balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada Bajet 2015 yang lalu dilihat tidak dapat membantu rakyat untuk menghadapi cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun hadapan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjelaskan kegagalan kerajaan memperkenalkan dasar lain dalam menyelesaikan masalah rakyat akan mengakibatkan golongan pertengahan dan bawah akan berada dalam perangkap ekonomi yang amat teruk.
"Ramai orang kata mereka bahagia dengan BR1M sebanyak RM950 tetapi selepas 16 tahun berturut-turut kita hidup dalam hutang berbelanja defisit.
"Sekarang kita berdepan dengan ketegasan kerajaan melaksanakan GST tetapi tanpa dasar lain yang diperkenalkan kerajaan, rakyat pertengahan dan bawah akan menghadapi masalah yang lebih besar.
"Mereka bukan hanya tidak dapat menggunakan BR1M yang mereka perolehi itu tetapi terus berada dalam di bawah tahap kemiskinan," jelasnya pada program Bicara Harakah Bajet 2015 'Di mana Pincangnya' di My Harakah Bazaar petang semalam.
Menurut beliau lagi, masalah utama di negara ini adalah jurang antara miskin dan kaya amat jauh, malah keadaan ini sentiasa berterusan kerana tiada penyelesaian bagi memastikan golongan pertengahan dan miskin ini dibela.
"Bagi BR1M bukan satu penyelesaian jangka panjang tetapi perlu melalui dasar-dasar yang boleh mengangkat taraf hidup mereka seperti malaksanakan gaji minima.
"Di negara ini masalah utama yang harus kita selesaikan adalah isu jurang miskin kaya, saya sempat merujuk beberapa kajian yang mengatakan salah satu sebab perkara ini berlaku kerana dasar kerajaan yang tidak menekankan kepada mengatasi jurang perbezaan ini," sambung beliau lagi.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menekankan pelaksanaan gaji minima tidak boleh berada pada paras RM900 tetapi perlu berada pada tangga RM1,200 sebulan.
"Perlu diingat GST telah pun mengeruhkan keadaan, walau banyak mana BR1M diberikan namun janji kerajaan untuk merasionalisikan subsidi masalah yang lebih besar akan timbul.
"Ini merupakan satu kaedah yang sangat malang buat rakyat, kegagalan kerajaan memikirkan dasar baru angka kemiskinan bukan dapat dikurangakn tetapi terus meningkat pada tahun hadapan," katanya. - HARAKAHDAILY