberSecurity Malaysia telah menerima dua laporan berkaitan insiden serangan siber ‘Ransomware WannaCry’ sejak semalam daripada institusi pendidikan dan syarikat swasta.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, bagaimanapun pihaknya percaya jumlah tersebut mungkin lebih banyak kerana mangsa tidak membuat laporan.


Katanya, kementerian bersama CyberSecurity Malaysia akan terus berusaha memastikan ruang siber negara sentiasa selamat da*ripada apa jua serangan dan ancaman siber.

Oleh itu, semua organisasi di bawah Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) digesa untuk terus memperkukuhkan sistem pertahanan siber bagi melindungi rangkaian komputer di organisasi masing-masing.

“Organisasi CNII diingatkan agar menaiktaraf sistem komputer dengan perisian terkini dan tampung (patch) keselamatan. CyberSecurity Malaysia sentiasa bersedia untuk memberi soko*ngan serta perkhidmatan berbentuk bantuan teknikal kepada 10 sektor CNII.

“Sektor-sektor tersebut adalah pertahanan dan keselamatan, perbankan dan kewangan, maklumat dan komunikasi, tenaga, air, pengangkutan, kesihatan, makanan dan pertanian, perkhid*matan kerajaan dan perkhidmatan kecemasan,” katanya pada taklimat media mengenai ancaman siber tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr. Amiruddin Abdul Wahab.

Pada 12 Mei lalu, dunia dikejutkan dengan serangan ‘Ransomware WannaCry’ yang menyerang kira-kira 150 negara sehingga kini.

Virus itu menguasai fail pengguna komputer dan meminta mangsa membayar sejumlah AS$300 (RM1,301) bagi memulihkan akses masuk sistem ma*sing-masing.

Sementara itu, Wilfred Madius berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan ancaman serangan siber tersebut tetapi mereka di minta untuk terus berwaspada dan berhati-hati dalam menggunakan komputer, Internet dan aplikasinya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-serangan-virus-ransomware-dilapor-1.482817#ixzz4hSIvKpxZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,909
Reaction score
585
Points
161
Sekejap je panas... lepas tu nanti semua mudah lupa.

Sama macam insiden virus lain.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,216
Reaction score
4,253
Points
201
'Tiada laporan ramsomware'


MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau meninjau tapak penanaman herba Kacip Fatimah pada Majlis Penyerahan Projek MOSTI Social Innovation (MSI) 16032 Bagi Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP) - Projek Penanaman Herba Kacip Fatimah kepada Persatuan Peniaga Kecil Kampung Sagil di Kampung Sagil Parit 2, Tangkak, hari ini. - Foto Adi Safri

TANGKAK: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tidak menerima laporan ancaman ransomware setakat ini. Menterinya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata laporan berkaitan isu itu yang diterima sebelum ini disahkan palsu dan bukan ransomware.

"Bagaimanapun, kita tetap menggalakkan masyarakat melaporkan sebarang insiden mencurigakan kepada pihak Cyber Security untuk ditangani," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek MOSTI Social Innovation (MSI) 16032 Bagi Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP) - Projek Penanaman Herba Kacip Fatimah kepada Persatuan Peniaga Kecil Kampung Sagil di Kampung Sagil Parit 2 di sini, hari ini.

Madius berkata, ancaman ransomware bukan perkara baharu. "Apa yang berlaku sekarang bukan ransomware tetapi ransomworm yang boleh berjangkit. "Kalau satu komputer diserang ransomworm, ia boleh terkena komputer lain tetapi buat masa ini keadaan masih terkawal," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/284168
 

SmileAlways

Super Active Member
Joined
Aug 11, 2014
Messages
9,623
Reaction score
435
Points
91
takda lagi serangan ke atas organisasi besar di malaysia

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,216
Reaction score
4,253
Points
201
Meja Bulat Asia Pasifik Lihat Semula Isu Keselamatan Siber

KUALA LUMPUR – Sejak penubuhannya 30 tahun lepas, Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) telah menghadapi cabaran dalam mengisi topik yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat yang sangat dinantikan itu bagi memastikan ia relevan kepada rantau ini dan pada masa yang sama, cuba mengelak daripada mengulangi topik yang sama.

APR secara konsisten mengekalkan pandangan holistik apabila membuat keputusan mengenai topik yang akan dibentangkan dalam mesyuarat termasuk isu keselamatan, aturan perdagangan serantau dan implikasi strategiknya, perubahan iklim, penghijrahan yang tidak teratur dan isu keselamatan manusia, kata Elina Noor, Pengarah Kajian Polisi Luar dan Keselamatan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia.

“Tahun ini, pada APR ke-31, kami akan melihat semula isu keselamatan siber selepas sesi perdebatan mengenai isu ini dua tahun lepas. Ia isu yang panas dan perkara semasa yang belum begitu difahami di rantau Asia Pasifik.

“Terdapat banyak fokus mengenai jenayah siber tetapi bukan kepada aspek keselamatan siber, tentang bagaimana kerajaan menangani isu itu dengan privasi, keselamatan negara serta bagaimana sektor swasta yang merupakan sebahagian daripada keselamatan sosial, boleh dibawa dalam isu ini,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini.

Elina berkata isu keselamatan siber telah menjadi sesuatu yang tidak jelas, bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di peringkat global yang mana sektor berlainan dalam industri cuba mencari kaedah untuk membuka perbincangan mengenai keselamatan siber tanpa menceroboh kawasan keselamatan negara.

Beliau berkata walaupun pegawai kerajaan kurang bersedia membincangkan mengenai pengintipan dan pengawasan, terdapat laporan sumber terbuka oleh syarikat keselamatan siber swasta mendedahkan bahawa negara seperti Malaysia dan negara jiran di rantau ini selama ini sering kali disasarkan untuk maklumat tertentu.

Terdapa kes-kes seperti Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) – pertikaian penyulitan Apple, ransomware ‘Wannacry’ baru-baru ini serta insiden yang mana kerajaan berusaha mendapatkan maklumat peribadi tetapi syarikat keselamatan siber swasta tidak memberikan apa-apa maklumat, katanya.

“Ada juga kes yang mana kerajaan dan Agensi Keselamatan Negara (NSA) didakwa mengeluarkan beberapa malware untuk mendapat akses kepada maklumat yang diperlukan. Dalam senario ini, bagaimana sektor keselamatan siber swasta berhadapan dengan masalah ini apabila malware dieksploitasi oleh kerajaan.

“Oleh itu, APR tahun ini akan memberi tumpuan kepada ketegangan antara sektor swasta dan kerajaan, diharapkan dapat membantu mereka menanganinya. Ia satu perkara apabila kerajaan berusaha mendapatkan maklumat daripada syarikat keselamatan siber swasta tetapi apa yang akan syarikat ini lakukan apabila kerajaan cuba untuk mengeksploitasi malware atas alasan ‘keselamatan negara’?” katanya.

Forum yang akan berlangsung 22 hingga 24 Mei ini, anjuran ISIS dan disokong oleh ASEAN-ISIS, dijangka mengumpul kira-kira 300 peserta, antaranya pegawai kerajaan, pembuat dasar, sektor swasta dan korporat serta ahli akademik.

Beralih kepada isu lain berkaitan rantau Asia Pasifik, Elina turut menyentuh mengenai pasca Brexit dan ‘kematian’ Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan apa maknanya kepada perniagaan, daripada syarikat besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di rantau ini.

Beliau berkata walaupun model Kesatuan Eropah (EU) boleh dijadikan panduan untuk rantau ini, ia tidak semestinya dalam kepentingan terbaik bagi meniru model yang tepat dari EU, sambil menyatakan bahawa aspirasi rantau Asia Pasifik, khususnya ASEAN, sentiasa berbeza daripada EU.

“Kita sangat jelas bahawa kita tidak mahu menjadi sama seperti EU. Jadi, kini ASEAN mencapai ulang tahun ke-50 tahun ini, ahli panel mungkin berhasrat membincangkan mengenai bagaimana kita ingin membezakan diri kita daripada EU, tetapi pada masa sama, menyedari beberapa cabaran yang dihadapi EU akan dialami oleh kita di masa depan,” katanya.

Elina berkata isu PKS yang terjejas teruk dengan ‘kematian’ TPP mungkin dibangkitkan dalam perbincangan aturan strategik pada mesyuarat itu tetapi bukan sebagai fokus tertentu.

Beliau berkata walaupun penangguhan TPP mungkin memberi kesan kepada PKS, rantau ini masih berhadapan dengan banyak ketidakpastian dan melahirkan harapan bahawa pada sesi keserantauan ekonomi, APR akan mencari jalan baharu untuk bergerak ke hadapan supaya PKS, sektor yang sangat penting untuk rantau ASEAN, turut mendapat manfaat.

Memandangkan TPP penuh kontroversi dan hilang dalam bentuk asalnya, Elina menimbulkan persoalan sama ada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dapat membawa haluan walaupun ia merupakan dua set aturan berbeza.

Beliau berkata jika ASEAN sepatutnya berpaksikan manusia dan perlu melibatkan rakyat, terutamanya jika seseorang itu pemilik sesuatu PKS, diharapkan RCEP dapat membuat perubahan dalam hidup mereka.

Dilihat sebagai alternatif kepada TPP, RCEP merupakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN dan enam negara anggota FTA iaitu Australia, China, India, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan.

Rundingan itu dilancarkan secara rasmi pada Sidang Kemuncak ASEAN di Kemboja pada November 2012 dan perjanjian itu dijadualkan dimuktamadkan pada akhir tahun 2017.

“Jadi, ini adalah antara isu-isu besar dalam keserantauan ekonomi yang akan dibincangkan. Dengan ‘kematian’ TPP, diharapkan APR akan memimpin rantau ini dan semangatnya kepada satu lagi bentuk kerjasama ekonomi kerana semangat dalam kalangan negara anggota di rantau ini masih lagi tinggi,” katanya.

Selepas lima tahun dan 19 pusingan rundingan, Perjanjian TPP gagal mencari haluan selepas Presiden AS Donald Trump menandatangani perintah eksekutif pada 23 Januari lepas untuk menarik diri daripada perjanjian itu.

Perjanjian itu dianggap paling komprehensif dalam sejarah. Selepas ia dilihat tidak menentu, ramai yang mempersoalkan implikasinya kepada negara anggota iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam. – BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register