BTC USD 45,279.4 Gold USD 1,866.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramai nelayan tipu LKIM insentif sara hidup

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
PAPAR 22 Nov. - Sebilangan besar daripada 32,000 nelayan yang menerima insentif sara hidup RM200 dikesan cuba menipu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan mengemukakan permohonan berulang dengan menggunakan nama ahli keluarga.

Pengerusi LKIM, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, pihaknya kesal dan memandang serius perbuatan tersebut dan akan menjalankan siasatan dalam masa terdekat.

"Seramai 25,000 orang yang mendapat insentif itu adalah pemilik bot dan 7,000 lagi adalah awak-awak.

"Kita hairan mengapa pendaftaran awak-awak ini begitu sedikit sedangkan mereka juga layak berbuat demikian.

"LKIM akan melakukan siasatan kerana kita dapati lebih kurang dua pertiga daripada pemilik-pemilik bot ini memohon semula tetapi dengan menggunakan nama anak dan isteri mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kompleks Mini Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Papar di Kampung Laut di sini hari ini.

Katanya, insentif berkenaan bertujuan membantu nelayan di seluruh negara dan di Sabah sehingga pertengahan tahun ini, hanya 2,000 orang yang sudah berdaftar.

Abdul Rahim berkata, jumlah nelayan di seluruh negara yang layak menerima insentif itu ialah 80,000 orang dan kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM180 juta setahun.

"Ini bermakna, setiap bulan lebih RM14 juta diberikan kepada golongan nelayan khusus untuk membantu mereka," katanya.

Terdahulu ketika berucap, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis berkata, taraf hidup nelayan di Sabah masih jauh ketinggalan berbeza dengan nelayan di Semenanjung atau Sarawak.

Katanya, taraf hidup nelayan di negeri ini akan mengalami perubahan dalam beberapa tahun akan datang setelah lebih hampir 60 tahun hidup bergelumang dengan kemiskinan.

Sementara itu, Pengarah LKIM Sabah, Zainal Md. Ali meminta nelayan di negeri ini supaya menceburkan diri dalam bidang perusahaan rumpai laut kerana pendapatannya yang lumayan.

Katanya, kerajaan memperuntukkan pinjaman sebanyak RM220 juta bagi nelayan yang ingin mengusahakan rumpai laut dan setakat ini perusahaan itu dilakukan di beberapa daerah sahaja.

Pemantauan kena berterusan
 
Sponsored Post

kambing gurun

Active+ Member
Joined
Mar 23, 2008
Messages
3,252
Reaction score
1
Points
25
Bagus gak nelayan tipu cara camtuh.. Atleast ada gak rakyat nak cuba merasa duit kerajaan yg kebanyakkannya berlegar dikalangan kroni2 je...
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
dah atas pun kuat makan...
yg bawah pun ... x banyak pun, janji dapat gak...
bukannya banyak sangat pun, rm200 jer... drpd habis jutaan ringgit bakar mercun kat putrajaya baik bg rakyat merasa duit kerajaan....
 

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,885
Reaction score
8,266
Points
716
dah atas pun kuat makan...
yg bawah pun ... x banyak pun, janji dapat gak...
bukannya banyak sangat pun, rm200 jer... drpd habis jutaan ringgit bakar mercun kat putrajaya baik bg rakyat merasa duit kerajaan....

mana bleh camtu :eek:
rm200 duit org2 len gak tu :p
petani ke pekebun ke :">
 

blindclownx

Active Member
Joined
May 18, 2008
Messages
1,169
Reaction score
2
Points
35
macam maner lah dorang uruskn sblum nie.....salah siape sbenar nyer???
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
mana bleh camtu :eek:
rm200 duit org2 len gak tu :p
petani ke pekebun ke :">

tu lah pasal... petani dapat subsidi baja cap dacing pun jual...

penternak dpt insentif pun mcm gak.... maksud aku sesama merasa la... insentif yg diberikan oleh kerajaan ....

cumanya isu kat sini ditumpukan kpd golongan nelayan ... sebenarnya.. ada gak aku dengar criter insentif kenderaan pun diorang rembat gak......
 

alep

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2008
Messages
498
Reaction score
16
Points
15
kat temapt aku perak..da xbnyak kuar lke laut..dia owg jual minyak je..beli bnyak2 pas jual kat owg kmpung....pas tue wat resit palsu ckap dia owg kuar ke laut..
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
Yg ditugaskan utk memantau (penguatkuasa)pun pakat buat duit gakkk......
 

qreemall

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
ni ler org mesia....
sume nk amik kesempatan....
 

neceolite

Active Member
Joined
Mar 4, 2007
Messages
2,074
Reaction score
4
Points
25
tokey2 bot kebanyakkannya ca ya nun alip .... huhu.. pandai derang merembat
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register