BTC USD 48,968.3 Gold USD 1,778.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 dibentang di Parlimen

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 yang menyediakan peruntukan bagi mengenakan dan memungut cukai barang dan perkhidmatan (CBP) dan bagi perkara yang berkaitan dengannya, dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membentangkan rang undang-undang yang mempunyai 201 fasal dan 18 bahagian itu untuk bacaan kali pertama.

Rang undang-undang itu akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang pada masa ini dikenakan dan dipungut di bawah Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975.

Menurut rang undang-undang itu, cukai barang perkhidmatan ialah suatu cukai kepenggunaan berasas luas yang berdasarkan konsep nilai tambah.

Berbeza dengan cukai jualan ketika ini yang merupakan cukai seperingkat, cukai barang dan perkhidmatan ialah cukai berperingkat, dan pembayaran cukai dibuat dalam berbilang peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengagihan.

Rang undang-undang berkenaan juga menyatakan bahawa cukai itu sendiri bukan suatu kos kepada perantara dan tidak ditunjukkan sebagai butiran perbelanjaan dalam penyata kewangannya.

Menurut rang undang-undang itu, CBP meliputi semua sektor industri dan ialah suatu cukai ke atas penggunaan terakhir barang dan perkhidmatan, dan ia dipungut melalui suatu sistem kredit yang ditanggung atas input diimbangkan terhadap CBP yang dikenakan ke atas output.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ahmad Husni berkata, kerajaan berharap dapat melaksanakan CBP pada pertengahan 2011 dan menjangkakan dapat meraih pendapatan RM13 bilion dalam tahun pertama pelaksanaannya berbanding RM12 bilion yang dikutip daripada cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang.

Katanya sektor perniagaan dapat menjimatkan RM4.1 bilion dalam bentuk cukai manakala sektor eksport pula dijangka menjimatkan RM1.4 bilion.

"Tujuan utama kerajaan melaksanakan CBP ialah untuk menjadikan sistem percukaian lebih komprehensif, cekap, telus dan mesra perniagaan," katanya.

Ahmad Husni berkata kerajaan akan memberi pengecualian cukai itu bagi barang-barang perlu seperti produk pertanian termasuk padi dan sayur-sayuran serta bahan makanan utama seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam agar ia tidak membebankan rakyat terutama golongan miskin dan yang berpendapatan rendah.

Beliau berkata CBP akan dapat mengurangkan amalan birokrasi dalam pengurusan dan pentadbiran sistem percukaian dan mengatasi kelemahan yang kini terdapat dalam cukai jualan dan perkhidmatan.

Ahmad Husni berkata syarikat yang berpendapatan RM500,000 dan ke bawah setahun akan dikecualikan daripada mengenakan CBP manakala 70 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana akan juga dikecualikan. Bernama
 
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
bagus..lepas nih gaji kena la naik sebab cukai pun dah naik
 

jejantas

CG Top Poster Club
Messages
24,648
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
napa x namakan Cukai 1Malaysia hihihihiihihih
 

jejantas

CG Top Poster Club
Messages
24,648
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
bagus..lepas nih gaji kena la naik sebab cukai pun dah naik

Cukai Naik... Barang Naik..

Gaji Naik.... Barang naik...


Last2 barang kita yang x naik :D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register