Ramai gadis sudah pandai menjamah pil perancang kehamilan

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
AMPANG: Ramai gadis dan remaja perempuan belasan tahun kini sudah pandai menjamah pil perancang kehamilan bagi menyembunyikan perbuatan seks bebas.

Tambah mengejutkan apabila kebanyakan pil perancang keluarga berkenaan yang dulunya hanya dibekalkan doktor hospital atau klinik kini begitu mudah dibeli selepas dilihat bersepah dijual di pasar malam.

Lambakan pil perancang keluarga haram yang diseludup dari negara jiran terbabit mengundang bimbang berikutan ia boleh dibeli sewenang-wenang pada harga semurah RM3 sepapan.

Kebimbangan berhubung pil perancang keluarga terbabit terbukti apabila seorang pelajar membuat pengakuan mengejutkan apabila mendakwa terselamat daripada membuntingkan anak haram selepas kerap menelan pil perancang keluarga haram buatan Indonesia yang mampu dibeli bebas di kebanyakan pasar malam.

Pelajar terbabit yang mendakwa terlanjur melakukan seks dengan beberapa lelaki sejak lima tahun lalu mendakwa terpaksa bergantung dengan pil perancang keluarga seludup itu bagi memastikan minatnya terhadap seks bebas tidak membuahkan janin luar nikah.

Pelajar yang menuntut di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya mengaku terjebak dengan pil perancang kehamilan itu selepas diberikan ‘petua’ bekas kekasih lamanya.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 21, mengakui mula terjebak dengan seks bebas selepas kali pertama diperkenalkan dengan perbuatan itu seawal usia 15 tahun.

Wati mendakwa ketika di kolej, dia mula hanyut selepas jatuh cinta dengan rakan kolej berlainan bangsa.

“Saya yang kerap keluar berfoya-foya di disko sekitar Jalan P Ramlee akhirnya ‘hilang perawan’ ketika dalam keadaan mabuk di rumah lelaki berkenaan.

“Hubungan itu akhirnya bertukar menjadi cinta seks apabila saya jadi kemaruk dan kerap bertemunya semata-mata untuk melakukan hubungan seks,” katanya.

Menurutnya, hubungan seks terbabit tidak hanya dilakukan di rumah lelaki berkenaan di Damansara di sini, malah turut dilakukan di rumah sewanya atau di hotel.

“Mungkin kerana bimbing hubungan seks ini menyebabkan saya bunting, dia kerap membawa bekalan kondom dalam dompetnya setiap kali bertemu saya,” katanya.

Menurutnya, hubungan cinta terbabit hanya bertahan lima bulan apabila kekasihnya itu beralih angin dan mempunyai kekasih baru lalu meninggalkannya.

“Mungkin kerana kecewa selain tidak dapat melupakan keseronokan seks, saya mencari kekasih baru dan menerima sesiapa saja sebagai kenalan ‘part time’.

“Seorang teman lelaki yang saya kenali dan bekerja sebagai budak penghantar makanan segera adalah individu pertama yang memperkenalkan dan membekalkan saya pil perancang keluarga haram,” katanya.

Menurutnya, dia sering kali dibawa terlebih dulu ke pasar malam untuk membeli pil perancang keluarga buatan Indonesia berwarna kuning atau putih berharga RM3 hingga RM5 sepapan.

“Antara pasar malam yang kerap saya pergi untuk mendapat pil perancang terbabit adalah di sekitar Ampang dan Kampung Pandan yang dijual peniaga ubat-ubatan tradisional.

“Kerap kali dia menyuruh saya menelan sekurang-kurangnya 10 biji pil perancang keluarga bersama air berkarbonat bagi mengelak saya mengandung,” katanya sambil menunjukkan beberapa keping baki pil terbabit yang masih dalam simpanannya.

Menurutnya, dia yang ketika itu mempunyai seramai lima rakan ranjang berlainan mengaku bergantung sepenuhnya dengan pil perancang keluarga terbabit selama hampir dua tahun kerana tidak mahu ‘terbabas’.

Sementara itu, tinjauan wartawan Harian Metro ke beberapa pasar malam sekitar Kampung Pandan dan Ampang mendapati pil perancang kehamilan terbabit dijual bebas kepada orang ramai tanpa kawalan.

Wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pelanggan membeli dua keping pil terbabit dengan harga RM3 setiap satu dari peniaga ubat-ubatan tradisional tidak berdaftar.

Hasil penelitian mendapati pil perancang kehamilan terbabit diedarkan secara subsidi di Indonesia berdasarkan tulisan bercetak di belakang peket pil terbabit.
~X(~X(~X(
 
Sponsored Post

ADI78

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
rancang kehamilan....bondo sodap...sapo tanak
 

hisham27

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
3,035
Reaction score
11
Points
25
Apa nak jadi dengan gejala sosial di bumi bertuah ku ini????
Ini lah bahaya kalau Islam tidak diamalkan dengan sepenuhnya...
 

pedagang cyber

Active+ Member
Joined
Mar 28, 2007
Messages
2,961
Reaction score
19
Points
25
habis la kalau mcm tu,lepas ni xyah bimbang pasal hamil lg...yahooo..
 

azmimazda

Super Active Member
Joined
Jan 30, 2007
Messages
6,317
Reaction score
1
Points
65
sedap la skrg.. esok karang tanggung la akibat....
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
buat penyakit ar pil nih..

bahaya...

pakai la kondomo lion...
 

shahrezalin

Fun Poster
Joined
Nov 9, 2008
Messages
863
Reaction score
0
Points
10
tkt nnt effect dia bl dia kawan nak anak tp x dapat anak..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register