BTC USD 54,517.0 Gold USD 2,497.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Palestin terjejas akan dibawa ke Malaysia untuk rawatan – PM

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,137
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,137
Reaction score
971
Points
121

Rakyat Palestin terjejas akan dibawa ke Malaysia untuk rawatan – PM​

  • Oleh HARRITH HISHAM
  • 4 Ogos 2024, 11:10 pm

WhatsApp-Image-2024-08-04-at-10.54.49-PM.jpeg
Anwar ketika menyampaikan pidato yang merupakan acara kemuncak pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini.


KUALA LUMPUR – Rakyat Palestin yang terjejas serta mengalami masalah kesihatan akibat serangan reijim Zionis akan dibawa ke Malaysia untuk menjalani rawatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan meneruskan segala usaha dan sokongan kepada rakyat Palestin tanpa tolak ansur.

“Insya-Allah kita akan lakukan sedaya upaya dan akan menyuarakan pandangan tidak kira depan siapa.

“Kita akan bantu yang sakit (atau cedera) sama ada dirawat di sana atau dibawa ke (Malaysia) untuk diberi rawatan,” katanya ketika menyampaikan pidato yang merupakan acara kemuncak pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana dan akan berbincang dengan pihak Bank Negara bagi tujuan tersebut.

Kata Anwar, beliau juga turut menghubungi beberapa pemimpin negara untuk terus memberikan kerjasama dan dukungan bantuan kemanusian supaya tidak melemahkan semangat rakyat Palestin.

“Saya harap saudara jangan henti bicara setiap hari demi Palestin. Jangan terus berhenti membantu dan bersedia untuk meringankan beban sahabat di Palestin.

“Saya mahu Malaysia terletak di dalam peta sejarah di antara negara yang konsisten dan bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat Palestin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

hospital penuh .. rakyat Malaysia yang sakit perlu rawatan pergi mana? .. ingat hospital tu bapak dia punya? 🤭
Dia nak ikut seperti negara uk jadi negara kebajikan. Beberapa bulan lepas mereke nak bawa pesakit dari Palestine untuk dimasukan kehospital di uk. Tetapi di tentang
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register