BTC USD 37,666.4 Gold USD 1,773.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Perlu Selesa Harga RON95 Tidak Akan Dinaikkan Hingga Satu Tempoh Tertentu

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Rakyat Perlu Selesa Harga RON95 Tidak Akan Dinaikkan Hingga Satu Tempoh Tertentu - Awang Adek

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein hari ini membayangkan harga minyak RON95 tidak akan dinaikkan sehingga satu tempoh tertentu supaya rakyat merasa selesa dengan harga semasa.

"Rakyat perlu merasa selesa dengan harga minyak RON95 yang mungkin tidak akan dinaikkan sehingga pada satu masa (tertentu)," katanya ketika menggulung perbahasan Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat.

Awang Adek berkata rakyat sebaliknya perlu menerima kenyataan harga minyak RON97 yang dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM2.15 seliter baru-baru ini adalah tidak menentu kerana ia akan mengikut harga pasaran dunia.

"Buat masa ini, dalam penyelarasan harga minyak baru-baru ini, kenaikan hanya kepada RON97 dan bukan RON95.

"Rakyat sepatutnya dapat menerima bahawa harga RON97 berdasarkan pasaran dan kita mungkin tidak perlu buat satu jangka masa mengenai harganya," katanya.

Awang Adek turut mengulas mengenai subsidi petrol dan gas cecair berikutan beberapa Anggota Parlimen membangkitkan mengenai peruntukan subsidi lebih besar pada 2011 berbanding 2010.

Menurutnya anggaran subsidi untuk 2011 dibuat berdasarkan kepada anggaran minyak dan gas dunia yang dijangka lebih tinggi pada 2011 berbanding 2010.

Awang Adek berkata sekiranya subsidi masih berkekalan pada tahap semasa, ia akan membabitkan peningkatan peruntukan.

"Usaha penyelarasan subsidi berterusan dan tiada titik tamat. Contohnya keputusan membebaskan harga RON97, yang baru-baru ini sekali lagi mengalami kenaikan harga. Ia adalah sebahagian daripada usaha menyelaraskan subsidi tetapi keperluan kepada subsidi untuk 2011 masih kekal," katanya.

Persidangan Dewan bersambung pada 22 Nov.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

wokyoh fx

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
ni sorang lagi rakyat dah tolak .. tiba2 jadi timbalan menteri .. profolio kewangan lak tu .. yerla rakyat selesa .. kaalu naik hari2 pun rakyat akan selesa .. heehhee:D:D
 

gadgetmall

Super Active Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
7,064
Reaction score
32
Points
70
bile pnye cerite ni??
minyak da neak harge la..
 

Zul34

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,959
Reaction score
14
Points
65
dgr blh, prcaya jgn
 

nikyah

Active Member
Joined
Sep 27, 2010
Messages
1,291
Reaction score
7
Points
25
Kami dah selesa, naikkanlah harga.
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
takyahlah kata nak ikut harga dunia......klau turun?....ye ker?...buktikan..
 

am2020

Active+ Member
Joined
Nov 1, 2009
Messages
2,731
Reaction score
8
Points
25
seb baek ngv x nek...puhh lega baru jer pasang seminggu..
 

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
naek jela byk mana pon..
rakyat ttp sokong..
nk xnk terpaksa jugak kene isi..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register