Ramai pemandu mabuk akan didakwa ikut pindaan baharu

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,918
Reaction score
1,691
Points
151
Dalam tempoh lima tahun lalu, beliau berkata, sebanyak 47 kes kematian direkodkan membabitkan kes kecuaian pemandu mabuk dan ia lebih rendah berbanding 6,000 hingga 7,000 kematian setiap tahun disebabkan kemalangan jalan raya.

47 kes mabuk 5 thn
Sikit je tu

manakala org yg tak mabuk menyebabkan 6,000-7,000 kemalangan kematian

ini menunjukkan org tak mabuk lebih merbahaya
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,359
Reaction score
4,264
Points
201
Pindaan akta pemanduan mabuk ke Dewan Negara minggu depan

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 26 Ogos lalu akan dibentangkan semula di Dewan Negara minggu hadapan untuk diluluskan dalam usaha mengekang pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata sekiranya RUU itu diluluskan dan mendapat sokongan semua Senator, ia boleh diwartakan selepas tempoh yang ditetapkan dan dengan hukuman yang lebih berat, ia akan mencegah orang ramai daripada melakukan kesalahan itu.

"Kita tidak menyekat hak sesiapa untuk minum minuman keras tetapi yang penting ialah kalau hendak minum jangan memandu, itu mesej yang jelas.

"Melihatkan kepada statistik kemalangan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, semakin banyak kes yang membabitkan pemandu mabuk, berdasarkan soal selidik daripada 345,000 orang, sebanyak 94 peratus mahu pemandu mabuk dikenakan hukuman yang berat," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kempen #Celebrate Responsibly dan Sesi Dialog 'Memandu Dalam Keadaan Mabuk: Dari Agenda Bersama ke Penyelesaian Bersama' di Petaling Jaya di sini, hari ini.

Akta sedia ada memperuntukkan hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun dan denda antara RM8,000 hingga RM20,000 jika disabitkan kesalahan.

Melalui pindaan, kadar denda yang dikenakan lebih tinggi sehingga RM150,000 dan tempoh penjara hingga 20 tahun serta penggantungan lesen memandu.

Ka Siong berkata, sudah tiba masanya kerajaan memberi peringatan dan mendidik masyarakat mengenai bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Pindaan itu juga bukan kami (kementerian) ambil dari mana-mana, kami mengikut standard ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya. – BERNAMA
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,856
Reaction score
1,617
Points
101
Dalam tempoh lima tahun lalu, beliau berkata, sebanyak 47 kes kematian direkodkan membabitkan kes kecuaian pemandu mabuk dan ia lebih rendah berbanding 6,000 hingga 7,000 kematian setiap tahun disebabkan kemalangan jalan raya.

47 kes mabuk 5 thn
Sikit je tu

manakala org yg tak mabuk menyebabkan 6,000-7,000 kemalangan kematian

ini menunjukkan org tak mabuk lebih merbahaya
ok bos.. yam sennggg
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,918
Reaction score
1,691
Points
151
47 kes drebar mabuk langgo org
Vs
6000 kes drebar tak mabuk langgor org

elok haramkan kereta trus
Kita naik unta sambil mabuk pun takpe
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,359
Reaction score
4,264
Points
201
Pertimbangkan semula pindaan berkaitan pemandu mabuk - bekas hakim

Bekas hakim Mahkamah Rayuan VC George mendesak Dewan Negara supaya mempertimbangkan semula pindaan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Ogos lalu. Pindaan tersebut akan dibentangkan di Dewan Negara minggu ini dengan bertujuan untuk mengekang pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong mberkata, bahawa pindaan itu bertujuan untuk mmperkasakan hukuman sedia ada dengan dengan jumlah denda lebih tinggi sehingga RM150,000 dan hukuman penjara lebih 20 tahun serta penggantungan lesen memandu.

Akta sedia ada sekarang hanya memperuntukkan hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun dan denda antara RM8,000 hingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Rang undang-undang itu disahkan dengan undi suara dan mendapat sokongan daripada wakil rakyat kerajaan mahupun pembangkang, termasuk daripada bekas menteri pengangkutan Anthony Loke.

"Pindaan itu akan menghilangkan budi bicara hakim berhubung dengan hukuman yang akan dijatuhkan," kata George kepada Malaysiakini.

Katanya, menteri harus ingat bahawa antara peranan badan kehakiman adalah menyediakan semak dan imbang (check and balance) terhadap kuasa eksekutif yang berlebihan, dan hukuman mandatori mengikat tangan hakim dalam hal ini.

"Eksekutif telah, sejak sekian lama, berusaha untuk mengurangikan aspek peranan badan kehakiman, misalnya, dengan berkata, bahawa keputusan menteri berkenaan suatu perkara adalah muktamad,” kata George.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,359
Reaction score
4,264
Points
201
Ramai pemandu mabuk akan didakwa ikut pindaan baharu

KUALA LUMPUR: Polis yakin lebih ramai lagi akan didakwa atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol mengikut Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45, berkuat kuasa Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata setakat kelmarin, 10 individu sudah dituduh di mahkamah masing-masing sembilan di Johor dan satu di Pulau Pinang.

"Dalam masa yang sama, JSPT akan terus mengadakan operasi bagi mengesan pemandu mabuk di seluruh negara.

"Insya-Allah sebulan selepas pindaan baharu itu dikuat kuasa (Jumaat lalu), saya merancang untuk membuat sidang media.

"Ia bagi memaklumkan jumlah kes yang berjaya dituduh dan disabitkan dengan kesalahan selain hukuman dikenakan mengikut akta baharu itu di negara ini," katanya pada BH, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan akta baharu itu mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dipetik berkata RUU berkenaan diyakini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai terhadap pematuhan undang-undang, selain memupuk pengguna jalan raya yang berhemah sekali gus memastikan jalan raya di negara ini kekal selamat.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,918
Reaction score
1,691
Points
151
Mabuk, menyamar polis, buat kacau
polis3_1603894434.jpg

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan kerana mengamuk dan menyerang anggota polis dalam kejadian di sebuah residensi di Damansara di sini, awal pagi tadi.

Suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol itu pada mulanya mengamuk dan membuat kacau sebelum seorang pengawal keselamatan di situ melaporkan kepada polis, kira-kira jam 2 pagi.

Malah, lelaki berusia 29 tahun itu turut mendakwa dia adalah seorang pegawai polis yang bertugas di Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata sepasukan anggota polis yang tiba di lokasi cuba melakukan pemeriksaan ke atas suspek namun dia bertindak agresif.

"Suspek menendang, menumbuk dan menarik 'vest' (rompi) salah seorang anggota polis sehingga terkoyak.

"Dia turut mengeluarkan kata-kata kesat serta mengugut dengan menyatakan boleh membuat anggota polis terbabit ditukarkan tugas serta-merta," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya suspek akhirnya berjaya ditahan dan didapati berada di bawah pengaruh alkohol.

"Pemeriksaan menemui satu paket plastik mengandungi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 3.6 gram disembunyikan dalam kasut.

"Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata Nik Ezanee.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.

"Suspek kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (melakukan ugutan jenayah), Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menggunakan kekerasan jenayah) serta Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai polis," katanya.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 2001 serta Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,359
Reaction score
4,264
Points
201
Jangan pertikai akta baharu terhadap pemandu mabuk


 
Sponsored Post
Top
Log in Register