BTC USD 66,841.4 Gold USD 2,663.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rangka bayi dipercayai sudah meninggal 100 tahun ditemukan dalam papan lantai

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,229
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,229
Reaction score
991
Points
121

Rangka bayi dipercayai sudah meninggal 100 tahun ditemukan dalam papan lantai​

Ogos 7, 2024 @ 1:28pm


Polis Durham menyiasat penemuan rangka bayi dipercayai baru lahir dalam papan lantai. - Foto AGENSI
Polis Durham menyiasat penemuan rangka bayi dipercayai baru lahir dalam papan lantai. - Foto AGENSI
BH7rangka-o -- Dunia / Asia -- Dah pub

WELLINGTON: Penemuan rangka bayi di bawah papan lantai sebuah rumah ketika pengubahsuaian yang dipercayai meninggal dunia lebih 100 tahun lalu dianggap dalam keadaan mencurigakan.

Memetik laporan Mirror.uk, rangka bayi yang baru lahir itu ditemui di Fore Bondgate, Bishop Auckland, County Durham, minggu lalu.

Ia ditemui kontraktor selepas mengangkat papan lantai di sebuah unit flat yang terletak di salah satu jalan tertua di bandar itu, pada 11.15 pagi 28 Julai lalu.


Dilaporkan, bayi itu dibalut dengan surat khabar dan seutas tali di lehernya. Pegawai polis Durham yang menyiasat kejadian itu cuba menjejaki sejarah penduduk terdahulu.

Penyiasat melihat cebisan surat khabar itu mendapati ia bertarikh pada 1910. Pemeriksaan forensik juga mengesahkan bahawa bayi itu cukup bulan pada 40 minggu, tetapi jantinanya tidak diketahui.

Polis berkata ujian forensik lanjut sedang dijalankan dalam beberapa minggu akan datang, termasuk penentuan usia melalui tarikh karbon untuk mengesahkan penemuan awal.

Lokasi penemuan itu adalah bangunan yang dibina pada zaman Victoria dan pada satu peringkat ia menempatkan unit ibu dan bayi yang dikendalikan oleh gereja.
Bagaimanapun, dipercayai bayi itu disembunyikan sebelum waktu itu.

Ketua Detektif ,Inspektor Mel Sutherland dari Durham Constabulary berkata: "Bukti menunjukkan kejadian ini berlaku sangat lama dahulu, menjadikannya sukar untuk menyiasat keadaan itu.

"Tetapi kami masih mempunyai tanggungjawab terhadap bayi itu.
"Fokus utama saya adalah untuk mengetahui siapa bayi itu, apa yang berlaku, dan bagaimana ia boleh berada di bawah papan lantai rumah itu.

"Sebaik sahaja kami mencari jawapannya, saya bertekad supaya bayi kecil ini diberi upacara pengebumian yang sesuai dan bermaruah," katanya.

Polis berkata mereka kini sedang mengumpul maklumat sejarah mengenai pemilikan rumah itu dari tahun 1900 hingga 1920.
Ia termasuk mendapatkan rekod dan mengesan susur galur keluarga untuk berpotensi mengenal pasti sebarang saudara-mara yang masih hidup. - AGENSI
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register