TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,123
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,123
- Reaction score
- 22,836
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Jumlah kedai yang banyak di klia2 bukan disasarkan kepada pengguna terminal tambang murah semata-mata, sebaliknya terbuka untuk semua orang.
Lantaran itu, jumlah kedai di klia2 tidak sepatutnya dijadikan isu, sebaliknya dilihat sebagai peluang kepada usahawan khususnya kepada orang Melayu.
Sumber dalaman Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata, dengan sasaran 45 juta pengguna klia2, pengendali lapangan terbang itu yakin semua peniaga akan mendapat manfaatnya.
Tambahnya, dulu semasa MAHB buka kedai di Terminal Penerbangan Terbang Tambang Murah (LCCT), juga timbul isu tentang untung, rugi kepada para peniaga.
Sedangkan, ada kedai di LCCT membuat jualan RM1 juta sehari, hasil jualan RM100,000, RM200,000 sehari adalah suatu kebiasaan bagi peniaga.
"Yang tambang murah adalah terminal. Tetapi pengguna yang mahu berbelanja, mereka tak kisah pun keluarkan duit di mana, asalkan dapat beli barang yang hajati," katanya ketika ditanya mengenai isu kedai yang banyak di klia2 kepada MalaysiaGazette hari ini.
Tambah beliau lagi, ramai usahawan yang berniaga di lapangan terbang menjadi jutawan.
Sumber itu menambah, jumlah kedai yang banyak di klia2 bukan satu kesalahan, sebaliknya saiznya memenuhi 20 peratus keluasan keseluruhan lapangan terbang tersebut.
"Walaupun MAHB merupakan pengendali lapangan terbang, syarat dan peraturan masih tertakluk kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
"Kalau ICAO meluluskannya, kenapa pula timbul isu?," tambahnya. - MalaysiaGazette