Rakyat perlu sedia bayar lebih

CG Sponsors




eh?

Super Active Member
Joined
Dec 7, 2009
Messages
8,643
Reaction score
73
Points
70
KUALA LUMPUR 19 Jan. – Model ekonomi baru yang bakal diperkenalkan kerajaan perlu mengambil kira kos buruh negara yang masih murah. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bagaimanapun kos itu masih belum boleh dibandingkan dengan Thailand, Indonesia, China dan Vietnam.

‘‘Tetapi pada masa sama kita tidak lagi boleh berterusan menjadi negara menerima gaji kecil,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Petronas Lubricants International Sdn. Bhd. dengan Proton Holdings Bhd.

Menurut Mahathir, kerajaan perlu mengkaji pelaburan asing yang boleh membantu menjana pendapatan tinggi melalui industri yang memiliki nilai tambah.

‘‘Inilah yang dilakukan oleh negara-negara maju di dunia yang kekal kompetitif meskipun buruhnya mahal,’’ tambahnya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia juga perlu bersedia membayar lebih untuk menghadapi kenaikan harga barang dalam usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.

Ini kerana, sebagai negara berpendapatan tinggi, kos hidup turut meningkat kerana tanpa kos hidup yang tinggi, rakyat tidak boleh menikmati pendapatan tinggi, jelas beliau.

Beliau memberi contoh, dalam proses menjadi negara berpendapatan tinggi, pekerja kilang harus diberi gaji yang tinggi dan untuk membayar gaji tinggi, kilang perlu membuat keuntungan lebih.

‘‘Bagi mendapat untung tinggi, pekilang kenalah menaikkan harga produk, jadi rakyat kena bersedia berbelanja lebih.

‘‘Berbeza (sekarang), rakyat Malaysia suka merungut walaupun (barangan) kenaikan sekecil satu sen pun:eek:, ia masih dianggap mahal.

‘‘Sedangkan harga barangan di negara kita masih murah jika dibandingkan dengan negara-negara jiran,’’ katanya.:))

Mahathir berkata, untuk memastikan pekerja kilang mendapat gaji yang tinggi, kerajaan perlu mendapatkan industri yang memiliki nilai tambah daripada pelaburan asing.

Menurut beliau, kerajaan perlu kekal kompetitif meskipun pada masa yang sama mengurangkan subsidi dan meningkatkan cukai bagi membolehkan lebihan tunai untuk meningkatkan pendapatan kakitangan kerajaan.

Utusan
 
Sponsored Post

rocksoft

Fun Poster
Joined
Jul 6, 2008
Messages
527
Reaction score
2
Points
25
Makin lame makin tinggi kos hidup kalau gaji ikut naik takpe la..
 

fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,985
Reaction score
258
Points
136
kalau gaji naik sesuai dengan keadaan semasa , ok la jugak... barang naik , minyak naik tp kalau gaji takat tuh je ..x guna jugak...
 

MyBroadband

Active Member
Joined
Sep 6, 2008
Messages
1,350
Reaction score
38
Points
30
haha KERAjaan saje cari pasal nak kene guling on the next pru kot
 

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Yang pi banding dengan negara lain tu aku tak boleh tahan.

Cuba la kalau negara afrika tu banding dengan Malaysia, mahu dia kata harga kita lagi murah berbanding negara lain...
 

msazmer

Super Active Member
Joined
Feb 26, 2008
Messages
5,836
Reaction score
22
Points
70
apa benda ni dia mengarut ni? bersedia utk berbelanja lebih? tp kerajaan dh bersedia ke nk naikkan gaji rakyat? yg private mcmane? apa mekanisma yg digunakan utk memastikan pendapatan rakyat di tahap yg minimum?
 

iorichee

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
balik2 compare dgn negara lain...

come on laaa....

kita ada sumber tersendiri....
 

bijakasb

Fun Poster
Joined
Dec 12, 2009
Messages
889
Reaction score
39
Points
25
salam..
aku sokong kata Tun tu..patut gaji dinaikkan..baru balance harga naik,taklah beban sgt..
tp aku ingat warga cg nie otai2 banyak duit.
ada main forex ada bisness ada main OD..peh klu setakat naik 20 sen u pejam mata jo...
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,192
Reaction score
823
Points
176
tok setuju... harga barang naikkan bebanyak... jadika negara malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi... harga barang yang termahal di Asia... lebih mahal di singapura.. biar malaysia menjadi nombor 1 segala-galanya.. tok setuju sesangat.. kalau boleh gaji tu kasi potong sikit... 30% ker dsb...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register