Maestro
Super Active Member

- Messages
- 5,809
- Joined
- Nov 11, 2009
- Messages
- 5,809
- Reaction score
- 1,785
- Points
- 151
ramai betul berjudi pagi2 jumaat ni...up 150% tu...harap2 sempat keluar la ya...jangan sangkut dalam tu dah... 
Naik ke?ramai betul berjudi pagi2 jumaat ni...up 150% tu...harap2 sempat keluar la ya...jangan sangkut dalam tu dah...![]()
Ya la sapa pump bangkit mcm phoenix la xdk sapa pump terduduk mcm gajah la kot hahaha'Serba Dinamik akan bangkit seperti phoenix'
Datuk Abdul Kadir Sahieb![]()
KUALA LUMPUR: Pengerusi Serba Dinamik Holdings Bhd, Datuk Abdul Kadir Sahieb yakin syarikat yang sedang berdepan pelbagai masalah itu akan bangkit daripada semua cabaran, sama seperti burung phoenix.
Beliau berkata, muka depan Laporan Bersepadu Tahunan 2022 Serba Dinamik, yang menggambarkan burung phoenix sedang terbang, dengan tepat menjelaskan kedudukan syarikat itu ketika ini.
"Phoenix dikatakan burung abadi daripada mitos Greek, yang secara kitaran akan bangkit atau dilahirkan semula. Dalam makna lebih ringkas, ia burung yang tidak pernah mati," katanya menerusi pernyataan pengerusi Serba Dinamik dalam laporan tahunan syarikat itu yang diterbitkan pada 12 Januari lalu.
Abdul Kadir berkata, Serba Dinamik berdepan beberapa cabaran sejak setahun lalu.
"Seperti yang diketahui ramai, syarikat berdepan masalah apabila pada 2021, bekas juruaudit kami KPMG PLT memfailkan pandangan penafian terhadap penyata kewangan diaudit kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC).
"Itu menyebabkan Serba Dinamik diklasifikasi sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17). Status ini bermakna kami mempunyai 12 bulan untuk mengatur semula kedudukan kewangan yang menyebabkan pasukan pengurusan sibuk pada separuh pertama 2022," katanya.
Beliau menambah, Serba Dinamik dan anak-anak syarikatnya juga berdepan dengan petisyen penggulungan yang difailkan oleh sekumpulan penyedia pembiayaan pada April 2022.
"Kami berjaya mendapatkan Perintah Persetujuan bagi mengekalkan petisyen penggulungan itu ketika syarikat berusaha untuk membentangkan cadangan kepada pemiutang.
"Namun, memandangkan kami tidak dapat memberikan jawapan kepada pemiutang dalam tempoh ditetapkan, Mahkamah Tinggi membenarkan pemiutang melantik Pembubar Interim.
"Perkara ini masih lagi belum selesai di Mahkamah Tinggi apabila laporan ini diterbitkan," katanya.
Abdul Kadir berkata, walaupun Serba Dinamik menanggung kerugian bersih RM1.1 bilion pada tahun 2022, syarikat merekodkan pendapatan RM1.35 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022.
"Bahagian operasi dan penyelenggaraan (O&M) kami menyumbang sebahagian besar pendapatan itu, merangkumi 91.6 peratus.
"Ini disusuli oleh bahagian kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) yang menyumbang 7.3 peratus pendapatan.
"Kami sedang berusaha mengukuhkan dua lagi segmen, iaitu teknologi maklumat & komunikasi (ICT) dan pendidikan & latihan (E&T) bagi memanfaatkan kepentingan kedua-dua sektor yang sedang berkembang ini. Integrasi ICT dalam 4IR menjanjikan potensi besar yang menanti untuk diterokai," katanya.
total loss...apa jadi pada pembeli saham serba tak dinamik ni???
sama je. dunia tipu-tipu yang diluluskan...Tak de juga bang........ Kena ikut dan faham betul asas biz tu........ Sape board dan unjuran kewangan........... Semua kena study bang baru invest, selebih tu baru tawakal