Ramai tak mampu beli rumah PR1MA lebih RM250,000

CG Sponsors




kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,271
Points
196
"Bila bank lihat gaji anda RM5,000, mereka tahu anda terhimpit jika keluarga besar. Jadi, bagaimana bank hendak beri pinjaman?" - Ernest Cheong
23 Nov 2017

PROGRAM Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sepatutnya kekal dengan objektifnya iaitu menyediakan rumah mampu milik bagi mereka yang berpendapatan rendah dan pertengahan, bukannya jadi penyedia hartanah mewah, kata pakar hartanah Ernest Cheong.

Walaupun harga rumah PR1MA antara RM100,000 dan RM400,000, unit yang berharga lebih RM250,000 adalah di luar kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia, kata juruukur hartanah bertauliah itu.

“Mereka perlu terima hakikat yang gaji orang ramai tidak naik. Mereka yang mampu untuk beli apa saja pada zaman ini berpendapatan RM10,000 dan ke atas.

“Selepas semua perbelanjaan, mereka mungkin boleh simpan RM1,000 dan dengan itu membolehkan mereka dapat pinjaman RM200,000.

“Realitinya ialah mereka tidak mampu membeli hartanah melebihi harga RM250,000,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Isu itu timbul baru-baru ini di Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar mendakwa Perbadanan PR1MA Malaysia, agensi kerajaan yang bertanggungjawab membina rumah mampu milik, menjual rumah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor berkata dakwaan itu tidak tepat kerana PR1MA turut membina rumah lebih murah untuk rakyat.

“Saya tidak bersetuju kerana kita meluluskan lebih 70,000 unit untuk dibina dan dijual pada harga antara RM188,000 hingga RM300,000. Kita ada program itu seperti di Desa Pandan yang dibangunkan semula dan dijual pada RM42,000,” kata menteri itu.

Tinjauan di laman web PR1MA menunjukkan 31 projek di bawah “unit terhad dibuka semula” dan 18 projek lain dalam kategori “dibuka untuk permohonan”.

Di bawah “unit terhad dibuka semula” terdapat 15 projek yang menawarkan rumah berharga antara RM100,000 dan RM200,000, sembilan projek berharga antara RM201,000 dan RM250,000 serta tujuh projek (RM251,000 dan RM300,000).

Bagi kategori “dibuka untuk permohonan”, hanya projek Changlun menawarkan harga bermula dari RM187,000 di Kedah sementara enam projek di tempat lain menawarkan harga antara RM201,000 dan RM250,000 sementara enam lagi projek menawarkan harga rumah antara RM251,000 dan RM300,000.

Bajet 2018 memperuntukkan RM2.2 bilion untuk perumahan, dan ia termasuk RM1.5 bilion untuk perumahan PR1MA bagi membina 210,000 unit berharga RM250,000 ke bawah bagi setiap unit, dalam tempoh dua tahun.

Bajet itu juga akan digunakan untuk 17,300 unit di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR), 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

Ekonomi tidak berkembang sejak 10 tahun lalu

Menggunakan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tahun lalu di mana 89% populasi bekerja memperoleh kurang RM5,000, Cheong berkata kebanyakan perbelanjaan kehidupan rakyat hanya cukup-cukup saja dan tidak ada lebihan untuk membeli hartanah.

“Mereka yang berpendapatan RM5,000 dua tahun lalu dapat menyimpan RM1,000 tetapi hari ini mereka hanya boleh simpan beberapa ratus ringgit saja,” katanya, menambah masalah harga dan pendapatan tidak padan, tidak berlaku sekelip mata kerana ekonomi tidak berkembang sejak 10 tahun lalu.

“Rumah berharga RM250,000 adalah maksimum bagi kemampuan 95% rakyat Malaysia,” katanya.

Pinjaman bersama

Siti Mat Isa, 32, berkata dia hanya mampu membeli rumah pertamanya, sebuah unit pangsapuri servis pada harga RM290,000 berkeluasan 800 kaki persegi di Setia Alam, Shah Alam selepas bekerja lapan tahun.

“Saya ada sedikit simpanan ketika mula bekerja tetapi saya disiplinkan diri simpan RM500 setiap bulan sejak 2013. Tetapi sebahagian simpanan itu digunakan ketika saya berkahwin pada 2015. Jadi kami terpaksa bergantung pada Akaun 2 KWSP dan baki simpanan saya gunakan untuk bayar deposit 10%,” katanya.

Katanya, mereka mengambil masa enam bulan mencari rumah dalam kemampuan mereka, kerana rumah di atas harga RM300,000 di luar kemampuan mereka. Gabungan pendapatan isi rumah mereka sekitar RM6,000 sebulan.

“Lokasi rumah saya agak okay, hanya 22km dari pejabat kami di Shah Alam. Tetapi apa yang lebih penting ialah kami beli ikut kemampuan. Sekarang kami hanya bayar RM1,300 sebulan, bukan RM1,800 jika beli rumah atas RM300,000.

“Kami tidak akan ada simpanan jika bayar RM2,000 bulanan kepada bank,” katanya. Ketika Siti mula bekerja pada 2009, dia memperoleh RM1,500 tetapi kini gajinya RM3,500.

“Bank beritahu kami layak dapat pinjaman jika nama digabungkan. Jika guna gaji saya seorang, saya masih boleh beli rumah RM290,000 tetapi tidak boleh ada komitmen lain, dan itu sangat mustahil.

Katanya, dia ada mendaftar dengan PR1MA tetapi lokasi rumah PR1MA dan harganya tidak realistik terutama bagi mereka yang bekerja di bandar.

“Lebih pula kebanyakan pangsapuri PR1MA berkepadatan tinggi, saya tidak suka. Pangsapuri saya sekarang hanya 11 tingkat.”

Harga dan pendapatan tidak padan

Skim Pembiayaan Akhir Khas PR1MA (SPEF) diperkenalkan pada Januari untuk pembeli dapat akses kepada jumlah pinjaman lebih tinggi dan setakat ini, hanya 50 permohonan diluluskan. Sejumlah 197 permohonan dibuat untuk pinjaman RM44.1 juta.

Setiausaha agung kehormat Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) Chang Kim Loong berkata sebab utama rakyat tidak mampu membeli rumah itu ialah kerana ketidakpadanan antara harga pelancaran baharu dengan apa yang rakyat Malaysia mampu.

Katanya, berdasarkan laporan terbaru Bank Negara Malaysia (BNM), untuk 2016 hingga suku pertama 2017, hanya 21% rumah yang baru dilancarkan berharga bawah RM250,000.

“HBA sebelum ini mengklasifikasikan hartanah mampu milik berharga antara RM150,000 dan RM300,000 tetapi REHDA (Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia) anggap hartanah mampu milik sehingga RM500,000,” katanya.

Pemantau Perumahan Bank Negara menganggarkan 57.6% isi rumah di Malaysia berpendapatan RM5,999 sebulan hanya mampu membeli rumah berharga RM354,111.

Sebuah keluarga dengan pendapatan RM1,999 atau kurang mampu membeli rumah antara RM112,200 dan RM124,700.

Chang berkata menurut laporan BNM itu, isu terbesar ialah harga rumah naik terlalu cepat dalam tempoh beberapa tahun ini.


Rumah mampu milik PR1MA di ekspo KL masih di luar jangkau
26 Mar 2018

Ramai bakal pembeli kecewa kerana tidak banyak kediaman berharga di bawah RM250,000 dijual dalam ekspo itu.

Muhammad Faiz, 28, dari Taman Desa, Kuala Lumpur antara bakal pembeli yang kecewa itu. Jurutera itu mencari kediaman yang berharga dalam lingkungan RM180,000 hingga RM200,000 tetapi paling murah yang ada ialah pangsapuri berharga RM230,000. Katanya, beliau tidak mampu membeli rumah yang berharga lebih RM200,000 kerana pendapatan isi rumah keluarganya hanya RM5,000 sebulan.

"Saya datang nak tengok-tengok harga rumah. Saya cari rumah yang dekat dengan tempat kerja di Ampang. Rumah antara RM250,000 dan RM300,000 masih mahal untuk orang macam saya yang kerja swasta," katanya.

Sentimennya itu senada dengan pandangan pakar hartanah sebelum ini bahawa kediaman berharga lebih RM250,000 tidak terjangkau dimiliki oleh banyak rakyat Malaysia.

Bank Negara Malaysia (BNM) juga mendapati harga median rumah ialah RM313,000, seperti yang dikira pada 2016, masih tidak mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia. BNM menganggarkan maksimum harga rumah mampu milik di negara ini ialah RM282,000 berdasarkan pada pendekatan beban kos perumahan.

Menurut bank pusat itu lagi ada yang tidak padan antara permintaan dan penawaran dalam pasaran hartanah. Misalnya, dari 2016 hingga suku pertama 2017, hanya 24% perumahan baru berharga di bawah RM250,000, harga yang mampu dimiliki oleh 35% isi rumah Malaysia.

Ekspo Jualan Perumahan – ke Arah Sejuta Impian yang diuar-uarkan sebagai ekspo perumahan terbesar di Malaysia itu menawarkan lebih 600,000 unit kediaman termasuk apartmen untuk dijual.

Ia termasuk 267,640 unit PR1MA dan selebihnya daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Syarikat Perumahan Negara Bhd; Rumah Wilayah Persekutuan dan Projek Perumahan 1Malaysia untuk penjawat awam.

Lim Lee Yean, 57, yang mencari rumah untuk anak lelakinya berkata beliau tidak jumpa rumah dalam lingkungan antara RM100,000 hingga RM200,000.

"Anak saya sudah kerja tujuh tahun, pendapatannya RM4,000 sebulan. Bagi saya, rumah yang harganya lebih daripada RM200,000 mahal. Saya cari rumah berharga RM100,000 tetapi sudah habis," katanya.

Pesara, K. Yohanathan, 70, juga mahu membantu anak-anaknya membeli rumah pertama mereka dengan tolong membayar duit mukanya.

"Rumah mampu milik sepatutnya berharga tidak sampai RM250,000 kerana kalau gaji RM5,000 sebulan, susah untuk beli rumah, kos hidup tinggi," katanya.

Wan Muhammad Fikri, 30, berharap kerajaan menimbang semula harga rumah mampu milik kerana katanya banyak orang yang sebaya dengannya tidak mampu membeli kediaman pertama.

"Saya tidak mampu beli rumah berharga RM300,000, malah RM250,000 pun mahal. Tetapi saya perlu timbang juga rumah harga begini kerana saya sudah tunggu enam tahun untuk beli rumah," katanya.

Kerajaan memperuntukkan RM2.2 bilion di bawah Bajet 2018 untuk membantu agensi-agensinya membina lebih banyak rumah mampu milik. RM1.5 bilion diperuntukkan kepada PR1MA untuk membina lebih 210,000 unit kediaman berharga tidak lebih RM250,000 dalam masa dua tahun ini.

Peruntukan itu juga akan digunakan untuk 17,300 unit rumah kos rendah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan 3,000 unit untuk Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Nasional Bhd (SPNB).

Khoo, seorang pegawai tadbir, berkata rumah berharga RM300,000 adalah yang paling maksimum mampu dibelinya kerana gajinya mampu setakat itu.

"Saya tidak fikir saya boleh tunggu lama lagi kerana makin lama harga rumah makin mahal. Harganya sudah tak masuk akal," katanya.


JANJI pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak pada 2013 mahu membina sejuta rumah mampu milik bernilai antara RM100,000 hingga RM400,000


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Abdul Mutalib Alias berkata kediaman pada harga antara RM100,000 hingga RM400,000 merupakan 60% daripada rumah mampu milik yang ditawarkan pada ekspo anjuran kerajaan itu minggu ini
 
Last edited:
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,266
Reaction score
1,127
Points
201
aku lg suke situasi camni... br ade akai geng2 jahanam.. biar property bubble... mase tuh br tau kuasa pembeli... aku yg masih xada komitmen pun mmg x mampu nk beli rumah rege 2++k.. melainkan buat investment.. owg skrg nk menyewa pun kene tgk poket dl..
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,427
Reaction score
2,234
Points
191
89% populasi pekerja mencarum kwsp bergaji 5000 kebawah ?

termasuk suami isteri bekerja..

sllunya org buat loan combine..

tu yg boleh beli rumah 300-400k

tp skrng bergantung kpd lifestyle..

jenis x reti menyimpan mmg ke laut..
 

JiwaTenang

Active Member
Joined
Sep 9, 2008
Messages
2,018
Reaction score
22
Points
30
tengok gak harga umah PR1MA..pehh..gi*e mahal...patut harga kena 120k hingga 180k..250k dengan zaman2 skang mmg x boleh la oiiii...
 

AMHFZ

Super Active Member
Joined
Mar 6, 2012
Messages
5,159
Reaction score
221
Points
73
tengok gak harga umah PR1MA..pehh..gi*e mahal...patut harga kena 120k hingga 180k..250k dengan zaman2 skang mmg x boleh la oiiii...
rumah prima kalau ikutkan mmg mahal. lagi2 kalau kawasan bandar.

contoh dekat kajang,



Cadangan saiz unit:
• Apartmen Jenis A1 (2 bilik tidur, 2 bilik air) – 800 kps
• Apartmen Jenis A2 (3 bilik tidur, 2 bilik Air) – 950 kps
• Apartmen Jenis A3 (3 bilik tidur, 2 bilik air) – 1,050 kps


Harga daripada
RM288,000*

kalau jenis A1 tu, bagi sy mmg mahal. tanah kat kajang ni maybe dh mahal. Sy beli rumah selangorku (semenyih) rm100k (810sqf) = 3 bilik tidur, 2 bilik air + ada balkoni & yard.

bezanya, kalau sy nak ke tempat kerja:
Pr1ma = 2 Tol pergi balik
Selangorku = 6 Tol pergi balik

tp takpa. naik moto je. :)cgrock
 

mcdonat

Fun Poster
Joined
Nov 3, 2017
Messages
516
Reaction score
107
Points
33
250k harga semi d kat semban area 2010,mmglah mahal sekarang
 

benartzam

Active+ Member
Joined
May 22, 2012
Messages
3,054
Reaction score
29
Points
30
harga rumah naik okay je. gaji je yang naik tak padan dengan harga rumah dan kos hidup.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,150
Reaction score
11,122
Points
1,906
“Rumah berharga RM250,000 adalah maksimum bagi kemampuan 95% rakyat Malaysia,” katanya.

semoga segala urusan rakyat Malaysia dipermudahkan...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register