azraneus
Active+ Member
- Messages
- 3,371
- Joined
- Aug 10, 2006
- Messages
- 3,371
- Reaction score
- 252
- Points
- 46
KUALA LUMPUR – Rangka manusia ditemui di kawasan semak dekat tapak stesen minyak lama di Batu 20, Jalan Rawang-Ipoh.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata polis menerima maklumat penemuan rangka itu daripada orang awam yang lalu di kawasan tersebut kira-kira 6 petang.
“Siasatan mendapati satu rangka manusia dalam keadaan terbaring ditemui, di mana dari aras pinggang ke bawah masih lengkap memakai seluar sukan berwarna biru gelap.
“Manakala keadaan tengkorak serta bahagian badan yang lain dalam proses hancur,” katanya dalam satu sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
Beliau berkata rangka itu berada lebih kurang 50 meter dari jalan raya dan tidak ada senjata ditemui di kawasan berhampiran.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA