Rampasan dadah terbesar dalam sejarah Polis Johor

CG Sponsors

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,871
Reaction score
218
Points
33
DATUK Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) menunjukkan antara rampasan dadah pada sidang media di Dewan Dato Onn, IPK Johor, Johor Bahru. FOTO Nurul Amanina Suhaini

Johor Bahru: Polis Johor membongkar tiga lagi stor dan makmal dadah sekali gus merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM201 juta yang boleh menampung 11.3 juta penagih dalam serbuan sekitar bandar raya ini, Khamis dan Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pembongkaran itu susulan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor minggu lalu yang menahan 15 suspek serta penemuan dua stor simpanan dadah dan dua makmal membabitkan keseluruhan rampasan dadah serta sitaan berjumlah RM131.27 juta.

Katanya, operasi susulan itu dilancarkan hasil pendedahan empat daripada 15 suspek yang ditahan sebelum serta penemuan tiga stor dan makmal memproses dadah di Taman Mount Austin serta Setia Indah, dekat sini.

"Stor dadah berkenaan berada di bangunan kilang di Taman Mount Austin serta dua rumah sewa di Setia Indah.

"Siasatan mendapati sindiket penyeludupan dadah ini beroperasi sejak 2018 dengan membawa masuk bahan mentah serta peralatan dari China yang mampu bertahan selama tiga tahun.

"Modus operandi sindiket ini adalah menyewa kilang dan rumah untuk dijadikan stor penyimpanan dan pemprosesan dadah.

"Rampasan membabitkan 3.20 tan serbuk ekstasi, 26.1 kilogram cecair ekstasi dan 117 kilogram serbuk Eramin 5 dengan nilai keseluruhan sebanyak RM201 juta," katanya.

Ayob Khan berkata, pihaknya turut menyita wang tunai berjumlah RM5.8 juta, empat kenderaan mewah, barangan kemas dengan nilai sitaan RM124,435.09 dan 62 akaun bank membabitkan nilai keseluruhan RM8.6 juta

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Katanya, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di premis kilang Taman Mount Austin pada 14 Januari lalu, manakala seorang lagi lelaki berusia 38 tahun ditahan di Taman Gaya, Ulu Tiram, semalam.

Katanya, kedua-dua suspek akan direman bagi membantu siasatan, manakala 15 suspek yang ditahan sebelum ini turut disambung reman selama empat hari sehingga 20 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu katanya, bermula 1 Januari hingga 15 Januari lalu, JSJN Johor berjaya membuat tangkapan seramai 505 individu atas pelbagai kesalahan dadah, selain rampasan dadah sebanyak 5.5 tan.

Keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM 327.39 juta, turut disita harta bernilai RM14.91 juta.

Terdahulu, media melaporkan, Polis Johor merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM125.8 juta yang boleh menampung 5.4 juta penagih dalam 16 serbuan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin [email protected] Rasid berkata, ia kejayaan rampasan dadah terbesar di Malaysia, membabitkan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah, setakat awal tahun ini.

Sebanyak 16 serbuan dilakukan sepanjang dua hari itu menyaksikan 15 suspek iaitu lapan lelaki dan tujuh wanita warga tempatan berusia antara 17 hingga 62 tahun ditahan.

== hmetro
 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,520
Reaction score
1,191
Points
201
perghhhhh level kartel dah ni...
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,659
Reaction score
12,182
Points
2,376

Bagus KP Johor ni
Harap semua dadah tu dilupuskan
Bukan sekadar disimpan
 
kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,128
Reaction score
2,601
Points
206
tahniah Polis Johor
 
Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,520
Reaction score
1,191
Points
201
selalu tokan dier org luar... kilang kt sini...
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
17.01.2021 - Johor Bahru, Polis Johor berjaya melakukan rampasan dadah terbesar bernilai RM201 juta menerusi serbuan di tiga stor penyimpanan di sekitar bandar raya ini, pada 14 dan 15 Januari lepas. Ketua Polisnya Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, rampasan itu yang terbesar dalam sejarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia, adalah hasil siasatan terhadap 15 suspek yang ditahan dalam sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah pada 12 Januari lepas.

Katanya penahanan yang dilakukan menerusi serbuan ke atas dua makmal yang memproses dadah dan dua stor penyimpanan itu, berhasil menemukan dadah bernilai RM125.8 juta.

“Hasil siasatan terhadap suspek kemudian membolehkan polis menyerbu tiga lagi lokasi yang dijadikan stor penyimpanan dadah iaitu di sebuah kilang di Taman Mount Austin dan dua buah rumah sewa d Taman Setia Indah di sini. Dalam serbuan ini, polis menemukan 3.2 tan serbuk ecstasy, 26.1 kilogram (kg) cecair ecstasy dan 117 kg serbuk Erimin 5 yang dianggarkan boleh digunakan kira-kira 11 juta penagih dadah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Khaw Kok Chin, di sini, hari ini.

Menurut Ayob Khan, polis turut menyita empat buah kenderaan mewah, wang tunai berjumlah RM5 juta; wata wang asing berjumlah RM231,961; 30 jenis barang kemas bernilai RM124,435; tiga utas jam tangan Rolex bernilai RM250,000 serta 62 akaun bank bernilai RM1.23 juta dalam serbuan sama.

“Keseluruhan dadah yang dirampas dan sitaan adalah bernilai RM210.52 juta,” katanya sambil menambah dua lelaki tempatan berusia 34 dan 38 tahun turut telah ditahan masing-masing pada 5.20 petang, 14 Jan di Taman Mount Austin dan 2.30 petang di Taman Gaya, Ulu Tiram semalam kerana dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan.

Ayob Khan memberitahu, salah seorang suspek itu adalah mekanik yang bertanggungjawab untuk mengubah suai kompartmen kenderaan, bagi menyimpan dadah.

“Sindiket ini beroperasi sejak 2018, dengan menyewa premis kilang dan rumah untuk dijadikan stor penyimpanan dan pemprosesan dadah. Kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari bermula daripada hari tangkapan untuk disiasat lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Ayob Khan menjelaskan kes terbaharu ini menjadikan nilai keseluruhan dadah yang dirampas sejak 12 Januari lepas berjumlah RM341.79 juta dan oleh itu, pihaknya menjamin akan terus melakukan siasatan susulan bagi mengesan saki baki suspek yang terlibat.

Screenshot-3677.jpg

Berita asal https://selangorkini.my/2021/01/polis-rampas-dadah-nilai-rm201-juta-saki-baki-dalang-diburu/
 
Mrsham

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Jul 10, 2007
Messages
3,717
Reaction score
101
Points
43
Terbaiklah PDRM.. Banteras habis-habisan dadah musuh negara ni
 
dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,527
Reaction score
1,604
Points
596
Masyarakat pun kena bantu polis
 
Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,745
Reaction score
596
Points
81
TMJ turun tgk juga tu

Andai la istana ni pijak2 perut penjenayah ni kan, ada lagi tak yg berani nak buat jenayah?
 
Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,520
Reaction score
1,191
Points
201
TMJ turun tgk juga tu

Andai la istana ni pijak2 perut penjenayah ni kan, ada lagi tak yg berani nak buat jenayah?
bkb senang nk pijak dorg... sbb x leh pijak tuh yg masih berkuasa siap buat kilang proses... dorg ni bkn ikan bilis... "naga" besar dan geng kapitalis mesia..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register