BTC USD 61,967.8 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Ramai tak tahu soda bikarbonat boleh ganti peranan 14 benda lain dalam rumah

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,080
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
40,080
Reaction score
3,962
Points
266
Awards
1

Ramai tak tahu soda bikarbonat boleh ganti peranan 14 benda lain dalam rumah​

09/03/2024 by DAHLIA MARZUKI
soda.jpg


Selama ini, ramai yang menganggap Baking Soda hanya berguna untuk membuat kek dan roti.
Tetapi tahukah anda, soda bikarbonat sebenarnya mempunyai pelbagai kegunaan yang sangat berguna dalam kehidupan harian di rumah.

Ia boleh digunakan sebagai alternatif yang memberikan kesan serupa dengan produk lain yang mempunyai pelbagai kegunaan.

soda.jpg


1. Untuk memasak memang la ini tujuan utama kita beli benda tu pun kan.
Ramai tak tahu soda bikarbonat boleh ganti peranan 14 benda lain dalam rumah, bukan untuk memasak sahaja

2. Deodoran semulajadi – kalau ade sesapa yang tak suka pakai deodoran, atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni.
Caranya, basahkan ketiak seadanya, pastu tepek la baking soda ni. Macam tepek bedak la jugak kaedahnya.

3. Menghilangkan kesan peluh, daki dan minyak – Manakala baju sekolah anak-anak atau uniform suami, berdaki dan kotor, korang boleh rendam baju-baju tersebut dalam air sabun pastu campur la sikit dengan baking soda dalam air tu.

4. Sebagai pencuci mulut – Jangan sangka ini pencuci mulut seperti makanan penutup.
Ini adalah pencuci mulut gaya Listerine.
Campurkan baking soda dengan air, lalu berkumur-kumurlah.
Dengan ini, anda boleh menggantikan keperluan untuk membeli Listerine dan menjimatkan wang.

5. Skin exfoliator – Ini seperti skrub untuk muka. Ia membantu menanggalkan sel-sel kulit mati.
Campurkan baking soda dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
Gosoklah campuran ini di wajah anda dan teruskan sehingga tercabut kulit muka mati atau kulit yang kusam tu.

6. Membersihkan berus rambut dan sikat – Adakalanya berus rambut dan sikat anda boleh menjadi kotor dengan sel-sel kulit kepala.
Cara mudah untuk membersihkannya adalah dengan mencampurkan baking soda dengan air suam dan merendam berus dan sikat anda di dalam campuran itu.
Setelah itu, bilas dengan air biasa. Sekarang, berus dan sikat anda bebas daripada kotoran.

7. Garam mandian (bath salt) – Selain daripada digunakan sebagai pengelupas kulit muka, baking soda juga boleh menjadi pengelupas badan.
Caranya sama seperti membuat pengelupas muka, tetapi tambahkan sedikit garam.
Ini memberikan kesan yang lebih baik kerana kulit badan berbeza dengan kulit muka.
Bagi mereka yang suka berendam, campurkan baking soda dan garam dalam air mandian anda. Anda juga boleh menambahkan minyak wangi untuk haruman yang lebih segar.

8. Pemutih gigi – Setiap minggu, sebelum gosok gigi, anda boleh mencuba campurkan sedikit baking soda dengan ubat gigi biasa.
Kemudian, gosok gigi seperti biasa. Ini boleh membantu memutihkan gigi anda.

9. Lembutkan daging – Petua tradisional ialah merebus daging dengan sedikit baking soda. Ini akan membuat daging menjadi lebih lembut.

10. Rawatan untuk sunburn atau luka akibat pisau cukur – Anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama seperti Mopiko tadi untuk merawat sunburn atau luka akibat pisau cukur.

11. Membersihkan karpet – Jika karpet anda kotor, taburkan baking soda di atasnya dan gunakan penyedut habuk (vacuum) untuk membersihkannya. Ini akan membantu menghilangkan semua kotoran.

12. Sebagai syampu kering – Untuk rambut berminyak, taburkan baking soda ke atas rambut, kemudian gunakan pengering rambut (hair dryer) untuk mengeringkannya.
Ramai tak tahu soda bikarbonat boleh ganti peranan 14 benda lain dalam rumah, bukan untuk memasak sahaja

13. Hilangkan blackhead – Untuk menghilangkan blackhead, gunakan baking soda seperti scrub muka. Sapukan pada kawasan blackhead dan tidak perlu lagi menggunakan pore pack yang kurang berkesan.

14. Pengganti Mopiko – Mopiko adalah ubat untuk gigitan nyamuk.
Jika anda tiada Mopiko, cuba campurkan baking soda dengan sedikit air sehingga menjadi pes, kemudian sapukan pada tempat yang digigit oleh nyamuk.

SUMBER - https://www.inforakyat.net/ramai-ta...oleh-ganti-peranan-14-benda-lain-dalam-rumah/
 
Back
Top
Log in Register