Rakyat tanpa Rumah..

CG Sponsors




kukaya

Fun Poster
Joined
Oct 21, 2009
Messages
131
Reaction score
0
Points
10
SETAHUN selepas Semenanjung Gaza diserang bertubi-tubi oleh rejim Zionis, keluarga Kamal Awaja masih berlindung di bawah khemah sementara di sebelah tapak rumah mereka.

Satu-satunya yang membezakan keadaan mereka dulu dan kini hanyalah wujudnya bekalan elektrik dan air bersih, selain akses tanpa wayar kepada Internet.

Beberapa kilometer dari situ, keluarga Mahmud Sawafieri meneruskan usaha menternak ayam untuk menampung keperluan harian.

Disember 2008, puluhan sangkar dan ribuan ayam mati dirempuh jentolak Israel ketika gerakan pemusnahan bersistematik penduduk Gaza dilakukan.

Ketika itu, ladang ternakan Mahmud dikendalikan secara automatik, berbanding manual ketika ini.

Sejak perang tiga minggu itu tamat, keadaan di sempadan Gaza - Israel semakin tenang.

Namun, pejuang Islam yang popular dalam kalangan warga Palestin, Hamas, semakin kukuh menguruskan Gaza di sebalik sekatan zalim Israel terhadap kawasan itu dua setengah tahun lalu.

Di mana-mana, proses pembangunan semula turut dijalankan perlahan-lahan.

Setahun lalu, keluarga Kamal terperangkap di antara kemaraan tentera Israel - dibantu kereta kebal dan jet pejuang, dengan pertahanan Hamas di utara Gaza dalam satu daripada gerakan besar-besaran Zionis ke wilayah itu.

Kamal dan isterinya cedera ketika melarikan dan hanya dapat merawat luka di hospital selepas empat hari kemudian.

Anak mereka, Ibrahim, 8, maut ditembak ketika rumah pasangan itu dimusnahkan.

Di bawah teduh khemah serba daif yang dibuat daripada gabungan kanvas, plastik dan selimut, mereka masih mampu tersenyum melihat poster mengenang insiden itu.

Israel mengepung Gaza daripada segenap segi, termasuk kebanyakan bantuan kemanusiaan sejak Hamas menguasai kawasan itu pada Jun 2007.

Hanya bekalan terhad simen dan besi yang diseludup melalui terowong bawah tanah di sempadan Gaza - Mesir ada di pasaran, tetapi harganya amat mahal untuk 1.5 juta warganya.

Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kira-kira 6,400 rumah rosak teruk atau musnah akibat perang itu.

Kebanyakan penghuni rumah yang runtuh itu kini tidak mempunyai pilihan kecuali bersesak-sesak berkongsi kediaman dengan saudara-mara di apartmen sekitar Gaza.

Selebihnya, mereka terpaksa berlindung di bawah khemah seperti dialami Kamal.

Kamal mendapatkan bekalan elektrik ke khemahnya melalui rangkaian wayar daripada pembekal.

Peralatan domestik pula dibelinya menggunakan gaji daripada Pihak Berkuasa Palestin.

Anak-anaknya pula melayari Internet menggunakan perkhidmatan kad tanpa wayar milik Israel.

"Kami tidak mungkin terus hidup menderita begini dan terpaksa melakukan apa saya yang mampu untuk meningkatkan taraf hidup," katanya.

Sebelum perang, katanya, dia dan keluarganya hidup jauh lebih selesa berbanding ketika ini.

"Boleh anda bayangkan hidup tanpa televisyen dan Internet pada 2010?" katanya.

Di sebalik 'keselesaan' dinikmati di bawah khemah itu, keluarga Kamal masih berdepan dengan pelbagai kesukaran.

Antaranya, ancaman anjing liar yang gemar menyelongkar dapurnya.

"Tanpa rumah, anda sebenarnya tak memiliki apa-apa," katanya.

Keluarga Mahmud juga menjalani pemulihan perlahan-lahan menggunakan bantuan kewangan bernilai RM34,000 yang diberi Kementerian Pertanian Hamas.

Dengan bajet itu, mereka cuba menyiapkan kandang baru untuk menternak kira-kira 5,000 ayam.

Masalahnya, binaan menggunakan besi buruk dan kanvas koyak itu sangat daif berbanding ladang yang pernah mereka miliki sebelum perang.

Kata Mahmud, 24, dahulu semua tugasan di ladangnya dilakukan mesin.

"Saya hanya perlu tekan suis dan segalanya dilaksanakan mesin," katanya.

Dalam perang tiga minggu itu, Israel mendakwa mereka mencapai kejayaan dengan membunuh 1,400 warga Palestin berbanding 13 tentera mereka yang mati.

Di Gaza, sejak perang berakhir, Hamas bukan saja berhenti melancarkan serangan roket ke arah Israel, malah menggunakan kuasa mereka menghalang kumpulan lain melakukan tindakan sama.

Tentera Israel menyatakan, hanya 275 serangan roket dicatatkan sejak perang berakhir berbanding 3,056 sebelum perang bermula.

"Operasi ketenteraan itu mencapai matlamat untuk mengembalikan kestabilan Israel," kata pemimpin pembangkang, Tzipi Livni, yang bertugas sebagai Menteri Luar ketika perang berlangsung.

Bagaimanapun, Israel terus dikutuk masyarakat antarabangsa atas tindakan ganas mereka.

Laporan disediakan hakim disegani dari Afrika Selatan, Richard Goldston, mendedahkan pelbagai aksi jenayah perang dilakukan sepanjang tempoh Gaza diserang.

Antaranya, pemusnahan bersistematik seperti dialami Mahmud.

Seperti biasa, Tel Aviv menolak keterangan itu dan menganggapnya berat sebelah. - AFP
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
kat sini pun banyak
 
Sponsored Post
Top
Log in Register