BTC USD 54,785.3 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramai warga asing duduk PPR tapi rakyat sendiri terpaksa tunggu giliran

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,677
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,677
Reaction score
6,407
Points
881
Awards
1
Ramai warga asing duduk PPR tapi rakyat sendiri terpaksa tunggu giliran

Kasthuri Jeevendran9 June 2024
MGF28102021__PERUMAHAN-MAMPU-MILIK-BELANJAWAN-20227-681x454
Program Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam. (Gambar hiasan).


KUALA LUMPUR – Agak menyedihkan untuk melihat situasi bagaimana rakyat sendiri seolah-olah beralah dengan warga asing yang semakin mendominasi rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Malah perkara ini berlaku kerana wujudnya segelintir besar majikan gagal menyediakan penginapan atau asrama kepada pekerja asing mereka dan sanggup membayar tinggi untuk menyewa unit PPR.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan, Prakash P Kalivanan, warga asing di negara sedang bermaharajalela dengan mendapat peluang menduduki rumah PPR manakala warga tempatan pula terpaksa menunggu giliran mereka.

“Apa yang saya katakan ini benar, inilah realiti pahit yang kita semua perlu terima. Persatuan kami baru-baru ini telah mengadakan perbincangan dengan beberapa penghuni PPR dan mendapati Pangsapuri Teratak Muhibbah, Taman Desa di ibu kota semuanya lebih 60 peratus dihuni warga asing.

“Mereka sanggup membayar sehingga lebih RM600 sebulan atau lebih untuk tinggal lebih lima enam ada kalanya lapan orang dalam rumah itu.

“Ini juga berlaku kerana majikan yang gajikan warga asing ini tidak sediakan tempat tinggal dan menyebabkan golongan ini menyewa luar antaranya PPR dengan kadar tinggi sedangkan objektif wujudnya PPR adalah untuk bantu warga kita yang tidak berkemampuan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

svg%3E
Pengerusi Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan, Prakash P Kalivanan.
Justeru itu, Prakash memohon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menggubal Akta Sewaan Kediaman bagi mengawal selia aktiviti sewaan kediaman.

Pihaknya sudah beberapa kali tampil mencadangkan namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan berhubung isu yang semakin menghantui rakyat marhaen di negara ini.

“Sesuatu perlu dilakukan dengan segera. Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemilik-pemilik yang sanggup menyewakan rumah mereka kepada warga asing ini dengan kadar sewa tinggi demi kaut keuntungan.

“Kita pernah dengar banyak kali ada perancangan untuk batalkan perjanjian asal antara penyewa dengan kerajaan tapi soalnya adakah tindakan ini berjaya menyelesaikan isu ini? Berapa banyak kes yang berlaku?” soalnya. – MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

Ehem ehem ehem.

Yanh bagi sewa pun org kita juga.

Byk si kitol di kalangan kita.

Depan2 acah dia la pendekar pembela bangsa.

Tapi demi duit, sanggup buat apa saja.
betul....yg bising konon warga asing begitu begini...agaknya Kitol tu juga.....yg sewakan rumah...sewakan bisnes...tapi acah acah berjuang....hahahah
 
bila sorg buat.. yg lain buat... lama2 makin ramai... lama2 pemilik sendiri yg duduk pon rimas terpaksa gak pinda keluar sewakan gak..

benda berulang

Jadi bahaya kalau pemilik rumah jenis bagi sewa je
Percayakan penyewa
Sedor² je penyewa dah bagi sewa pulak dekat warga asing
Makan atas angin je
 
Jadi bahaya kalau pemilik rumah jenis bagi sewa je
Percayakan penyewa
Sedor² je penyewa dah bagi sewa pulak dekat warga asing
Makan atas angin je
yg makan atas angin tu nak jadi tokey..dok sembang kedai kopi tapi lagak berduit....silap silap dia control 10 biji rumah sewa....
 
Ehem ehem ehem.

Yanh bagi sewa pun org kita juga.

Byk si kitol di kalangan kita.

Depan2 acah dia la pendekar pembela bangsa.

Tapi demi duit, sanggup buat apa saja.
Melayu PH tu takda masa dorang nak peduli pasal melayu. Baik jadi barua DAP.
 
yg makan atas angin tu nak jadi tokey..dok sembang kedai kopi tapi lagak berduit....silap silap dia control 10 biji rumah sewa....
yg jadi brokar n ejen.... mkn 100 atas sebijik rumah... ada 10 bijik... RM1000 dah sebulan.. sambil2 dok tukat kedai kopi
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register