Ramai pemandu mabuk akan didakwa ikut pindaan baharu

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,359
Reaction score
4,270
Points
201
KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 untuk kesalahan memandu dalam keadaan mabuk bakal menyaksikan peningkatan kadar hukuman penjara maksimum dinaikkan dari 15 tahun kepada 20 tahun dan denda maksimum daripada RM6,000 kepada RM150,000.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pindaan akta berkenaan juga bakal menyaksikan bentuk hukuman diberikan kepada pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan maut dengan hukuman kepada pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan sahaja akan dibezakan.

"Ini membuktikan kerajaan serius. Kalau sudah ambil alkohol, jangan memandu. Kita bukan ambil hak orang lain minum minuman keras, tetapi kita tidak mahu mereka mendatangkan kemudaratan kepada rakyat jelata," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Shahidan terdahulu meminta kerajaan memberikan gambaran awal bentuk hukuman lebih berat dijangka dikenakan terhadap pemandu mabuk bagi kefahaman awal rakyat negara ini susulan pindaan Akta 333 dilaksanakan kelak.

Dalam perkembangan lain, Ka Siong turut menegaskan Kabinet bersetuju meluluskan rangka cadangan memperluaskan bidang penguatkuasaan terhadap pemandu mabuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tidak terhad kepada polis semata-mata.

Menjawab soalan tambahan Anthony Loke Siew Fong (DAP-Seremban), susulan jumlah kematian diakibatkan pemandu mabuk dicatatkan sebanyak 12 kes sepanjang tahun ini, kerajaan melihat keperluan untuk bidang menguatkuasaan undang-undang menangkap pemandu mabuk turut diperluaskan kepada JPJ.

"Kita lihat polis menjalankan tugas dengan baik, mengapa tidak kita meluaskan pelaksanaan bidang penguatkuasaan terhadap pemandu mabuk kepada JPJ?

"Oleh itu, Kabinet bersetuju meluluskan bab menangkap pemandu mabuk diperluaskan penguatkuasaan kepada JPJ, berbanding sebelum ini hanya didiberikan kepada polis sahaja," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...20-tahun-denda-RM150000-menanti-pemandu-mabuk!
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Ramai pemandu mabuk akan didakwa ikut pindaan baharu

KUALA LUMPUR: Polis yakin lebih ramai lagi akan didakwa atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol mengikut Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45, berkuat kuasa Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata setakat kelmarin, 10 individu sudah dituduh di mahkamah masing-masing sembilan di Johor dan satu di Pulau Pinang.

"Dalam masa yang sama, JSPT akan terus mengadakan operasi bagi mengesan pemandu mabuk di seluruh negara.

"Insya-Allah sebulan selepas pindaan baharu itu dikuat kuasa (Jumaat lalu), saya merancang untuk membuat sidang media.

"Ia bagi memaklumkan jumlah kes yang berjaya dituduh dan disabitkan dengan kesalahan selain hukuman dikenakan mengikut akta baharu itu di negara ini," katanya pada BH, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan akta baharu itu mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dipetik berkata RUU berkenaan diyakini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai terhadap pematuhan undang-undang, selain memupuk pengguna jalan raya yang berhemah sekali gus memastikan jalan raya di negara ini kekal selamat.

Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,756
Reaction score
1,199
Points
201
pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan maut dengan hukuman kepada pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan sahaja akan dibezakan
pe maksud.?
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,359
Reaction score
4,270
Points
201
Cadangan denda, penjara pemandu mabuk wajar - KPN

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan cadangan kerajaan menaikkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum RM150,000 dalam kes membabitkan pemandu mabuk adalah memadai.

Beliau berkata, pihaknya pernah mencadangkan hukuman penjara mandatori dikenakan terhadap kelompok berkenaan bagi mengurangkan kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk di negara ini.

"Sekiranya Parlimen meluluskan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu yang membabitkan peningkatan jumlah denda dan tempoh hukuman penjara, saya amat mengalu-alukan," katanya kepada BERNAMA selepas majlis penyerahan sumbangan kasut oleh Syarikat Bata Primavera Sdn Bhd, di Bukit Aman di sini hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, sebelum ini berkata, kerajaan akan mengusulkan pemandu mabuk dikenakan hukuman lebih berat iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000 menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ka Siong berkata, pindaan juga mencadangkan mereka yang disabitkan kesalahan boleh digantung lesen memandu sehingga 20 tahun.

Pindaan akta itu dijadualkan dibentang pada persidangan Parlimen yang sedang berlangsung.

Terdahulu pada majlis berkenaan, Polis Diraja Malaysia menerima 60,000 pasang kasut dianggar bernilai RM3.6 juta daripada syarikat berkenaan.

Mengulas sumbangan itu, Abdul Hamid berkata, kasut terbabit akan diagihkan kepada warga polis dan ahli keluarga mereka sebagai penghargaan kepada mereka yang bertugas memerangi penularan pandemik COVID-19.

Pihak Bata juga memaklumkan warga polis akan menikmati potongan 20 peratus bagi sebarang pembelian kasut jenamanya di semua kedai syarikat itu di seluruh negara, katanya. – BERNAMA
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
8,227
Reaction score
100
Points
83
therbaeekk.. kalau maksimum hukuman mati pun takpe kalau yg menyebabkan kematian
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,756
Reaction score
1,199
Points
201
pemandu mabok langgar mati ape plak hukumannya ?
 

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,625
Reaction score
185
Points
43
bagus jugak sepet yang buat rule...jangan yg celik meroyan udah
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,359
Reaction score
4,270
Points
201
Pemandu mabuk: Hukuman penjara dinaikkan sehingga 15 tahun

KUALA LUMPUR - Hukuman penjara bagi mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian dinaikkan kepada tempoh tidak kurang 10 tahun dan maksimum 15 tahun, serta denda minimum RM50,000 sehingga RM100,000.


Bagi sabitan kali kedua atau seterusnya, hukuman penjara diperuntukkan selama tempoh tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM150,000.

Perkara itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Bacaan kali pertama Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 itu dibuat Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang turut memaklumkan bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dibuat pada persidangan dewan kali ini.

Menurut rang undang-undang itu, bagi pemandu yang menyebabkan kecederaan pula, mereka berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM50,000, jika sabit kesalahan. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...k-Hukuman-penjara-dinaikkan-sehingga-15-tahun
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
  • Like
Reactions: WnB

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,738
Reaction score
630
Points
81
Hah..mane pembangkang yg bising sgt psl undang2 mabuk?...dah setel ke belum ni?
 

ikhlaskanhati

Fun Poster
Joined
Jan 31, 2016
Messages
251
Reaction score
82
Points
30
Terbaik..bagus kerajaan sekarang. Harap berkurang lah kes pemandu mabuk ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register