Ramai kecewa Amanah Saham Johor ditamatkan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
JOHOR BAHRU 17 April - Penamatan skim Amanah Saham Johor (ASJ) oleh Pelaburan Johor Bhd. seperti yang diumumkan semalam mengecewakan para pelaburnya kerana didakwa akan menyebabkan mereka kerugian.

Mereka yang ditemui berpendapat, kerugian itu kerana ia dibubarkan pada harga 19 sen seunit dan jumlah itu jauh lebih rendah berbanding kadar yang dijanjikan RM5 seunit ketika mula diperkenalkan pada tahun 1992.

Seorang peniaga, Abd. Razak Haron, 39, berkata, kerugian yang dialaminya cukup membebankan kerana dia telah melabur dengan membeli sebanyak 2,000 unit saham tersebut pada tahun 1992.

Katanya, nilai saham ASJ pernah meningkat kepada lebih RM1, namun ia semakin merosot sejak kegawatan ekonomi pada tahun 1998.

"Ekoran itu, walaupun terpaksa menanggung rugi, saya telah menjual unit saham amanah ketika harganya 80 sen," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Seorang pengusaha restoran, Nordin Masuri, 43, pula berkata, dia tidak bersetuju ASJ ditamatkan berikutan pelabur akan menanggung kerugian yang banyak.

"Jika pihak berkenaan ingin juga membubarkan ASJ, bayarlah pelabur mengikut harga dibeli semasa pelaksanaan dahulu," tegasnya.

Bagi Rozana Abd. Rahman, 21, dia turut kecewa dengan pembubaran ASJ yang dianggap tidak adil kepada pelabur saham amanah itu.

"Saya menggesa pihak berkenaan menimbang cadangan pembubaran tersebut berikutan ramai yang akan menanggung kerugian kelak," katanya.

Pelaburan Johor Bhd. adalah anak syarikat Kumpulan Johor Corporation (JCorp).

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan J.Corp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim mengumumkan akan menamatkan ASJ berikutan saham amanah itu menghadapi pelbagai masalah.

Pengumuman pembubaran itu, katanya akan dibuat pada EGM pada 24 April ini.

TU LAH...SOMBONG SANGAT...MASA MEMULA SKIM NIE DILANCARKAN TAK BENARKAN AHLI PAS JOHOR LABUR...HANYA UNTUK UMNO

:eek: :eek: :eek:
 
Sponsored Post

sideskirt

Active+ Member
Joined
Jul 31, 2007
Messages
3,819
Reaction score
16
Points
25
aiiik, bukan ke dorang beli balik ngan harga beli rm1/unit ... :-? :-?
 

taikunx

Active Member
Joined
Dec 21, 2007
Messages
1,395
Reaction score
9
Points
25
orang johor jgn diam ajer ...buatlah sesuatu
 

DDos

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,110
Reaction score
690
Points
166
ni le org panggil :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam er berlesen :eek: :eek: :eek: :eek: :eek:
 

rotok

Fun Poster
Joined
Mar 19, 2007
Messages
288
Reaction score
0
Points
10
aku rasa rugi tu berpunca dari orang2 yang menguruskan fund tu.. cilok sini sket, sana sket.. gali sana.. kambus sini... masuk poket
 

tun fischer

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2007
Messages
345
Reaction score
1
Points
15
aku rasa rugi tu berpunca dari orang2 yang menguruskan fund tu.. cilok sini sket, sana sket.. gali sana.. kambus sini... masuk poket
aku setuju pendapat nie.. itulah masalah yg paling utama bila bnyk sangat rasuah, rakyat yg jadi mangsa...
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
mm.. klu ASJ nih di lancar time2 thn 2000.. sure aku join.. thn 92.. masa aku aku masih beringus sgt.. x brp tau.. aku tau bab2 saham .. bid2 saham nih pn masa aku tgk prospektus kt akhbar..
oh johor ku
 

tEnuKLang

Super Active Member
Joined
Nov 6, 2007
Messages
5,656
Reaction score
3
Points
65
mm.. klu ASJ nih di lancar time2 thn 2000.. sure aku join.. thn 92.. masa aku aku masih beringus sgt.. x brp tau.. aku tau bab2 saham .. bid2 saham nih pn masa aku tgk prospektus kt akhbar..
oh johor ku
adeh bro..org johor ke?? tuh gambo awek lembah pantai tuh.. :D

tuh aa..kjaan sh*t nih, abeh suma terpalit busuk dia.. SPR pun, PNB pun, KWSP pun, POLIS pun..abeh suma busuk sbb umno nih..huu

p/s: dalam kdaan skg nih, kalau kasik kat PR pun, mmg kna amik ms yg pnjg nak pulihkan keadaan yg truk sgt nih..
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
adeh bro..org johor ke?? tuh gambo awek lembah pantai tuh.. :D

tuh aa..kjaan sh*t nih, abeh suma terpalit busuk dia.. SPR pun, PNB pun, KWSP pun, POLIS pun..abeh suma busuk sbb umno nih..huu

p/s: dalam kdaan skg nih, kalau kasik kat PR pun, mmg kna amik ms yg pnjg nak pulihkan keadaan yg truk sgt nih..
yup org johor.. mmg besar kesan gawat thn 1998 tuh.. sampai projek besar kt tempat aku .. nk wat golf 18 lubang pn da terbengkalai.. .. bila la tempat aku nk berubah dgn baik.. aku fhm.. semuanya kena ade kabel BESAR ..
p/s:awek lembah pantai tu permata hati.. akan gegar parlimen nnt
 
Sponsored Post
Top
Log in Register