BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramadhan : Potensi lebih 'menonjol'

zack2terer

Legendary Member
gem
Messages
13,627
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
Potensi lebih 'boroi'

dn_08.1.jpg

Antara hidangan disajikan bertemakan Bazar Ramadan di sebuah hotel.

KUALA LUMPUR 22 Julai - Bagi sesetengah individu, kedatangan Ramadan dianggap sebagai peluang terbaik untuk menguruskan badan, sesuai dengan sifat amalan tersebut yang memerlukan umat Islam menahan lapar dan dahaga di siang hari.

Namun jangan terkejut sekiranya impian itu gagal dicapai sebaliknya perut anda kian 'menonjol' ketika syawal menjelma ekoran kegagalan menahan nafsu sewaktu berbuka puasa.

Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pakar Ampang Pantai Puteri, Rose Hanizan Mat Hassan perkara itu tidak mustahil berlaku kerana pengambilan makanan secara berlebihan dan mengejut ketika perut kosong menyebabkan anggota badan itu cepat mengembang.


"Secara tidak langsung, ia menyebabkan perut seseorang ittu menjadi buncit. Justeru, umat Islam tidak sepatutnya makan seolah-olah 'melepas geram' ketika berbuka puasa," katanya.

Sumber
 
Biasanya memang macam tu lah..
Perbelanjaan di bulan puasa pun lebih tinggi berbanding bulan2 biasa kerana membeli pelbagai juadah berbuka..
Kekadang aku sendiri dah sampai tak larat nak bangun untuk sembahyang maghrib sebab perut ni dah penuh sangat..
 
Saja je letak gamba sate ayam, hahaha..

berbuka secara sederhana jer, janji kenyang, pelik la ngan org yg melantak mcm hengat.. last2 semua terawih abes xlarat buat.. huhu..
 
Ramadhan bulan ibadah,bukan setakat berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga,malahan segala perkara yang dibuat semasa berpuasa hatta bekerja,bersosial dan pelbagai lagi aktiviti terutama melibatkan zikir dan bacaan Quran dilipat gandakan pahala oleh Allah.

Silapnya kita di Malaysia,sejak sekian lama,Ramadhan dijadikan pesta makanan.Selagi boleh hentak mentekederah,selagi itu hayun.

Fenomena sebegini harus dkawal dan dikekang oleh pelbagai pihak terutama media.Bagaimana mungkin kita dapat mencapai objektif utama puasa iaitu BERTAKWA jika kita gagal menuruti intipati apa yangt sepatutnya dituntut dalam bulan Ramadhan.

Moga segala gerak kerja dan aktiviti kita seharian di bulan Ramadhan diberkati oleh Allah dan mendapat pengampunan.

Amin.
 
kenapekah sate itu dibiarakan sebegitu rupa? mampukah ia menunggu sehingga maghrib tiba?
 
Back
Top
Log in Register