Rakyat Sabah disaran kuasai Mandarin - Dr Yusof Yacob

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,179
Reaction score
8,938
Points
2,226


Mohamad Mohamarin (dua dari kiri) menerima cenderahati daripada Taufiq pada Majlis Pelancaran Institut Confucius (CI) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di Kota Kinabalu, hari ini. - NSTP/Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU: Rakyat negeri ini mesti mengambil peluang untuk mempelajari bahasa Mandarin, di samping bahasa Inggeris berikutan kedudukannya sebagai bahasa perhubungan penting.

Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Datuk Dr Yusof Yacob, menjelaskan penguasaan bahasa Mandarin memberi banyak manfaat termasuk dalam bidang akademik, perniagaan dan politik.

“Perkembangan bahasa Mandarin di dunia akademik, perniagaan dan politik antarabangsa begitu pesat ketika ini.

“Malah, sering dikatakan rakyat Malaysia yang menguasai bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin, mudah untuknya pergi ke mana-mana sahaja negara di dunia ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Institut Confucius (CI) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Mohamad Mohamarin.

Yang turut hadir ialah Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Liang Caide; Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin dan Setiausaha Jawatankuasa Parti Universiti Sains dan Teknologi Changsa, China, Prof Dr Fu Hongyuan.

CI ialah institut bahasa Mandarin antarabangsa yang dikembangkan di luar China sejak 2004 dengan UMS universiti keempat di negara ini memiliki institut itu sebagai pusat pembelajaran bahasa Mandarin dan budaya China.

Yusof menambah, pembukaan institut itu di UMS yang dilengkapi kemudahan tenaga pengajar bahasa Mandarin dari China dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari dan menguasai bahasa berkenaan.

Sementara itu, Caide dalam ucapannya menjelaskan pembukaan CI di UMS memikul tanggungjawab besar dalam mengasah bakat, pertukaran budaya dan menjadi ejen komunikasi dalam kalangan rakyat.

“Saya berharap semua pihak yang terbabit akan sama-sama berusaha dan mengembangkan CI ke tahap cemerlang dan mengukuhkan lagi hubungan rapat China-Malaysia, khususnya dengan Sabah,” katanya.

Terdahulu, Taufiq berkata, selain untuk mengembangkan pengajaran bahasa Mandarin dan budaya China, institut itu juga dapat mengukuhkan hubungan dua hala di antara UMS dengan institusi pengajian tinggi di China dalam hal ehwal akademik, teknologi dan hubungan industri.

Pembukaan CI di UMS hasil kerjasama universiti itu dengan Universiti Sains dan Teknologi Changsa, China sejak beberapa tahun lalu dengan perjanjian penubuhannya ditandatangani UMS dengan Hanban, iaitu ibu pejabat CI di Beijing pada November tahun lalu.


 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,629
Reaction score
931
Points
161
ptt beria suh bljar manderin... delegasi republic of china yg dtg... kalo delegasi republic of conggo... maybe nada berbunyi "rakyat sabah perlu kuasai bahasa conggo utk jd lebih world class..."
 

akudotcom

Active+ Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
3,686
Reaction score
816
Points
81
Abu sayyaf tak mau bantu ka?

Jarum komunis sudah masuk sabah bahh :cool:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register