Ramai tak mampu beli rumah PR1MA lebih RM250,000

CG Sponsors




adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,550
Reaction score
156
Points
43
kera kerajaan dulu dan sekarang.. tukang pedajal melayu..
 
Sponsored Post

SMI6

Active+ Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
2,610
Reaction score
525
Points
76
terima kasih bos, amat amat membantu, rumah ni untuk anak sy beli sebagai first house. dgn keluasan dan harga sebegitu ada tak lokasi lain yg boleh dicadangkan bos.
utk dalam zon kuala lumpur ni harga mmg dah rendah tuan, tak ada lagi rendah 1000SFT 283050, brickfileds harga 380K utk 935 sft,

kalau bukit mahkota Bandar sri putra kajang start price 230k utk size 850 sft,
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,427
Reaction score
2,190
Points
206
62 projek terbengkalai PR1MA diteruskan

WhatsApp-Image-2020-10-30-at-6.02.27-PM.jpeg


MELAKA: Kerajaan memberi jaminan akan meneruskan pembinaan 62 buah projek Perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang sebelum ini dilaporkan terbengkalai di seluruh negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, langkah berkenaan dilakukan memandangkan projek-projek itu telah mencapai tahap 15 peratus pembinaan ketika ini.

Menurut beliau, sebanyak 32 projek PR1MA yang masih di peringkat awal atau baru dimulakan pula akan dihentikan.

“PR1MA telah bekerjasama dengan kontraktor dan rakan kongsi untuk menyelesaikan rundingan penamatan. Pampasan akan dibuat berdasarkan kerja-kerja yang telah dijalankan untuk pembangunan berkenaan dan disahkan oleh perunding luar.

“Kami yakin dapat mencapai perjanjian penamatan secara harmoni, bagi pembeli yang terjejas dengan penamatan projek, PR1MA akan mematuhi syarat dan ketentuan seperti yang dinyatakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pejabat Penggerak Komuniti Negara (PKN) di Taman Klebang Utama, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PKN negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Timbalan Pengerusi PKN negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Sebelum ini, Zuraida dilaporkan berkata, nilai pembayaran pampasan terhadap projek yang dibatalkan bergantung kepada nilai tanah bagi kawasan terlibat.

Bagi negeri Melaka, beliau berkata, sebanyak lapan projek akan ditamatkan sementara enam daripada 14 projek keseluruhan akan diteruskan.

Mengulas lanjut, ujar Zuraida, permohonan bagi projek Perumahan PRIMA masih dibuka kepada yang berminat meskipun tanpa projek-projek terbaharu.

“Permohonan PRIMA masih dibuka sehingga Mei 2021 dan saya boleh katakan permintaannya sangat baik sepanjang tempoh Covid-19 ini.

“Kebanyakan permohonan yang diterima dan diluluskan ialah membabitkan golongan muda, menerusi Home Ownership Campaign (HOC),” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,834
Reaction score
1,218
Points
201
15peratus jer?? asal projek kerajaan tuk rakyt mesti ada je kekangan..
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,046
Reaction score
1,713
Points
151
Kene tanya kementerian perumahan & pegerusi pr1ma

1604115734135.jpeg
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,834
Reaction score
1,218
Points
201
Bersyukur je la kerajaan ada buat..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register