BTC USD 28,063.5 Gold USD 1,940.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramai tak faham tanda 'MC' pada mainan kanak-kanak

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,118
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,118
Reaction score
22,834
Points
1,831
Awards
1
image.jpg


PETALING JAYA - Sebanyak 65 peratus pengguna di negara ini tidak mengetahui tentang wujudnya tanda keselamatan 'Malaysian Conformity' (MC) pada barangan permainan kanak-kanak, demikian menurut kajian Persatuan Pengguna Standard Malaysia (PPSM).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPSM, Ratna Devi Nadarajan, pengguna tidak menjadikan tanda keselamatan MC sebagai salah satu kriteria untuk membeli peralatan mainan kepada anak-anak mereka.

"Malahan kebanyakan pengguna juga tidak tahu membezakan antara tanda keselamatan yang asli dan yang tiruan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, tanda MC pada barangan permainan kanak-kanak telah diperkenalkan Kememterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) sejak 2010 dengan tujuan melindungi pengguna daripada membeli barangan permainan yang mengandungi bahan berbahaya seperti plumbum.

Ratna berkata, sungguhpun pelbagai bentuk hebahan telah dilakukan oleh pihak KPDNKK mengenai tanda itu, namun masih banyak pengguna yang masih belum memahami tentang pentingnya tanda itu pada barangan permainan.

Sehubungan itu beliau berkata, pihak berkuasa terutama KPDNKK perlu meningkatkan pengawasan terhadap penjualan permainan kanak-kanak bagi membanteras penjualan barangan mainan yang tidak selamat atau yang menggunakan tanda MC palsu.

Katanya ini kerana tinjauan pihak persatuan itu mendapati terdapat gerai dalam pusat beli belah yang masih menjual barangan permainan yang tidak mempunyai tanda keselamatan itu. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/semasa/ramai-tak-faham-tanda-mc-pada-mainan-kanak-kanak-1.329375
 
Sponsored Post

saxxon

Active+ Member
Messages
3,975
Joined
Feb 17, 2008
Messages
3,975
Reaction score
44
Points
35
kenapa ramai yang tak tahu?:-? aku sendiri pun tak tahu .. apa puncanya ramai tak tahu? bagi aku puncanya pihak yang bertanggungjawab tidak menyampaikan maklumat ini kepada orang ramai.. tak pernah aku tonton hal ini di TV, baca dalam akhbar atau dengar di radio ... apabila maklumat2 penting tidak sampai kepada public ..siapa yang salah? bagi aku ada pihak tak buat kerja ..
 

manizaj

Active Member
Messages
1,557
Joined
Jan 2, 2008
Messages
1,557
Reaction score
5
Points
25
kenapa ramai yang tak tahu?:-? aku sendiri pun tak tahu .. apa puncanya ramai tak tahu? bagi aku puncanya pihak yang bertanggungjawab tidak menyampaikan maklumat ini kepada orang ramai.. tak pernah aku tonton hal ini di TV, baca dalam akhbar atau dengar di radio ... apabila maklumat2 penting tidak sampai kepada public ..siapa yang salah? bagi aku ada pihak tak buat kerja ..

aku baru nk kluakan ayat tu...bro dh ckp..aku sokong bro..
pada aku mmg ba.nga.ng..bila la diorg buat kempen..bila diorg salurkan mklmat? setupid betul...kalo bab gst..mcm2 korang dedahkan dlm media..tv la..billboard la..mana ada korang dedahkan pd org ramai?
siyalanto...budus..
aku baru tau gak mc tu apa mkna dia mlm ni..
 
Sponsored Post

Top
Log in Register