BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramai warga asing dapat tapak pasar tani?

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
29salah_1540785787.jpg

GAMBAR fail, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub. - Foto Nurul Syazana Rose Razman






KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa baharu peringkat Kabinet perlu diwujudkan bagi mengkaji lambakan warga asing yang memiliki tapak pasar pertanian dan kebun kecil dalam negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata pihaknya tidak boleh bertindak bersendirian dan memerlukan kerjasama kementerian lain bagi menangani isu berkenaan secara holistik.

Katanya, fungsi jawatankuasa dicadangkan itu berbeza dengan jawatankuasa Kabinet sedia ada yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri bagi mengawal kemasukan pekerja asing.

“Di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kita mampu menyediakan kemudahan terbaik berdasarkan peruntukan yang ada untuk menggalakkan anak muda tempatan terbabit dalam industri ini.

“Bagaimanapun, jika ada lambakan warga asing tanpa kawalan dan pemberian sewa serta pemilikan bangunan yang longgar, ia perlu dibincang dalam skala lebih besar,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri M Saravanan (BN-MIC Tapah) yang mahu tahu tindakan kerajaan mengawal pemilikan kebun kecil hingga tapak perniagaan oleh warga asing yang disifatkan berbahaya.

Terdahulu menjawab soalan asal Saravanan mengenai cadangan kementerian meningkatkan pendapatan golongan muda dalam bidang pertanian, Salahuddin berkata, Majlis Agropreneur Muda akan dilancarkan selepas Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) pada 22 November sehingga 2 Disember ini.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/491808/ramai-warga-asing-dapat-tapak-pasar-tani







.
 
Cerita dari zaman dulu, semua menteri sama saja.
Kalau bab nak kawal harga barang, harga rumah, guna alasan tak ada kuasa.
Kalau naikkan tol, rega minyak, cukai itu ini, laju aje buat kerja.
 
toke Cina paling ramai amik pekerja asing ni..
TRUTAMANYA PATI.:D

bila nak kena cekup hulur $$$$ #:-S

Betul tu.. sebab tu pemberi Dan penerima memang patut kene hukuman sama ..
 
yang mengAlibabakan lesen berniaga ni konfirm cina.cina je yg suka ambik untung atas angin ni.nak2 yang dapat lima nam tapak pasar tani
 
yang mengAlibabakan lesen berniaga ni konfirm cina.cina je yg suka ambik untung atas angin ni.nak2 yang dapat lima nam tapak pasar tani

harus ada yg tak faham apa yg tuan maksudkan:D
 
yang mengAlibabakan lesen berniaga ni konfirm cina.cina je yg suka ambik untung atas angin ni.nak2 yang dapat lima nam tapak pasar tani

tu la dah bg peluang dan bantuan kerajaan tapi xnk berusaha.... mcm mana lah kalau keistimewaan tu ditarik lagilah xdpt apa2 dah.....
 
fama xde bagi tapak pasar tani kat warga asing.
malah pihak fama melakukan penguatkuasaan kepada peniaga2 yang menggajikan warga asing sebagai pembantu jualan mereka.
kalau kat pasar malam berlambak la warga asing meniaga
 
Isu yg xdk kesudah bila ada penawar bayaran lumayan semua gelap mata xkira sama pun....
 
Back
Top
Log in Register