BTC USD 54,137.9 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramanan Umum Dana Khas RM50 Juta Untuk Usahawan Wanita India

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,646
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
60,646
Reaction score
6,707
Points
916
Awards
1
13.04.2024 - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan dana khas RM50 juta bagi memperkasakan usahawan wanita India menerusi program Prosperity Empowerment and A New Normal for Indian Women (PENN), kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ramanan Ramakrishnan. Ramanan berkata peruntukan yang menggunakan dana dalaman AIM itu memberi manfaat kepada lebih 7,100 Sahabat Usahawan India yang baru dan menjadikan jumlah penerima manfaat daripada Skim Pinjaman Ikhtiar AIM kepada 10,200 orang termasuk 3,100 Sahabat Usahawan sedia ada. Dia berkata inisiatif AIM itu selaras dengan usaha merealisasikan hasrat dan harapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memastikan tidak ada rakyat tercicir dalam usaha pembangunanan negara.

“Saya yakin dengan kemampuan AIM bahawa program PENN ini akan melahirkan lebih ramai usahawan mikro masyarakat India yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan dan merancakkan ekonomi negara. Program ini juga merupakan satu lagi langkah untuk memajukan, memperkasakan dan menggemilangkan wanita India di negara ini seiring dengan gagasan Malaysia Madani,” katanya dalam ucapan pada majlis pengumuman dana khas itu di ibu pejabat AIM di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM Datuk Seri Syed Hussain Syed Junid dan Pengarah Urusan AIM Mohamed Shamir Abdul Aziz. Ramanan berkata ahli Sahabat Usahawan boleh menghantar permohonan program PENN bermula Isnin ini di 124 Pejabat Cawangan AIM di seluruh negara. Sementara itu, usahawan wanita India menyifatkan pengumuman itu bagaikan durian runtuh kerana program berkenaan akan membantu mereka mengukuhkan prestasi seterusnya mengembangkan perniagaan masing-masing. Pengusaha kedai runcit yang juga Sahabat Usahawan AIM dari Rawang, Selangor, S Subratha Devisubramaniam, 45, berkata dia berhasrat menggunakan dana itu untuk membuka cawangan baru perniagaannya.

“Saya amat bersyukur ada bantuan seperti ini. Ia juga menunjukkan setiap lapisan masyarakat dan kaum tidak tercicir dalam mendapat kemudahan lebih-lebih lagi bagi kami usahawan kecil dan sederhana,” katanya.

Bagi ejen pelancongan dari Selayang, A Krisnaveni, 39, dengan adanya pelbagai bantuan di AIM dan di peringkat kerajaan sendiri, katanya golongan wanita terutama masyarakat India wajar mengambil peluang untuk berkecimpung dalam bidang keusahawan. Katanya, wanita India seharusnya berani ke hadapan dan meneroka potensi diri dalam bidang keusahawanan yang sekali gus membuka peluang meningkatkan hasil pendapatan mereka.
1712999485650.png
 
Sponsored Post

PM Nafi Abai Kaum India

14.04.2024 - Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan dia mengabaikan kepentingan masyarakat India sejak memegang jawatan tertinggi itu. Sambil menyebut beberapa program yang sedang dirangka, Anwar berkata adalah tidak adil untuk mengatakan dia tidak melakukan sebarang usaha untuk menyelesaikan masalah kaum India.

“Penyelesaian masalah kaum India bukan sahaja melalui Mitra. Selain (Mitra) Unit Transformasi India Malaysia, kita juga ada Tekun, di mana kita memperuntukkan RM30 juta hanya untuk kaum India (usahawan mikro). Ada juga Amanah Ikhtiar Malaysia, yang saya tubuhkan beberapa dekad lalu untuk orang Melayu yang sangat miskin, tetapi sekarang pada 2024, kita ada RM50 juta hanya untuk menampung keluarga India. Ia juga termasuk pembaikan infrastruktur asas kebersihan di sekolah Tamil. Jika saya tidak melakukan apa-apa untuk masyarakat India, anda berhak ‘menikam’ saya,” katanya hari ini.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar dan sambutan ulang tahun kelahiran ke-133 Dr Ambedkar yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam, Selangor hari ini.
1713093693090.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register