Rancangan Sime Darby beli IJN ditangguh: Najib

CG Sponsors




gambate

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2007
Messages
6,761
Reaction score
101
Points
73
IJN akan diwasta.Yang Miskin lepas ni jangan harap nak dapat servis kalau tak ada $

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Kerajaan pada prinsipnya tidak menghalang Sime Darby Bhd. (Sime Darby) mengambil alih IJN Holdings Sdn. Bhd. dengan syarat golongan miskin yang ingin mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) tidak diabaikan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan kini sedang menimbangkan cadangan itu dengan mengambil kira perlunya IJN terus memberikan keutamaan kepada tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

"Kerajaan perlu mengkaji komitmen yang akan diberikan oleh Sime Darby bagi memastikan pesakit miskin mendapat semua rawatan yang diperlukan dari IJN.

"Syarikat ini mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan sekiranya IJN diambil alih oleh mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai AIDS di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Sime Darby kepada Bursa Malaysia semalam bahawa syarikat itu telah menulis surat kepada kerajaan menyatakan hasratnya membeli kepentingan dalam IJN.

Sime Darby berkata, pelaburan yang dicadangkan itu tertakluk antara lain kepada kajian wajar yang dijalankan.

Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, antara kelebihan sekiranya IJN diambil alih oleh Sime Darby ialah institut itu tidak lagi menghadapi masalah kekurangan dana.

Beliau berkata, kelebihan lain ialah para doktor di IJN akan mendapat gaji sama tinggi seperti yang dibayar oleh hospital-hospital swasta lain.

"Ini akan memastikan IJN tidak kehilangan doktor pakar kepada hospital lain yang kini bersaing untuk memberikan rawatan penyakit jantung yang terbaik.

"Terdapat banyak hospital baru muncul sekarang dan wujud kecenderungan di kalangan mereka untuk cuba menarik doktor pakar daripada IJN,'' ujarnya.

Sementara itu, Najib berkata, setakat yang beliau tahu, Sime Darby adalah satu-satunya syarikat yang berminat untuk mengambil alih kepentingan dalam IJN.


habeh laa kalau sape sape tak ada insuran lepas ni..mati katak ler..semua dah swasta..sape nak amik..amik cepat..pastikan amik yang ada medical card:)paid:)paid:)paid
 
Sponsored Post

tauke_830

Fun Poster
Joined
Feb 20, 2007
Messages
558
Reaction score
5
Points
15
majoriti pesakit jantung orang kaya sesangat.... orang miskin jarang ada sakit ni....
 

gambate

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2007
Messages
6,761
Reaction score
101
Points
73
majoriti pesakit jantung orang kaya sesangat.... orang miskin jarang ada sakit ni....
yer laa tuh..hahaha..kah kah kah.itu cite lama beb.sekang yang buat bendang pun kene penyakit ni:(scam
 

qreemall

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
smpi masanye utk memajukn bio-engineering kite....
nnti bile bole fuse sel2 jantung buaya
kt bdn manusia kompom IJN akan tutup....
:)):)):)):)):)):)):)):)):))
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
tu la,kalo takde medical card mmg susah la di kemudian hari
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
aku baru daftar prudential semalam....

ada medical card.

aku pn blur2 jer dgr..

tak tau camna nak pakai..

kira aku selamat ar dah ada medical card..

hahahah
 

five_soul

Active+ Member
Platinum Member
Joined
May 9, 2008
Messages
2,595
Reaction score
15
Points
25
Wah, camtu ke?
dah baik punye buat renovation kat IJN tu nak diswastakan pulak.
pecite ni?
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
aku baru daftar prudential semalam....

ada medical card.

aku pn blur2 jer dgr..

tak tau camna nak pakai..

kira aku selamat ar dah ada medical card..

hahahah
bila time ko masuk wad,

time tu la ko pakai,

:eek:
 

gambate

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2007
Messages
6,761
Reaction score
101
Points
73
bila time ko masuk wad,

time tu la ko pakai,

:eek:
lagi mau tanya..masa ko nak sah kene bedah jantung berlobang mcm di IJN ni..ha masa tuh ko bukak la card tuh:)):))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register