Ramai rakyat tempatan sanggup kerja di pasar

CG Sponsors




Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
pasbor001_1591061275.jpg

Kira-kira 100 warga tempatan masih menunggu kekosongan kerja di pasar borong Selayang sejak kerajaan menetapkan pengambilan pekerja tempatan di sektor pekerjaan itu

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 warga tempatan masih menunggu kekosongan kerja di pasar borong Selayang sejak kerajaan menetapkan pengambilan pekerja tempatan di sektor pekerjaan itu.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Pasar Borong Harian Selayang, Mohamad Pandu Insan Yahya.

Beliau menjelaskan, dengan dasar baharu kerajaan untuk tidak mengambil pekerja asing bekerja di pasar borong, pihaknya mengendalikan lebih 20 permohonan kerja sehari.

Katanya, pihaknya saja sudah membantu kira-kira 200 orang mendapatkan kerja manakala selebihnya diambil bekerja majikan atau 'tauke' di pasar borong.

"Saya anggarkan 400 orang tempatan sudah pun bekerja di pasar borong ini sejak sebelum Aidilfitri lalu.

"Dalam sehari lebih 10 panggilan kita terima yang menanyakan mengenai kekosongan kerja. Kita bantu memberikan maklumat jawatan kosong dan ada yang kita temuduga dan padankan dengan keosongan yang ada.

"Alhamdulilah sambutan menggalakkan dan tidak timbul dakwaan yang menyatakan orang kita malas dan tidak mahu bekerja di pasar. Saya kira itu dakwaan daripada kumpulan yang selama ini menguruskan pekerja asing.

"Kumpulan itu saya percaya saja mereka-reka cerita sebagai tekanan kepada kerajaan untuk mengambil semula pekerja asing," katanya kepada BH.

Baru-baru ini, viral di medai sosial menyatakan, majikan di pasar borong sukar mendapatkan pekerja kerana tidak menawarkan gaji tinggi selain tidak mahu terikat untuk pembayaran potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Turut viral kononnya, kegagalan majikan menyediakan potongan KWSP menyebabkan orang tempatan tidak berminat bekerja di pasar borong.

Mohd Pandu Insani berkata, beliau percaya dakwaan yang viral itu tidak menggambarkan situasi sebenar yang berlaku di lapangan.

Katanya, setiap hari lebih 30 orang akan mula bekerja dan yang datang ini membabitkan pelbagai bangsa, tua mahu pun muda.

"Tidak timbul isu majikan tidak mahu bayar KWSP atau sebagainya. Saya kira sekarang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ramai yang memerlukan kerja kerana sesetengah syarikat terpaksa menutup operasi.

"Untuk meneruskan hidup, saya kira orang Malaysia sudah tidak memilih kerja, mereka sanggup bekerja asalkan mendapat gaji untuk meneruskan kehidupan.

"Ramai yang datang dalam kalangan belia, malah ada yang ditemuduga adalah lepasan institusi pengajian tinggi . Saya diberitahu mereka sanggup bekerja sementara menunggu keadaan ekonomi pulih dan sektor pekerjaan yang lain di buka semula," katanya.

Sumber : bharian
 
Sponsored Post

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,323
Reaction score
843
Points
161
selepas PKP ni..malaysia boleh berkembang maju
Peluang pekerjaan akan jadi banyak jika ramai PATI di tangkap dan hantar pulang.
Peluang dan dasar utk pekerja asing diperketatkan.

Dalam keadaan susah,rakyat akan sangup kerja apa saja demi cari nafkah.
Lama2 jadi biasa kerja 3D ni. (Dirty,Dangerous and Difficult)
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,368
Reaction score
1,924
Points
206
tahun 2020 ni bolehlah promote go lokal.
dari tenaga kerja, produk, pelancongan dan macam-macam lagi.

supaya duit tak mengalir keluar negara.
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,496
Reaction score
203
Points
73
selepas PKP ni..malaysia boleh berkembang maju
Peluang pekerjaan akan jadi banyak jika ramai PATI di tangkap dan hantar pulang.
Peluang dan dasar utk pekerja asing diperketatkan.

Dalam keadaan susah,rakyat akan sangup kerja apa saja demi cari nafkah.
Lama2 jadi biasa kerja 3D ni. (Dirty,Dangerous and Difficult)
org kita bukan x suka keje 3D ni,yg org kita mau gaji yg berpatutan.contoh paling senang org kita keje kt singapore,sanggup hari2 berulang alik tempuh jem utk dpt gaji SGD.padahal keje kt sana keje biasa2 je pun.

cube majikan kat sini bg gaji yg ok,org keje buruh buat bangunan gaji atas 2k la minima,aku rasa xde masalah kekurangan keje

cume pekeje kita ni slek dia munkin bnyak nk cuti/mc/el je la...byak urusan keluarga berbanding warga asing ni diorg jarang masalah utk kerap cuti ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register