BTC USD 60,354.9 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramai orang (termasuk saya) tak tau sujud yg BETUL

ilhamjabil

Super Active Member
Joined
Jul 27, 2008
Messages
6,906
Reaction score
1,551
Points
141
Assalamualaikum WBT tuan/puan

Tiga bulan lepas saya mendengar Radio FM Alor Setar waktu petang Kedah FM selalu panggil ustaz ceramah bab agama...Ustaz tu kata Wajib bila sujud perut jari kaki kena sentuh lantai kesemuanya...Dalam pada tu ada call tanya ustaz...'Kalau imam sujud perut kaki tak sentuh lantai camna?' Ustaz jawab kita kena mufarakah...

Saya balik saya cuba sujud macam tu...sukar juga nak sentuh semua perut jari kaki...

Saya pon pergi surau ramai org sembahyang sujud perut kaki tak sentuh lantai, kat Masjid waktu sembahyang tarawikh pon ramai, sukar untuk saya bagi tau...ada juga kadang2 naik jadi imam...

Jadi saya search kat web tanya ustaz Google..ada org cakap tak perlu perut kaki sentuh semua memadai yang termampu contohnya Ibu jari kaki, kaki kedua selepas ibu jari dan kaki ketiga....sunat sentuh semua. Mana satu yang betul Wajib atau Sunat sentuh semua

Saya ingin syer dengan tuan puan...maaf kalu tuan puan dah maklum... Kalu ada dalil dan komen sila hebah disini

Elok copy dan print poster sujud tu...lekatkan kat masjid dan surau
:D


pic10459.jpg


salam ustaz,

ada soalan drpd shbt ana, sepertimana diketahui, anggota sujud masa solat ialah tujuh. 2 drpdnya ialah perut jari kaki.

so, soalannya, adakah sah solat sekiranya kaki tidak mencecah sejadah, atau memacakkan kaki, atau melipat kaki kebelakang dengan sengaja. adakah sah solatnya, n apakah hukumnya.

sekian wassalam

***************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kedar kemampuan yang ada Insya-Allah.

Anggota sujud ada 7 bahagian sebagaimana salah satu hadithnya Nabi saw :-

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ
"Aku telah memerintahkan untuk sujud dengan 7 tulang : dahi, dan dia mengisyaratkan kepada hidungnya, dua tangan, dua lutut dan hujung tapak kaki......" [Hadith Riwayat Bukhari #812, Muslim #490].

Imam al-Nawawi rh didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan :

لَوْ أَخَلَّ بِعُضْوٍ مِنْهَا لَمْ تَصِحّ صَلاته
"Jika meninggalkan salah satu darinya, maka tidak sah solatnya"

Berkata Dr Wahbah al-Zuhaily :-

واشترط الشافعية أن يكون السجود على بطون الكفين وبطون أصابع القدمين، أي أنه يكفي وضع جزء من كل واحد من هذه الأعضاء السبعة كاجبهة، والعبرة في اليدين ببطن الكف، سواء الأصابع والراحة، وفي رجلين ببطن الأصابع، فلا يجزئ الظهر منها ولا الحرف.
"Syarat Mazhab Syafie bahawa sujud dengan kedua-dua tapak tangan dan hujung jari kedua-dua kaki, maksudnya mencukupi meletakkan sebahagian dari setiap satu anggota yang tujuh, seperti dahi, kedua-dua tapak tangan dan jari, dan kedua-dua kaki yang bermaksud hujung tapak jari kaki, BUKANLAH belakang atau hujungnya. " [al-Fiqh al-Islami wa adillatuh,cet ke 3 (1989), 1/662]

Maka kedudukan kaki yang menjadi syarat sujud adalah hujung tapak jari kedua-dua kaki, dan bukan hanya hujung jari kaki.

Jika seseorang itu sengaja (tanpa uzur) tidak meletakkan hujung tapak jari kaki ketika sujud, maka Imam al-Nawawi kata tidak sah solatnya. Akan tetapi, jika dia tidak melakukan perbuatan tersebut disebabkan kejahilan dirinya atau keuzuran, maka solatnya diterima. WA.

Ada pendapat rakan2 perlu juga kita rapatkan kaki(terutama yang pakai kain) seperti dibawah

Kedudukan kaki semasa sujud hendaklah dirapatkan, diteggakkan dan jari jemari di hadap ke arah kiblat

Syaikh Muhammad Bin Utsaimin berkata: "Adapun kedua telapak kaki keduanya harus dirapatkan, dasarnya adalah hadis 'Aisyah, ia berkata: "Ketika aku kehilangan Rasulullah, tanganku meraih kedua telapak kaki beliau sewaktu beliau sedang sujud" Kemudian Syaikh Muhammad Bin Utsaimin menjelaskan: "Satu tangan tentu tidak boleh meraih kedua telapak kaki kecuali bila keduanya dirapatkan." (Al-Mumti')


Di riwayatkan oleh Abu Humeid radiallahuan tentang sifat solat Nabi,: "Apabila sujud beliau idak membentangkannya dan tidak pula menggenggamnya, dan beliau menghadapkan hujung-hujung jari kaki beliau ke arah kiblat". (HR Bukhari)

sujud3.jpg


Sekian, wassalam






Ustaz Shamsuri kata SAH sujud hujung kaki tak lipat...Minit 45 kebawah
 
Last edited:
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
23,300
Reaction score
3,534
Points
201
Betul ramai yg kat masjid buat perkara yg salah.Sujud tak betul
 

ah fan

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2009
Messages
8,148
Reaction score
28
Points
70
kena tgok keadaan dulu..kdg kt masjid tu bkn dorg sengaja xnk buat yg btol..tp keadaan fizikal xmengizinkan..mgkn kesakitan atau kesukaran nk buat mcm tu..kte xtau keadaan fizikal seseorg tu..mgkn nmpk sihat tp kaki ada masalah (eksiden,cacat,dsb..)just pendapat dri aku je..sbb ayahanda aku pn pernah alami bnda yg sama sbb eksiden
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
ramai yang buat kaki mcm tu ketika sujud
 

GASTER123

Legendary Member
Joined
May 6, 2008
Messages
15,829
Reaction score
448
Points
131
baru ku tahu..terima kasih tt..dlm gambar tu yg tanda soal tu plg biasa org buat silap..
 

Zulkarnine

Super Active Member
Joined
May 30, 2007
Messages
7,621
Reaction score
163
Points
83
bro, tolong tmbh lak pasal duduk antara dua sujud dan duduk tahiyat awal..yg ni pun ada gak yg antara kita tak tau...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register