BTC USD 27,684.6 Gold USD 1,975.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramai rakyat Arab Saudi sertai IS

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Kepulan asap dan percikan api daripada sebuah letupan menerangi bandar Kobane malam semalam. Foto: AFP
< 1 / 1 >
MURSITPINAR - Rakyat Arab Saudi dilaporkan paling responsif menyertai kumpulan Negara Islam (IS) meskipun kerajaan meletakkan usaha paling tinggi untuk meningkatkan kesedaran mengenai ancaman dan memerangi kumpulan terbabit.

Berdasarkan statistik, jumlah rakyat Saudi menyertai IS mencecah 7,000 orang diikuti Tunisia 5,000 dan Jordan 2,500 orang lapor Middle East Monitor.

Statistik juga menunjukkan bilangan ahli dari negara luar menyertai kumpulan itu semakin bertambah setelah organisasi tersebut mengambil alih Mosul, Ar-Raqqah dan Deir ez-Zor.

Dalam perkembangan lain, IS melancarkan serangan terbaharu di bandar Kobane kira-kira sejam selepas pejuang Kurdish dilaporkan menerima bantuan pertama yang digugurkan Amerika Syarikat.

Pengarah Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, kumpulan terbabit menyerang setiap pelosok bandar dan dilaporkan berlaku pertempuran sengit di bandar itu pada waktu malam.
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register