- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Penyampai berita Astro Awani, Farahrizan Abdul Razak, 22, yang diberkas polis kerana menyertai parti dadah di sebuah hotel, awal pagi kelmarin, dikatakan sudah mengatur persiapan untuk melangsungkan perkahwinannya dengan seorang kakitangan syarikat penyiaran lain, minggu depan.
Bagaimanapun, perancangan majlis perkahwinannya itu dipercayai terjejas berikutan dia direman untuk siasatan polis sehingga esok.
Dalam serbuan awal pagi tahun baru di bilik tingkat 11 sebuah hotel di sini, dia bersama 25 individu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) untuk diambil keterangan.
Sembilan daripada mereka direman selepas disahkan positif dadah dalam ujian air kencing.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata personaliti terbabit disahkan positif mengambil dua jenis dadah serentak iaitu syabu dan ketamin.
Katanya, penyampai berita terbabit disoalsiasat bagi mengenal pasti sejauh mana pembabitannya dalam penganjuran parti itu.
Menurutnya, polis tidak akan mengambil tindakan terhadap pengurusan hotel berkenaan, sebaliknya tindakan terhadap penganjur.
Tak kenai minah nie....